TABUNG

06 November 2018

Dutch Lady Breakfast Challenge


Assalamualaikum..


Fana merupakan orang yang sangat mementingkan sarapan pagi. Andai kata tak sempat untuk sarapan yang agak berat, fana akan pilih untuk minum segelas atau sekotak susu untuk bagi tenaga seharian.

Kali ni fana berpeluang untuk sertai contest daripada Dutch Lady iaitu Dutch Lady Breakfast Challenge. Kalau korang nak tahu, contest ni berlangsung daripada 8 Oktober sehingga 11 November 2018. Untuk memenuhi syarat contest, fana diperlukan untuk memuatnaik gambar menu sarapan pagi bersama susu Dutch Lady Pure Farm selama lima hari berturut-turut. Penyertaan fana agak lambat, tarikh contest pun dah nak tutup. Nasib baik sempat.

Jom fana kongsi dengan korang kebaikan susu Dutch Lady Pure Farm. Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik

• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif

• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja

• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein

• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Percaya tak, dengan meminum segelas susu Dutch Lady Pure Farm sahaja, korang dah dapat 50% khasiat protein yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Jom fana tunjukkan dekat korang menu yang telah fana sediakan sepanjang lima hari berturut-turut.


DAY 1
Dutch Lady Breakfast Box
(Bihun Goreng + Dutch Lady Pure Farm



DAY 2
Biskut + Dutch Lady Pure Farm



DAY 3
Bijirin nestum + Dutch Lady Pure Farm



DAY 4
Bijirin + Dutch Lady Pure Farm



DAY 5
Kuih Bahulu + Dutch Lady Strawberry



Korang suka sarapan apa? Tak kisah korang suka sarapan yang berat atau ringan tapi penting untuk ambik segelas susu Dutch Lady Pure Farm setiap pagi tau. Ramai yang ingat bahawa susu ni cuma berikan kalsium je kepada tubuh badan. Susu juga sebenarnya membekelkan nutrien penting kepada tubuh badan kita seperti protein.

Untuk korang yang suka sarapan, jom la join fana sertai contest ni. Senang je, cuma upload gambar menu sarapan pagi korang di laman sosial sebelum 11 November 2018. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my



"Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady Pure Farm"

#strongstart #dutchladybreakfastchallenge


xoxo,
fana

02 October 2018

It’s A Boy !


Assalamualaikum,





Macam yang fana dah janjikan di entri yang sebelum ni, fana nak kongsi pengalaman bersalin dengan pembaca blog fana. Oh ya, sebelum tu fana nak ucap terima kasih sebab baca entri "Lambat Datang Haid Check UPT Negatif"Entri tu dah cecah 21,000 views. Alhamdulillah, fana baca semua komen yang kawan-kawan tulis. Tak sangka rupanya ramai yang alami situasi sama macam fana.

So, kali ni fana nak kongsi sikit pengalaman pertama kali melahirkan anak. Entri ni bukan nak menakutkan korang tau, fana cuma nak kongsi je mana tahu korang boleh ambik sebagai panduan.

23 Julai 2018, fana pergi checkup perut di PPUM untuk bulan ke-8. Semua proses berjalan lancar macam biasa. Ultrasound pun dibuat hari tu dan sonographer bagitahu yang baby fana berada pada kedudukan ‘transverse’ iaitu baby melintang. Pasal baby melintang ni fana dah tahu masa checkup di KKIA pada minggu ke-35 bila nurse pegang perut dia kata kepala baby dekat tepi perut sebelah kiri. Memang sejak kandungan masuk bulan ke-7 fana dah rasa tak selesa nak tidur mengiring sebab perut rasa keras semacam.

Sebelum checkup, fana dah siap google macam mana cara nak pusing baby bagi dia masuk laluan sebab sebelum ni kepala baby memang dah dekat bawah , fana tak tahu bila la dia berpusing dekat dalam rahim Ibu dia ni. Sepanjang mengandung, fana taka da sebarang komplikasi. Nurse pun puji sebab tak pernah kena kencing kotor, HB pun cantik je, berat pun okay, kencing manis pun tak ada walaupun fana suka sangat makan benda manis sepanjang mengandung.

