TABUNG

02 October 2018

It’s A Boy !


Assalamualaikum,





Macam yang fana dah janjikan di entri yang sebelum ni, fana nak kongsi pengalaman bersalin dengan pembaca blog fana. Oh ya, sebelum tu fana nak ucap terima kasih sebab baca entri "Lambat Datang Haid Check UPT Negatif"Entri tu dah cecah 21,000 views. Alhamdulillah, fana baca semua komen yang kawan-kawan tulis. Tak sangka rupanya ramai yang alami situasi sama macam fana.

So, kali ni fana nak kongsi sikit pengalaman pertama kali melahirkan anak. Entri ni bukan nak menakutkan korang tau, fana cuma nak kongsi je mana tahu korang boleh ambik sebagai panduan.

23 Julai 2018, fana pergi checkup perut di PPUM untuk bulan ke-8. Semua proses berjalan lancar macam biasa. Ultrasound pun dibuat hari tu dan sonographer bagitahu yang baby fana berada pada kedudukan ‘transverse’ iaitu baby melintang. Pasal baby melintang ni fana dah tahu masa checkup di KKIA pada minggu ke-35 bila nurse pegang perut dia kata kepala baby dekat tepi perut sebelah kiri. Memang sejak kandungan masuk bulan ke-7 fana dah rasa tak selesa nak tidur mengiring sebab perut rasa keras semacam.

Sebelum checkup, fana dah siap google macam mana cara nak pusing baby bagi dia masuk laluan sebab sebelum ni kepala baby memang dah dekat bawah , fana tak tahu bila la dia berpusing dekat dalam rahim Ibu dia ni. Sepanjang mengandung, fana taka da sebarang komplikasi. Nurse pun puji sebab tak pernah kena kencing kotor, HB pun cantik je, berat pun okay, kencing manis pun tak ada walaupun fana suka sangat makan benda manis sepanjang mengandung.

Jadi, hasil google tu fana dapat la beberapa tips untuk bagi baby pusing balik antaranya banyak bercakap dengan baby suruh dia pusing, usap-usap perut, sujud lama-lama, buat senaman menonggeng apa semua tapi masih macam tu jugak kedudukan dia. Ada yang kata baby boleh pusing setakat minggu ke-36 je. Kalau masuk minggu ke-37 dia tak pusing jugak memang tipis la chances untuk bersalin secara normal tu.

Lepas berbincang dengan doctor, dia pun cadangkan fana untuk buat ECV (External Cephalic Version) which is ni merupakan salah satu cara yang boleh pusingkan kantung baby tu kembali ke tempat asal untuk kandungan songsang atau melintang. Macam kes fana, baby dalam kedudukan melintang so, tak jauh sangat la nak tarik dia turun tu. Fana berdoa je banyak-banyak supaya ECV successful sebab doctor kata successful rate untuk ECV ni 50/50. Fana memang dah redha dan tawakal je waktu tu. Doktor suruh admit wad keesokan harinya. So, balik la fana hari tu kemas barang apa yang patut get ready nak bawak pergi hospital esok macam nak beranak pulak kan?

ECV untung pusingkan baby songsang atau melintang

24 Julai 2018, pukul 7 pagi fana dah pergi serah diri di wad bersalin PPUM tu. Settle tukar baju hospital, terus pergi baring atas katil wad. Suami pulak setia menunggu fana dekat lobi tu walaupun fana tak dibenarkan bawak apa-apa barang pun masuk wad termasuk handphone. Segala updates pasal fana, suami akan tanya dekat kaunter wad bersalin tu je. Kadang-kadang fana keluar je wad tu pergi jumpa suami. Hihihi.

Untuk ECV, fana diarahkan untuk berpuasa sejak pukul 10 malam. So, pagi tu memang tak makan apa-apa pun. Pukul 9 pagi doctor datang explain risiko yang boleh berlaku bila nak buat ECV ni antaranya kalau ECV tak berjaya, fana terpaksa bersalin secara pembedahan. Fana pun setuju je. Fana cakap kita try je dulu ECV ni. InshaAllah berjaya. Sambil tak henti-henti berdoa.

Pukul 10 pagi, fana dimasukkan ubat melalui branula yang dipasang dekat tangan tu. Itu la pertama kali fana pakai benda tu sebab seumur hidup fana tak pernah admit hospital. Sakit? Depends pada doctor yang masukkan jarum tu. Tak tahu la fana ni jenis yang boleh tahan sakit ke apa sebab memang jenis keras hati gitu la. Lantakkan je yang penting semua settle. Hahaha. So, hati kena kental sikit la ye. Sebelum doctor teruskan dengan ECV, doctor ada masukkan ubat dekat IV line tu, kesan ubat tu jantung ni macam baru lepas lumba lari pecut 100 meter. Fana siap boleh dengar bunyi jantung dengan jelas. Pastu kita akan rasa macam cemas. Macam tak sedap hati. Tu effect daripada ubat tu ye. Tapi tak lama pun, ada la dalam 5 minit macam tu je. Apa yang fana buat, fana cuma tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran, rileks sebab fana dah prepare dah untuk effect tu, dah baca pengalaman ECV orang lain. Tu yang fana rileks je sebab kita dah well prepared.

