TABUNG

21 July 2012

:: Salam 1 Ramadhan ::

Assalamualaikum..

Selamat datang Ramadhan. Selamat tinggal Syaaban. 



Antara perkara yang perlu dilakukan semasa bulan puasa.

  1. Minum air kosong dengan banyak. Air kosong atau air mineral dapat mengelakkan kulit menjadi kering. Bibir juga sangat sensitif. Bibir akan menjadi kering dan mudah menggelupas kalau kita kurang minum air.
  2. Sibukkan diri. Kalau kita sibukkan diri, masa akan berjalan dengan cepat. :) So, sibukkanlah diri korang sepanjang bulan puasa dengan aktiviti yang berfaedah ye kawan-kawan.
  3. Baca Al-Quran. Tambahkan pahala korang dengan baca Al-Quran. Surah Yaasin tu ada banyak manfaat. Satu daripadanya ialah dapat mengenyangkan kita.
  4. Berzikir
  5. Bersedekah
  6. Shopping di Bazar Ramadhan. Yang ni wajib. Korang semua pun memang suka kan pergi Bazar ramadhan? Selain dari mengenyangkan perut sendiri, dapat jugak menambahkan rezeki peniaga tu kan? Ha, kalau korang nk jumpa Black Mentor, korang boleh datang bazar dekat rumah aku. Dia ada meniaga dekat bazar sini. Bazar Ramadhan Kerinchi/Pantai Dalam.

08 July 2012

:: Boboiboi Kesayangan ::

Assalamualaikum..

Semangat baru dengan rupa blog yang baru ! Weeee~ Berjam-jam aku menghadap blog ni. Dok tukar template bagai. Aku ni cepat bosan dan sangat cerewet. Aku tak rasa blog aku cantik. Perasaan iri hati tengok blog orang lain cantik. Hahaha. Maaf, aku manusia tak sempurna. T_T

Minggu final ni buatkan aku tension dari pelbagai sudut. Tension sebab bosan nak membaca dan menghafal. Tension makin bertambah pabila Boboiboi buat hal ! -.-'



Nampak tak tuh ? Haish! 'IBU' mana yang tak geram kalau 'anak' dia buat hal ? Cuba cakap ! Sabar je la. Umur baru berapa bulan dah berani cuba benda yang ekstrem. Dah pandai bercinta. Dah lama dah kitorang tengok Mat-Mat Kental dok melepak dekat rumah kitorang. Rupa-rupanya nak mengorat anak gadis kami.

Pada mulanya kitorang ingat Boboiboi ni jantan. Sebab menurut one of our housemate, dia jantan. Tak sangka pulak akhirnya terbongkar yang Boboiboi ni betina. Antara Mat kental yang berjaya mengorat Boboiboi.



Comel memang comel Mat Kental ni tapi Boboiboi masih budak ! Kecik lagi orangnya. Kesian la dekat Boboiboi. T_T

















Boboiboi. Kitorang dah terbiasa dengan nama tu. Kitorang cuba untuk tukar kepada Gegirl tapi tak boleh. Tetap nak panggil Boboiboi. Kecomelan dan tahap posing depan kamera tu sangat la tinggi. Sampai tak boleh nak sangkal kecomelan tu. Huhuhu

Lagi lima hari je kitorang kat sini Boboiboi. Lepas ni kitorang nak balik umah masing-masing selama lima bulan. Macam mana la dengan keadaan kau kan? Macam mana dengan keselamatan? Siapa nak protect kau lepas ni daripada terkaman Mat-Mat Kental tu?

Kau jaga diri baik-baik taw Boboiboi. Kitorang sayang gilaaaaaa dekat kau. Kau tolong la jual mahal sikit ye. Please.

Sebelum ni aku pernah kehilangan Abi. Nak baca ? Tapi jangan lupa sediakan tisu sekotak ye.
Selamat Tinggal Aby  (klik link)


Setakat ni sahaja. Nak sambung study for second last paper. AOM. :)

06 July 2012

:: Final oh! Final ::

Assalamualaikum..

Waaaaa ! Macam tak percaya yang hanya tinggal lebih kurang sepuloh helai kertas sahaja yang perlu dijawab. Bersamaan dengan dua subjek. Kegigihan tangan dan otak bekerja membuatkan gigihnya jantung mengepam darah. Sampai aku pegi klinik 1Malaysia untuk berjumpa pakcik doktor.


Pakcik Doktor : "Pasaipa ? Sakit apa?" tanya Pakcik doktor dengan penuh kasih sayang.
MM                : "Sesak nafas. Tak tahu kenapa. Selalu sangat jadi macam ni".
Pakcik Doktor : "Hang ni selalu takut ka? Selalu gemuruh ka? Ka takut nak jawab periksa?"
MM                :  "Eh, tak pulak. *gelak. Selalu jadi macam ni bila penat. Sejuk pon sama."
Pakcik Doktor : "Ada dak dalam family yang ada semput?"
MM                : "Adik bongsu je yang ada lelah."