Jadi, hasil google tu fana dapat la beberapa tips untuk bagi baby pusing balik antaranya banyak bercakap dengan baby suruh dia pusing, usap-usap perut, sujud lama-lama, buat senaman menonggeng apa semua tapi masih macam tu jugak kedudukan dia. Ada yang kata baby boleh pusing setakat minggu ke-36 je. Kalau masuk minggu ke-37 dia tak pusing jugak memang tipis la chances untuk bersalin secara normal tu.

Lepas berbincang dengan doctor, dia pun cadangkan fana untuk buat ECV (External Cephalic Version) which is ni merupakan salah satu cara yang boleh pusingkan kantung baby tu kembali ke tempat asal untuk kandungan songsang atau melintang. Macam kes fana, baby dalam kedudukan melintang so, tak jauh sangat la nak tarik dia turun tu. Fana berdoa je banyak-banyak supaya ECV successful sebab doctor kata successful rate untuk ECV ni 50/50. Fana memang dah redha dan tawakal je waktu tu. Doktor suruh admit wad keesokan harinya. So, balik la fana hari tu kemas barang apa yang patut get ready nak bawak pergi hospital esok macam nak beranak pulak kan?

ECV untung pusingkan baby songsang atau melintang

24 Julai 2018, pukul 7 pagi fana dah pergi serah diri di wad bersalin PPUM tu. Settle tukar baju hospital, terus pergi baring atas katil wad. Suami pulak setia menunggu fana dekat lobi tu walaupun fana tak dibenarkan bawak apa-apa barang pun masuk wad termasuk handphone. Segala updates pasal fana, suami akan tanya dekat kaunter wad bersalin tu je. Kadang-kadang fana keluar je wad tu pergi jumpa suami. Hihihi.

Untuk ECV, fana diarahkan untuk berpuasa sejak pukul 10 malam. So, pagi tu memang tak makan apa-apa pun. Pukul 9 pagi doctor datang explain risiko yang boleh berlaku bila nak buat ECV ni antaranya kalau ECV tak berjaya, fana terpaksa bersalin secara pembedahan. Fana pun setuju je. Fana cakap kita try je dulu ECV ni. InshaAllah berjaya. Sambil tak henti-henti berdoa.

Pukul 10 pagi, fana dimasukkan ubat melalui branula yang dipasang dekat tangan tu. Itu la pertama kali fana pakai benda tu sebab seumur hidup fana tak pernah admit hospital. Sakit? Depends pada doctor yang masukkan jarum tu. Tak tahu la fana ni jenis yang boleh tahan sakit ke apa sebab memang jenis keras hati gitu la. Lantakkan je yang penting semua settle. Hahaha. So, hati kena kental sikit la ye. Sebelum doctor teruskan dengan ECV, doctor ada masukkan ubat dekat IV line tu, kesan ubat tu jantung ni macam baru lepas lumba lari pecut 100 meter. Fana siap boleh dengar bunyi jantung dengan jelas. Pastu kita akan rasa macam cemas. Macam tak sedap hati. Tu effect daripada ubat tu ye. Tapi tak lama pun, ada la dalam 5 minit macam tu je. Apa yang fana buat, fana cuma tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran, rileks sebab fana dah prepare dah untuk effect tu, dah baca pengalaman ECV orang lain. Tu yang fana rileks je sebab kita dah well prepared.

Selepas 5 minit, hilang dah rasa cemas kesan daripada ubat tadi tu, doctor pun tanya, “Puan, ada rasa jantung laju lagi tak?”. Fana jawab dah tak ada dah. Doktor pun teruskan dengan proses nak pusingkan kantung baby tu sambal bawak mesin scan tu. Sambil dok pusing sambil scan nak tengok kepala baby dah turun ke belum. Sakit tak buat ECV? Sakit sikit je. Ada orang cakap sakit tapi bagi fana tak sakit pun. Yang buat tu doctor lelaki, memang kasar sikit la tapi fana tahan je sambil baca doa Nabi Yunus a.s. ECV ni proses dia, doctor akan sapu gel macam yang kita scan perut tu lepastu doctor akan guna kedua-dua belah tangan dia, satu tangan dia akan pegang bahagian punggung baby, satu tangan lagi pegang kepala baby. So, urut la sambil tarik baby tu kebawah. Boleh imagine tak? Hahaha. Kalau korang tak boleh imagine, pergi tengok dekat Youtube. Search je ECV okay?