Selepas 5 minit, hilang dah rasa cemas kesan daripada ubat tadi tu, doctor pun tanya, “Puan, ada rasa jantung laju lagi tak?”. Fana jawab dah tak ada dah. Doktor pun teruskan dengan proses nak pusingkan kantung baby tu sambal bawak mesin scan tu. Sambil dok pusing sambil scan nak tengok kepala baby dah turun ke belum. Sakit tak buat ECV? Sakit sikit je. Ada orang cakap sakit tapi bagi fana tak sakit pun. Yang buat tu doctor lelaki, memang kasar sikit la tapi fana tahan je sambil baca doa Nabi Yunus a.s. ECV ni proses dia, doctor akan sapu gel macam yang kita scan perut tu lepastu doctor akan guna kedua-dua belah tangan dia, satu tangan dia akan pegang bahagian punggung baby, satu tangan lagi pegang kepala baby. So, urut la sambil tarik baby tu kebawah. Boleh imagine tak? Hahaha. Kalau korang tak boleh imagine, pergi tengok dekat Youtube. Search je ECV okay?

Korang rasa berjaya tak? Hahaha. Alhamdulillah, ECV successful ! Sorak la doctor dengan housman yang ada dekat situ sebab ECV susah nak berjaya. Mungkin sebab baby fana kecik kot, masa tu baby punya berat dalam perut 2.4kg je. Space pun banyak lagi untuk pusing. Hehehe. Selesai ECV, doctor datang jumpa fana dan dia cadangkan fana untuk terus bersalin esoknya sebab kandungan fana genap 37 weeks esoknya which is dah full term dah, baby dah ready untuk dunia luar. Tak tahu la perasaan fana waktu tu bercampur-baur. Dah la tak boleh nak update dekat family, dekat suami, pastu gementar pun ada sebab nak bersalin. Tapi, fana lega la sebab impian nak bersalin normal tu bakal jadi kenyataan. Wuhuuu!

12 tengah hari, doctor masukkan ubat induce ikut bawah tu untuk mewujudkan contraction dan bukaan laluan nak bersalin. Jujur fana cakap, sakit. Hahaha. Vaginal Exam (VE) pun sakit! Argghh! Rasa dia macam nak bagi tendangan maut dekat doctor. Tapi, nak buat macam mana, ni la prosedur nak beranak. Hmm.

Empat jam kemudian, doctor datang lagi untuk VE (cek bukaan) tapi doctor cakap masih belum ada bukaan lagi. Okay, sambung tidur. Hahaha. Tapi, tak seronok pun tidur dekat wad tu sebab CTG melekat je dekat perut. CTG tu untuk check contraction rate dengan heart rate baby. Daripada CTG tu diorang boleh detect contraction kita. Nurse asik datang tanya je, “Puan, ada rasa sakit tak?”. Fana jawab TAK. Memang tak rasa lagi contraction time tu. Bila ada masa free, fana akan keluar wad pergi dekat kaunter jumpa suami yang tetap setia menunggu isterinya ni. So, boleh la sembang and updates perkembangan bukaan jalan itu. Haha. Bukan apa, nanti dia nak kena update dekat family pulak kan.

First induce, tak ada bukaan lagi, enam jam kemudian iaitu pukul 6 petang tu, doctor datang masukkan ubat yang kedua. Yang tak bestnya setiap kali masuk ubat induce dekat bawah tu, fana tak dibenarkan buang air dalam masa sejam. So, kalau kau rasa nak terkencing ke tahan je la sampai cukup sejam. Dah la wad sejuk sangat pastu memang normal la orang mengandung ni kerap nak terkencing aje kan.

Doktor akan buat VE setiap empat jam untuk tengok bukaan dah berapa cm time tu. Tapi, macam biasa la fana masih belum ada bukaan. Sampai la VE yang pukul 3 pagi tu doktor kata dah buka 1cm. Finally! Walaupun baru 1cm kan. Bukan apa, fana happy sangat sebab tak perlu masuk ubat induce buat kali ketiga. Hahaha. Tak sanggup den menahan derita sakitnya masa masuk ubat tu. Lepas tu sambung tidur balik sampai la doctor datang pukul 7 pagi untuk VE lagi sekali. Alhamdulillah, doctor kata laluan dah 3cm.

Nurse pun datang la bagitahu, “Puan, dah boleh masuk labour room ye”. Seronoknya rasa sebab tak sabar nak bersalin. Hahaha. Berjalan la mak buyung ke labour room yang terletak tak sampai 20 tapak pun dari katil wad tadi. Sebelum keluar wad, lambai-lambai la kawan-kawan satu wad yang tengah menunggu bukaan tu. Fana duduk wad empat katil. Memang tu la rutin ye tengok penghuni katil bersilih ganti. Kali ni turn fana untuk bye-bye dekat kawan-kawan satu wad sambil suruh diorang doakan.

