Assalamualaikum.
Rasa macam kekok pulak nak menaip sebab hampir dua bulan
jugak asik makan tidur je dekat rumah tu. Alhamdulillah, fana dah berjaya
habiskan pantang selama 44 hari. 25 Julai lepas, fana baru je selamat
melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fayyadh Dayyan. Baby sihat
dan semakin membesar dengan jayanya.
Fana nak share sedikit info tentang kos bersalin di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kawan-kawan. Pemilihan tempat
bersalin ni dibuat lepas berbincang dengan suami dan family. Macam
fana, first appointment di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) nurse dah tanya
nanti nak bersalin dekat mana. Seingat fana waktu tu usia kandungan baru 12
minggu.
Selepas perbincangan dengan suami, kitorang pilih nak
bersalin di PPUM instead of HKL sebab PPUM dekat je dengan rumah. Dalam 10
minit je jarak dari rumah nak ke PPUM. Senang sikit nak pergi check perut
pagi-pagi kan? PPUM bukan hospital government tetapi semi-government. Untuk
kakitangan kerajaan, mungkin tak kena bayar kalau bersalin di PPUM. Fana dan
suami bukan kakitangan kerajaan jadi kena la bayar setiap servis yang diterima ye.
Macam mana nak
booking bersalin di PPUM? Berapa kos untuk booking
bersalin?
Okay, fana banyak sangat dapat soalan macam ni masa bersalin
hari tu. So, fana kongsikan serba sedikit info melalui pengalaman fana ye.
Untuk bersalin di PPUM, korang perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Fana
booking masa usia kandungan nak masuk 5 bulan waktu tu.
Masa nak booking tu, korang perlu bawak Buku Pink, fotostat
kad nikah dan kad pengenalan. Pergi ke kaunter di Kompleks Kesihatan Wanita dan
Kanak-kanak, ambik nombor untuk pendaftaran. Masa ni nanti diorang akan tanya
serba sedikit la pasal kandungan tapi mostly diorang akan refer terus je dekat
buku pink tu nak tengok korang ada komplikasi apa-apa ke tak. Next, dia akan
bagi korang tarikh appointment seterusnya. Ha, next appointment tu nanti baru
korang bawak duit deposit sebanyak RM500. Ni memang syarat wajib ye. Korang
kena bayar RM500 sebagai deposit.
Antara kos-kos lain yang korang perlu bayar sepanjang
checkup di PPUM ialah kos pendaftaran setiap kali datang checkup sebanyak RM16.
Kos Ultrasound sebanyak RM20 setiap sesi. So far fana sempat buat dua kali
Ultrasound dekat PPUM. First sonographer macam sombong sikit. Hahahaha. Second
time scan dapat sonographer yang ramah sikit so boleh la tanya macam-macam.
Antara soalan fana sering tanya dekat sonographer macam air ketuban cukup tak,
kepala baby dekat bawah ke, uri dekat atas ke. Ni soalan wajib la sebab
benda-benda ni penting ye. Yang lain tu serahkan je pada sonographer. Basically
diorang akan inform pasal saiz baby tu selari tak dengan usia kandungan, berat
baby, struktur tulang dia, jantung dia, baby ada cleft bibir tak, Alhamdulillah
baby fana semuanya normal.
Kalau checkup dekat
PPUM perlu pergi KKIA lagi ke?
Fana pergi dua-dua. Sebab dekat KKIA semua details checkup
tu dia rekod dalam buku pink. Pastu beza KKIA dengan PPUM, dekat KKIA check HB,
dekat PPUM tak check cuma check urine, berat dengan tekanan darah. Fana pergi
dua-dua sebab fana sebenarnya lebih selesa checkup di KKIA. Walaupun kalau nak
ikutkan bila kita dah start checkup di hospital, tak perlu dah pergi KKIA. Fana
dah tanya nurse dah, nurse pun cakap macam tu. Depends la korang nak macam
mana. J
Jumlah kos yang fana
bayar selepas bersalin di PPUM.
Alhamdulillah, selepas bersalin fana dibenarkan keluar wad
sebab semua okay. Fana bersalin time maghrib. Esoknya fana dah boleh
discharged. Jumlah yang fana bayar sewaktu discharged cuma RM19.50 je.