Korang rasa berjaya tak? Hahaha. Alhamdulillah, ECV successful ! Sorak la doctor dengan housman yang ada dekat situ sebab ECV susah nak berjaya. Mungkin sebab baby fana kecik kot, masa tu baby punya berat dalam perut 2.4kg je. Space pun banyak lagi untuk pusing. Hehehe. Selesai ECV, doctor datang jumpa fana dan dia cadangkan fana untuk terus bersalin esoknya sebab kandungan fana genap 37 weeks esoknya which is dah full term dah, baby dah ready untuk dunia luar. Tak tahu la perasaan fana waktu tu bercampur-baur. Dah la tak boleh nak update dekat family, dekat suami, pastu gementar pun ada sebab nak bersalin. Tapi, fana lega la sebab impian nak bersalin normal tu bakal jadi kenyataan. Wuhuuu!

12 tengah hari, doctor masukkan ubat induce ikut bawah tu untuk mewujudkan contraction dan bukaan laluan nak bersalin. Jujur fana cakap, sakit. Hahaha. Vaginal Exam (VE) pun sakit! Argghh! Rasa dia macam nak bagi tendangan maut dekat doctor. Tapi, nak buat macam mana, ni la prosedur nak beranak. Hmm.

Empat jam kemudian, doctor datang lagi untuk VE (cek bukaan) tapi doctor cakap masih belum ada bukaan lagi. Okay, sambung tidur. Hahaha. Tapi, tak seronok pun tidur dekat wad tu sebab CTG melekat je dekat perut. CTG tu untuk check contraction rate dengan heart rate baby. Daripada CTG tu diorang boleh detect contraction kita. Nurse asik datang tanya je, “Puan, ada rasa sakit tak?”. Fana jawab TAK. Memang tak rasa lagi contraction time tu. Bila ada masa free, fana akan keluar wad pergi dekat kaunter jumpa suami yang tetap setia menunggu isterinya ni. So, boleh la sembang and updates perkembangan bukaan jalan itu. Haha. Bukan apa, nanti dia nak kena update dekat family pulak kan.

First induce, tak ada bukaan lagi, enam jam kemudian iaitu pukul 6 petang tu, doctor datang masukkan ubat yang kedua. Yang tak bestnya setiap kali masuk ubat induce dekat bawah tu, fana tak dibenarkan buang air dalam masa sejam. So, kalau kau rasa nak terkencing ke tahan je la sampai cukup sejam. Dah la wad sejuk sangat pastu memang normal la orang mengandung ni kerap nak terkencing aje kan.

Doktor akan buat VE setiap empat jam untuk tengok bukaan dah berapa cm time tu. Tapi, macam biasa la fana masih belum ada bukaan. Sampai la VE yang pukul 3 pagi tu doktor kata dah buka 1cm. Finally! Walaupun baru 1cm kan. Bukan apa, fana happy sangat sebab tak perlu masuk ubat induce buat kali ketiga. Hahaha. Tak sanggup den menahan derita sakitnya masa masuk ubat tu. Lepas tu sambung tidur balik sampai la doctor datang pukul 7 pagi untuk VE lagi sekali. Alhamdulillah, doctor kata laluan dah 3cm.

Nurse pun datang la bagitahu, “Puan, dah boleh masuk labour room ye”. Seronoknya rasa sebab tak sabar nak bersalin. Hahaha. Berjalan la mak buyung ke labour room yang terletak tak sampai 20 tapak pun dari katil wad tadi. Sebelum keluar wad, lambai-lambai la kawan-kawan satu wad yang tengah menunggu bukaan tu. Fana duduk wad empat katil. Memang tu la rutin ye tengok penghuni katil bersilih ganti. Kali ni turn fana untuk bye-bye dekat kawan-kawan satu wad sambil suruh diorang doakan.