Masuk je labour room baru teringat suami tak tahu lagi ni nak beranak dah ni. Terus panggil nurse tanya, “Nurse, nanti tolong call suami saya ye bagitahu saya dah masuk LR”. Nurse yang comel tu pun jawab okay la puan walaupun baru 3cm. LOL! Sebenarnya diorang ada bagitahu, kalau laluan dah bukak 6cm baru diorang akan panggil suami masuk dalam LR. Masuk LR pukul 7 pagi, pukul 8 pagi diorang hantar sarapan (roti dengan jem). Nurse kata, “Puan makan dulu ye, nanti pukul 9 doktor nak pecahkan air ketuban”. So, makan la fana sambil nervous tu kan. Yelah, orang lain seronok je air ketuban pecah sendiri. Sakit tak? Hmm, tak sakit sangat kot walaupun benda alah yang nak pecahkan air ketuban tu masyaAllah panjangnya. Cuak sis tengok.

Pukul 10 pagi suami dah masuk LR. Wahhhh, time tu happy tak kira nampak muka suami. Sebab nervous je, bukan apa pun. Tapi, bila ada teman ni rasa kurang la sikit nervous tu kan. Kesian juga dekat suami sebab pihak hospital tak benarkan suami makan dalam LR. Berkali-kali fana tanya dia tak lapar ke, takpe ke, dia kata takpe, boleh tahan lagi. Tengok muka dia pun dah letih sebab tak cukup rehat tunggu fana daripada hari pertama admit wad tu.

Tunggu punya tunggu contraction pun belum menjengah lagi. Bila nak sakit ni? Bila doctor tengok fana belum ada contraction lagi, diorang tambah lagi dos ubat nak bagi rasa contraction tu. Fuhhhh, penangan ubat tu, bergegar la katil dalam LR tu. Pukul 4 petang contraction dah mula datang dah. Mula-mula tu okay lagi sebab tak kerap sangat. So, boleh dok sembang lagi. Lepas asar je, dia dah mula rasa makin kuat sakit dia weyyyy. Ya Allah, tak boleh ingat rasa sakit tu. Memang berguling-guling fana atas katil LR tu. Setiap 5 minit rasa sakit. Nurse suruh sedut gas Ethonox tu setiap kali rasa macam contraction nak datang, sedut tu okay la sikit tapi effect dia fana rasa mengantuk sangat.

Suami pun tolong fana, tolong picit betis la, macam-macam dia buat nak bagi reda sakit tu kan. Nak buat macam mana, memang takkan reda selagi tak beranak oi. Apa yang fana tahu, sakit contraction induce ni sakit dia 2x ganda berbanding contraction semulajadi. Haih! Nak buat macam mana, redha je la dah diorang nak paksa kita beranak jugak kan.

Tepat jam 7.19 malam, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.4kg. Alhamdulillah, leganya rasa bila baby dah keluar tu. Rasa macam baru lepas buang air besar yang sembelit tu. Lega weyyy. Hahaha. Kena jahit tak?? Ofcourse jahit. Sebab fana teran sebelum masanya. Hahaha. Nak buat macam mana, sakit contraction tu buat kita rasa nak teran. Kalau tak teran, sakit pinggang dia macam nak patah. Tak kisah la asalkan semuanya dah pun selamat. Sakit jahit lagi sakit daripada sakit contraction. Hahahaha. Ngilu dia terasa sampai sekarang oi!



Lepas baby keluar je terus nurse bagi baby skin to skin selama sejam. Macam tak percaya dah ada baby. Hehehe. Suami pun dah siap azankan baby. Diam je dia. Dia keluar pun bersih sangat mungkin sebab fana banyak minum air tembikai dengan air kelapa muda sebelum bersalin tu. Memang tak ada lendir pun dekat kulit dia. Clean je.

Lepas bersalin tu terus nurse datang hantar biskut dengan air coklat. Fana memang dah menggigil dah time tu. Dengan dahaga dia, lapar memang tak ada tenaga dah. Lepas makan tu terus rasa lega. Terima kasih nurse sebab memahami.

Terima kasih banyak fana ucapkan buat doctor dan staff nurse di PPUM sebab bagi servis terbaik buat pesakit. Makanan pun sedap gila. Tak rasa macam dalam hospital. Semua memang best la. Nurse semua cakap sopan je. Fana akan suggest dekat kawan-kawan yang nak bersalin untuk pilih PPUM. Lagipun, PPUM ni merupakan hospital rakan bayi. Diorang akan guide kita terutamanya ibu-ibu yang first time bersalin ni dengan ilmu penyusuan susu ibu, siap ada laktasi konsultan lagi tau.


Okay, habis dah cerita pengalaman bersalin fana. Terima kasih sebab sudi baca. Kalau ada pengalaman korang yang lagi best share la dekat ruangan komen. Boleh kita semua baca juga. Apa pun fana mohon pembaca blog fana untuk doakan supaya baby fana membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti. J

Xoxo,
fana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...