Pakcik Doktor pun cek sana sini, depan belakang guna earphone dia yang boleh dengar degupan jantung tu.

Pakcik Doktor : "Semua ok. Tak ada apa-apa. Tekanan darah pun ok. Tak pa, pakcik bagi hang vitamin sikit, nanti makan. Kalau tak elok jugak, mai sini balik naa."
MM                : "Ok, terima kasih ye!"

Ha, tu la. Tekanan exam punya pasal. Sampai sesak nafas jadinya. Aku rasa sebab aku punya keadaan dalam dewan exam tu yang buat aku stress. Ada ke patut bila aku panas, aku mintak la salah sorang dari pengawas yang jaga exam tu bukak kipas. Aku tengok kipas satu dewan tak bukak. Tak tahu ke panas? Huh! Sepuloh minit kemudian, tak jugak dia bukak. Kedekut !

Hari ni, aku rasa lega sebab tarikh untuk aku balik umah makin hampir. Balik untuk dua bulan tanpa menjejakkan kaki di Perak langsung. Hahahaha.

Tension lagi satu sebab tak dapat makan durian walaupun musim durian tengah menyerang Perak ! Tension bagai nak rak sampaikan aku rasa macam nak balik KL sekarang jugak mintak Abah belikan durian berbijik-bijik.

Dan, akhirnya.............






Dapat jugak melepas kempunan. Hohoho. Thank you kepada yang sudi menjadikan impian saya sebagai kenyataan. :)

So, teruskan semangat final tersebut. 11 hari je lagi. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Lega dapat tengok muka kawan-kawan lepas jawab exam. Macam-macam reaksi ada. Dekan ? Mudah-mudahan.

nfcs

04 July 2012

:: Wordless Wednesday ::





nfcs

:: Cinta kerana Allah ::

Assalamualaikum..

15 minit sebelum..

Aku dan housemate dok sibuk belek-belek gambar kahwin Irma Hasmie dengan suaminya. Sweet sangat. Kalah gula-gula kapas yang kita hisap bukan sekali tapi berkali-kali sebab kecepatannya cair dalam mulut. Haih !

Sambil tu, aku bukak jugak belog adik comel yang satu ketika pernah hit dekat youtube pasal video lamaran dari bakal suami beliau. Si comel Dena Bahrin. Korang tak rasa ke mereka sweet ? Oh, kenapa ramai sangat yang kahwin ? Atau disebabkan usia aku yang semakin meningkat dan telah cecah lantai 20 membuatkan aku jadi begini? Sebelum ni ada jugak orang kahwin tapi aku tak ambik kisah pun. 

15 minit selepas...

Laptop di 'hibernate'. Aku simpan. Tutup lampu rumah dan terus baring atas katil yang tak berapa empuk. Nak tidur, mata masih bulat. Terdetik nak taip entry pasal ni. Dan disinilah aku akhirnya. :)

Cinta tak boleh dipaksa. Cinta selepas nikah itu indah. Cinta sampai nikah. Mana satu ? Haish! Pening kepala. Bukan sebab fikirkan diri sendiri tapi otak tengah berfikir cinta mana satu yang paling diredhai Allah ?

Indahnya cinta selepas nikah. Macam Dena Bahrin. Berkahwin dengan lelaki yang dia tak kenal. Dalam usia yang masih muda. 20 tahun ! Wow. Amazing. Macam mana nak harungi kehidupan selepas tu ? Keluarga dah confirm-confirm restu. Diri sendiri nak belajar terokai sikap si suami? Bagaimana? 

Alhamdulillah. Hubungan antara bukan muhrim terjaga. Bersentuhan hanya selepas nikah. Sangat indah. 




Credit gambar kepada : The Kliker Wedding Photography

Macam mana pulak dengan cinta yang ditemui di Tanah Suci Mekah? MasyaAllah. Sangat mengagumkan. Belum kenal, beum pernah bercinta. Berjumpa pulak di Tanah Suci. Kahwin dengan beliau. Dah tentu beliau beribadah di sana. Dah tentu beliau seorang yang kukuh agamanya. Dah tentu beliau boleh bimbing kita selepas nikah kelak. Tahniah Irma Hasmie kerana bertemu jodoh semasa sama-sama menjadi tetamu Allah. :)






Credit gambar kepada : The Kliker Wedding Photography


Antara cinta sesama manusia dan cinta terhadap Allah. Aku redha dan rela dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintai diriku kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku, kau bukan sekadar mencintai diriku, malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku. Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...