Masuk je labour room baru teringat suami tak tahu lagi ni nak beranak dah ni. Terus panggil nurse tanya, “Nurse, nanti tolong call suami saya ye bagitahu saya dah masuk LR”. Nurse yang comel tu pun jawab okay la puan walaupun baru 3cm. LOL! Sebenarnya diorang ada bagitahu, kalau laluan dah bukak 6cm baru diorang akan panggil suami masuk dalam LR. Masuk LR pukul 7 pagi, pukul 8 pagi diorang hantar sarapan (roti dengan jem). Nurse kata, “Puan makan dulu ye, nanti pukul 9 doktor nak pecahkan air ketuban”. So, makan la fana sambil nervous tu kan. Yelah, orang lain seronok je air ketuban pecah sendiri. Sakit tak? Hmm, tak sakit sangat kot walaupun benda alah yang nak pecahkan air ketuban tu masyaAllah panjangnya. Cuak sis tengok.

Pukul 10 pagi suami dah masuk LR. Wahhhh, time tu happy tak kira nampak muka suami. Sebab nervous je, bukan apa pun. Tapi, bila ada teman ni rasa kurang la sikit nervous tu kan. Kesian juga dekat suami sebab pihak hospital tak benarkan suami makan dalam LR. Berkali-kali fana tanya dia tak lapar ke, takpe ke, dia kata takpe, boleh tahan lagi. Tengok muka dia pun dah letih sebab tak cukup rehat tunggu fana daripada hari pertama admit wad tu.

Tunggu punya tunggu contraction pun belum menjengah lagi. Bila nak sakit ni? Bila doctor tengok fana belum ada contraction lagi, diorang tambah lagi dos ubat nak bagi rasa contraction tu. Fuhhhh, penangan ubat tu, bergegar la katil dalam LR tu. Pukul 4 petang contraction dah mula datang dah. Mula-mula tu okay lagi sebab tak kerap sangat. So, boleh dok sembang lagi. Lepas asar je, dia dah mula rasa makin kuat sakit dia weyyyy. Ya Allah, tak boleh ingat rasa sakit tu. Memang berguling-guling fana atas katil LR tu. Setiap 5 minit rasa sakit. Nurse suruh sedut gas Ethonox tu setiap kali rasa macam contraction nak datang, sedut tu okay la sikit tapi effect dia fana rasa mengantuk sangat.

Suami pun tolong fana, tolong picit betis la, macam-macam dia buat nak bagi reda sakit tu kan. Nak buat macam mana, memang takkan reda selagi tak beranak oi. Apa yang fana tahu, sakit contraction induce ni sakit dia 2x ganda berbanding contraction semulajadi. Haih! Nak buat macam mana, redha je la dah diorang nak paksa kita beranak jugak kan.

Tepat jam 7.19 malam, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.4kg. Alhamdulillah, leganya rasa bila baby dah keluar tu. Rasa macam baru lepas buang air besar yang sembelit tu. Lega weyyy. Hahaha. Kena jahit tak?? Ofcourse jahit. Sebab fana teran sebelum masanya. Hahaha. Nak buat macam mana, sakit contraction tu buat kita rasa nak teran. Kalau tak teran, sakit pinggang dia macam nak patah. Tak kisah la asalkan semuanya dah pun selamat. Sakit jahit lagi sakit daripada sakit contraction. Hahahaha. Ngilu dia terasa sampai sekarang oi!



Lepas baby keluar je terus nurse bagi baby skin to skin selama sejam. Macam tak percaya dah ada baby. Hehehe. Suami pun dah siap azankan baby. Diam je dia. Dia keluar pun bersih sangat mungkin sebab fana banyak minum air tembikai dengan air kelapa muda sebelum bersalin tu. Memang tak ada lendir pun dekat kulit dia. Clean je.

Lepas bersalin tu terus nurse datang hantar biskut dengan air coklat. Fana memang dah menggigil dah time tu. Dengan dahaga dia, lapar memang tak ada tenaga dah. Lepas makan tu terus rasa lega. Terima kasih nurse sebab memahami.

Terima kasih banyak fana ucapkan buat doctor dan staff nurse di PPUM sebab bagi servis terbaik buat pesakit. Makanan pun sedap gila. Tak rasa macam dalam hospital. Semua memang best la. Nurse semua cakap sopan je. Fana akan suggest dekat kawan-kawan yang nak bersalin untuk pilih PPUM. Lagipun, PPUM ni merupakan hospital rakan bayi. Diorang akan guide kita terutamanya ibu-ibu yang first time bersalin ni dengan ilmu penyusuan susu ibu, siap ada laktasi konsultan lagi tau.