Maksudnya total bersalin secara normal Cuma RM519.50 sahaja. Ini fana punya
bil. Jumlah bil lain-lain bergantung pada servis apa yang korang dapat sewaktu
di wad ye.
So, harap entri ni membantu korang yang nak bersalin di PPUM
nanti. Fana doakan semoga proses melahirkan nanti berjalan lancar. Nanti fana
share dengan korang pengalaman bersalin pulak di entri yang seterusnya okay?
xoxo,
fana
Time saya kena dalam 1.5k lebih sebab kene refer dekat PPUM, ambik epidural lepas office hour dan masa bersalin tu boleh pulak demam. Banyak treatment kene. Memula nak bersalin dekat Klinik Bersalin Annur dekat Shah Alam. Tetiba air ketuban pecah, dieorang tak nak terima kes saya. Terus refer ke PPUM. Nasib baik waktu tu dapat semua doktor perempuan kecuali doktor epidural chinese male.
ReplyDeleteSo far, memang puas hati servis dan layanan dekat PPUM.
Fadzi ceaser ke?
DeleteBetul. Servis dia sangat puas hati. Nurse baik. Hehe
Bila boleh jumpa Fayyadh ni. hmmmm
ReplyDeleteHey awak siapa?
Deletesis nak tanya boleh ya cekup dua2 kkai & ppum.. kiranya apa yg kkia dah buat nnti ppum dah xbuat la yer. contoh macam minum air gula n cucuk kancing gifi..
ReplyDeleteFana checkup dua-dua. Mana yg KKIA dah bagi hospital takkan buat dah. Diorang akan refer buku pink. :)
Deleteaida bersalin ketiga2nya di GH melaka, fana.
ReplyDeleteguna GL saje hi hi hi hi...
anak ke2 dan ke3, asben offerla utk bersalin di spital swasta dekat jer dgn umah ni.
aida yg kedekut ni, tak la tima offer dia.
alhamdulillah semua proses bersalin dipermudahkan. jap je. normal semuanya.
Alhamdulillah. Mana-mana hospital pun dah okay kan skrg ni. Swasta pun tetap sakit jugak. Hehehe
DeleteSalam fana, nak tnye.. if Kita kene tahan 2,3 hr Dan induce to Normal birth.. agak2 Kos semalam bpe eik?
ReplyDeleteSalam fana, nak tnye.. if Kita kene tahan 2,3 hr Dan induce to Normal birth.. agak2 Kos semalam bpe eik?
ReplyDeleteSalam fana, nak tnye.. if Kita kene tahan 2,3 hr Dan induce to Normal birth.. agak2 Kos semalam bpe eik?
ReplyDeleteSALAM NAK TANYA.HUSBAND BOLE MSUK LABOR ROOM KE?N DOKTOR YANG SAMBUT BABY DOKTOR PEREMPUAN KE?
ReplyDeleteKalau xde buku pink sbb x pnh buat..boleh terus besalin dkt ppum x? Mrk terima x?
ReplyDeleteslm.. nak tnya, sy ada buku pink tp check kt swasta.. boleh bersalin kt ppum x?
ReplyDeleteBoleh.. sy pn check up kt swasta n bersalin kt ppum.. as long as ada buku check up, diorg trima
Deleteslm.. nak tnya, sy ada buku pink tp check kt swasta.. boleh bersalin kt ppum x?
ReplyDeletesalam fana nk tnya suami boleh masuo teman skli x
ReplyDeleteBoleh kalau bersalin normal.. dulu x boleh.. start 2016 bru dibenar kn suami masuk bilik bersalin
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya wife saya dah 38bulan mmg anytime lah ni, tp sy nak beralih dr private ke ppum sbb dr krg ramah dan strict,blh ker diaorg terima sbb buku laporan dia xbg, dia bg kad appointment shj,blh ker ppum terima?
ReplyDeleteSalam.. Kalau suami kerja gomen berapa kena byar kalau bersalin normal/czer..
ReplyDeletePatut free.. guna GL. Saya dulu kerja government beranak free kat ppum
DeleteKlu dh 8bulan blh book appointment utk bersalin x kt ppum? Bpe kos utk bersalin shj?
ReplyDelete