Okay, habis dah cerita pengalaman bersalin fana. Terima kasih sebab sudi baca. Kalau ada pengalaman korang yang lagi best share la dekat ruangan komen. Boleh kita semua baca juga. Apa pun fana mohon pembaca blog fana untuk doakan supaya baby fana membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti. J

Xoxo,
fana

21 September 2018

Kos Bersalin Secara Normal di PPUM


Assalamualaikum.



Rasa macam kekok pulak nak menaip sebab hampir dua bulan jugak asik makan tidur je dekat rumah tu. Alhamdulillah, fana dah berjaya habiskan pantang selama 44 hari. 25 Julai lepas, fana baru je selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fayyadh Dayyan. Baby sihat dan semakin membesar dengan jayanya.


Fana nak share sedikit info tentang kos bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kawan-kawan. Pemilihan tempat bersalin ni dibuat lepas berbincang dengan suami dan family. Macam fana, first appointment di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) nurse dah tanya nanti nak bersalin dekat mana. Seingat fana waktu tu usia kandungan baru 12 minggu.


Selepas perbincangan dengan suami, kitorang pilih nak bersalin di PPUM instead of HKL sebab PPUM dekat je dengan rumah. Dalam 10 minit je jarak dari rumah nak ke PPUM. Senang sikit nak pergi check perut pagi-pagi kan? PPUM bukan hospital government tetapi semi-government. Untuk kakitangan kerajaan, mungkin tak kena bayar kalau bersalin di PPUM. Fana dan suami bukan kakitangan kerajaan jadi kena la bayar setiap servis yang diterima ye.


Macam mana nak booking bersalin di PPUM? Berapa kos untuk booking bersalin?

Okay, fana banyak sangat dapat soalan macam ni masa bersalin hari tu. So, fana kongsikan serba sedikit info melalui pengalaman fana ye. Untuk bersalin di PPUM, korang perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Fana booking masa usia kandungan nak masuk 5 bulan waktu tu.


Masa nak booking tu, korang perlu bawak Buku Pink, fotostat kad nikah dan kad pengenalan. Pergi ke kaunter di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, ambik nombor untuk pendaftaran. Masa ni nanti diorang akan tanya serba sedikit la pasal kandungan tapi mostly diorang akan refer terus je dekat buku pink tu nak tengok korang ada komplikasi apa-apa ke tak. Next, dia akan bagi korang tarikh appointment seterusnya. Ha, next appointment tu nanti baru korang bawak duit deposit sebanyak RM500. Ni memang syarat wajib ye. Korang kena bayar RM500 sebagai deposit.


Antara kos-kos lain yang korang perlu bayar sepanjang checkup di PPUM ialah kos pendaftaran setiap kali datang checkup sebanyak RM16. Kos Ultrasound sebanyak RM20 setiap sesi. So far fana sempat buat dua kali Ultrasound dekat PPUM. First sonographer macam sombong sikit. Hahahaha. Second time scan dapat sonographer yang ramah sikit so boleh la tanya macam-macam. Antara soalan fana sering tanya dekat sonographer macam air ketuban cukup tak, kepala baby dekat bawah ke, uri dekat atas ke. Ni soalan wajib la sebab benda-benda ni penting ye. Yang lain tu serahkan je pada sonographer. Basically diorang akan inform pasal saiz baby tu selari tak dengan usia kandungan, berat baby, struktur tulang dia, jantung dia, baby ada cleft bibir tak, Alhamdulillah baby fana semuanya normal.


Kalau checkup dekat PPUM perlu pergi KKIA lagi ke?

Fana pergi dua-dua. Sebab dekat KKIA semua details checkup tu dia rekod dalam buku pink. Pastu beza KKIA dengan PPUM, dekat KKIA check HB, dekat PPUM tak check cuma check urine, berat dengan tekanan darah. Fana pergi dua-dua sebab fana sebenarnya lebih selesa checkup di KKIA. Walaupun kalau nak ikutkan bila kita dah start checkup di hospital, tak perlu dah pergi KKIA. Fana dah tanya nurse dah, nurse pun cakap macam tu. Depends la korang nak macam mana. J

Jumlah kos yang fana bayar selepas bersalin di PPUM.

Alhamdulillah, selepas bersalin fana dibenarkan keluar wad sebab semua okay. Fana bersalin time maghrib. Esoknya fana dah boleh discharged. Jumlah yang fana bayar sewaktu discharged cuma RM19.50 je. Maksudnya total bersalin secara normal Cuma RM519.50 sahaja. Ini fana punya bil. Jumlah bil lain-lain bergantung pada servis apa yang korang dapat sewaktu di wad ye.


So, harap entri ni membantu korang yang nak bersalin di PPUM nanti. Fana doakan semoga proses melahirkan nanti berjalan lancar. Nanti fana share dengan korang pengalaman bersalin pulak di entri yang seterusnya okay?



xoxo,
fana

29 April 2018

I am Pregnant ! =)

Assalamualaikum...


(Awas ! Entri ni panjang berjela)



Urine Pregnancy Test Positif

Lebih kurang dua hari dua malam berjaga demi nak siapkan thesis master yang nak kena submit hardcover. Malam tu memang tak tidur langsung sebab kena buat pembetulan yang panel dan research supervisor suruh. Sedar tak sedar dah pagi la time tu. Siapa pernah buat thesis mesti tahu macam mana struggle last minute nak submit tu. Hahaha. Kepala otak pun rasa macam dah bengong sekejap. Sepanjang malam tu perut memang rasa sebu. Kalau korang dah baca fana punya previous blogpost korang dah tahu fana tak datang period almost 2 months. So, kalau tak silap ni merupakan hari ke-58 fana tak datang period. Perut pun rasa lain macam tapi fikir mungkin sebab lapar berjaga malam nak siapkan thesis kan.

Lepas Subuh, mandi sebab nak print thesis lepastu nak pergi hantar dekat UiTM. Tak tahu kenapa tergerak hati nak bawak sekali UPT yang beli hari tu masuk sekali dalam bilik air sebab sebelum tu masa buang air kecik ada tompokkan darah warna coklat dekat seluar dalam. Sepanjang tak datang period memang banyak la dok google je pasal tanda-tanda awal kehamilan. Tu masa nampak je tompokkan warna coklat tu instinct kuat mengatakan darah tu petanda hamil. Sebab salah satu tanda-tanda hamil ialah bila ada bleeding sebab baby tu macam nak bagitahu tentang kewujudan dia. Okay, sambung balik cerita dalam bilik air.

Masa buat urine test tu tiba-tiba nampak line dekat UPT macam ada dua. Sebelum ni nak dekat 10 kali check pun dok satu line je, tapi kali ni tak. Macam tak percaya. Kepala pun bengong sebab tak tidur kan, fana pun banyak kali la dok pikir dalam bilik air tu kalau dua line maksudnya pregnant ke tak. Haaaa, sampai macam tu sekali kau! Pastu baru teringat nak check dekat plastik UPT tu pasal dua line tu. Hahaha. Teruk sampai macam tu sekali padahal benda common sense je kot wey. So, dekat plastik tu memang tulis dua line maksudnya pregnant. Tak tahu nak happy ke nak apa so jom kita mandi dulu pastu baru kita bagitahu husband. Settle mandi masuk bilik terus bagitahu husband pasal fana check UPT dah ada dua line. Siap bawak masuk lagi tunjuk kat dia. Hahahaha. Dia macam nak percaya taknak percaya sebab kitorang dah banyak kali check kan asik negatif je. Buat masa ni kitorang ignore dulu, settlekan hantar thesis semua dulu. Fana cakap dekat husband, nanti kita pergi check dekat klinik untuk sahkan.



I am pregnant !

Seminggu selepas UPT positif tu, thesis pun dah settle fana terus ajak husband pergi Klinik Keluarga Bukit Angkasa which is kat situ first time fana scan masa period lambat tu. Tapi, kali ni scan untuk confirmkan sama ada dah ada baby ke belum dalam perut. Alhamdulillah, doktor dah dapat detect kewujudan #LittleCupcake dalam rahim fana tapi masa ni baru 8 weeks. Syukur tak terhingga rasanya time ni. Lepas scan je doktor terus bagi estimate due date. Amboi, hebat betul kan sekarang punya teknologi siap dah boleh kira tarikh bersalin. Apa pun fana memang rasa happy sangat. Husband pun sama. Doktor bagi folic acid dan bagitahu la bila boleh bukak buku pink. Balik je dari klinik, husband terus ajak pergi klinik kesihatan ibu dan anak dekat Kuchai Lama untuk booking appointment bukak buku pink.


Jom daftar buku pink !

Masa ni fana dah masuk 12 weeks sebab nurse suruh bukak buku pink masa 12 weeks. So, datang pagi dengan semangat. Pukul 7.30 pagi dah terpacak dekat KKIA sebab dengar orang cerita kalau datang lambat nanti orang ramai. Oh ya, sebelum tu nurse siap pesan suruh puasa malam tu sebab nak kena minum air gula (MGTT). Katanya sekarang ni untuk ibu hamil berusia 26 tahun ke atas diwajibkan buat ujian gula ni waktu bukak buku pink. Okay, fana dah bersedia mental dan fizikal nak minum air gula. Banyak jugak la search pasal 'air gula' ni. Siap ada yang bagi tips elakkan muntah masa minum air gula lagi. Alhamdulillah, proses minum air gula berjalan lancar mungkin sebab fana suka minum manis kot. Rasa dia? Rasa macam kau bancuh air panas dengan gula setengah kilo pastu minum. Hahahaha. Fana telan sampai habis mungkin sebab dahaga puasa dari malam tadi kan.

Hari tu jugak fana kena cucuk ambik darah sebelum dan selepas minum air gula. Ambik darah yang pertama pukul 8 pagi, lepastu rest kejap bagi air gula tu hadam selama dua jam, pukul 10 fana kena ambik darah lagi sekali. Time tu rasa lenguh tangan semua ada. Nak buat macam mana, demi #LittleCupcake fana positifkan minda je. Semuanya berjalan dengan lancar. Keputusan ujian darah, urine, gula semuanya normal. Syukur sangat-sangat badan fana sihat dan tak ada sejarah penyakit keturunan daripada Mak dan Abah.



1st trimester yang mencabar

Pengalaman setiap orang yang hamil adalah berbeza-beza. Mungkin ada yang diberikan rezeki untuk sihat je sepanjang hamil dan ada jugak yang diberikan rezeki merasa cabaran alahan awal kehamilan. Fana salah seorang yang mengalami alahan masa 1st trimester. Fana jadi hilang selera makan, fana tak boleh langsung nak memasak, masa tu dalam kepala fikir nak muntah je tapi fana bukan jenis yang suka manjakan badan, so fana tahan muntah kecuali kalau betul-betul tak tahan. Ada la dalam 2-3 kali fana muntah teruk sampai lembik. Husband je yang tahu dan nampak dengan mata dia sendiri. Disebabkan nikmat selera makan fana pun dah ditarik, fana google macam mana nak kuatkan badan taknak lemah, nak makan apa untuk elak pening, muntah dan sebagainya. Macam-macam husband belikan, macam buah prune, kismis, kekacang, kurma. Ni antara snek yang boleh buatkan fana kenyang dan kurangkan rasa loya. Alhamdulillah memang berhasil. Lagi-lagi kismis. Bila rasa nak muntah je cepat-cepat fana makan kismis pastu baring pejam mata. Tidur? Jangan cakap la. Masa 1st trimester la paling banyak tidur. Siang malam tidur je keje. hahaha.




Masa untuk shopping !

Masuk je trimester kedua, seluar baju dah start ketat. Biasa la bila badan kita dah start berubah, mula la rasa tak selesa nak pakai seluar yang ketat kan. Time ni paling best sebab husband pun dah ajak pergi shopping pakaian yang sesuai untuk orang mengandung. Paling penting sekali part seluar la. Fana ni jenis yang agak lasak jugak la orangnya. So, fana lebih prefer pakai seluar berbanding kain. Nasib baik Aeon ada satu department Scarlet Mum. Dekat situ dia jual semua pakaian untuk maternity. Nak seluar jeans ke seluar slack ke semua ada. Harga dia dalam RM59 sehelai. Material seluar dia pun best je, tak ketat. Tak menghalang peredaran darah kita.

Time ni fana dengan husband memang dah saving duit untuk beli sikit-sikit kelengkapan untuk #LittleCupcake. Kebetulan Sweet Cherry ada buat promosi untuk stroller, terus kitorang grab. Padahal time tu just pergi jalan-jalan je takde pun nak pergi shopping tapi bila husband tanya nak ke tak, kita jawab nak je la. Beli awal-awal senang sikit sebab kalau dah sarat nanti tak larat dah mak buyung nak pergi jalan-jalan shopping dekat mall tu. Hahaha. Untuk stroller pun kitorang ada jugak survey yang mana best, yang kurang berat, yang senang handle dan kebetulan time tu tengah promo beli stroller dapat free car seat. Apa lagi memang kita hangkut terus la.

Baju untuk #LittleCupcake je kitorang belum start beli lagi sebab baju boleh beli online je kan. Banyak baju cecantik yang jual dekat online. Lagipun jantina baby penting jugak untuk kita beli baju. Sebab tu kitorang decide nak tunggu tahu jantina dulu baru nak start beli baju. (Sebenarnya dah tahu dah baby boy / baby girl tapi rahsia dulu lah kot! Hihihi)


5D Scan di Sonovision, Kelana Jaya

Disebabkan tak sabar nak intai baby, dan nak tahu kesihatan baby dengan lebih jelas, fana dan husband dah booked appointment untuk detail scan di salah satu klinik yang provide service ultrasound paling terbaik dekat KL ni tapi tak ada rezeki kitorang walaupun dah sebulan booked, tiba-tiba cancel last minute sebab sonografer ada meeting. Nekad jugak nak scan kitorang google la tempat lain, rezeki fana dapat jugak scan hari tu dekat Sonovision Kelana Jaya. Siap dapat harga promosi lagi RM120 je. Scan ambik masa agak lama sebab #LittleCupcake boleh tidoq pulak dah. Jenuh jugak la sonografer kejutkan dia suruh bangun sebab kita nak buat detail scan kan. Hasil daripada scan tu Alhamdulillah #LittleCupcake sihat, semuanya normal dan kitorang siap dapat tahu jantina lagi. Thank you baby sebab bagi kerjasama walaupun muka moncong je kena kacau tidur ye. Sorrry sayangggg.





Daftar bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Rasa macam terlalu awal pulak nak booking hospital tapi atas desakkan nurse di KKIA, kitorang pun pergi la daftar. Kenapa pilih PPUM? Sebab ni je la hospital yang paling dekat dengan rumah. Kalau nak ke Hospital Kuala Lumpur agak mencabar jugak takut terberanak waktu orang nak pergi kerja dah la jem gila nak ke sana. So, kitorang ambik langkah berjaga-jaga untuk bersalin di PPUM. Kakak fana yang sulung pun bersalin dekat PPUM, dia kata servis sana okay. Deposit untuk pendaftaran fana kena bayar RM500. Jumlah keseluruhan tak pasti berapa, lepas beranak nanti fana cerita la ye. Doakan semuanya berjalan lancar tau.


Seluar dalam maternity paling selesa, Shapee Maternity Briefs High-Waist !

Bila tanya kawan-kawan dekat mana nak beli seluar dalam yang sesuai untuk maternity, semua cakap beli je seluar dalam saiz besar. Wey, korang ni serius la. Fana macam tak berapa yakin dengan jawapan tu sampai la fana diperkenalkan dengan seluar dalam maternity oleh Shapee ! Ya Allah, selesa gila kot pakai seluar dalam ni. Perut tak rasa sengkak langsung. Korang siap boleh duduk bersila atas lantai tanpa rasa mengah. Thank you Shapee sebab jual seluar dalam best ni. Korang kena beli gais. Bukan je sesuai untuk wanita hamil tapi korang yang ada masalah perut buncit pun boleh jugak pakai. Dia tak ketat, tapi stretchable sangat. Korang akan rasa selesa yakmat pakai seluar ni. Korang boleh tengok betapa selesanya fana pakai seluar dalam Maternity Briefs daripada Shapee ni.








Kat mana nak beli? Beli dekat sini www.theshapee.com
Jangan lupa follow jugak Instagram diorang www.instagram.com/shapeemy


InshaAllah, nanti fana update lagi pasal pregnancy journey ni okay? Thank you sudi baca entri panjang ni. Hihihi. Love u'olls! 


xoxo,
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...