Assalamualaikum..
Fana merupakan orang yang sangat mementingkan sarapan pagi.
Andai kata tak sempat untuk sarapan yang agak berat, fana akan pilih untuk
minum segelas atau sekotak susu untuk bagi tenaga seharian.
Kali ni fana berpeluang untuk sertai contest daripada Dutch
Lady iaitu Dutch Lady Breakfast Challenge. Kalau korang nak tahu, contest ni
berlangsung daripada 8 Oktober sehingga 11 November 2018. Untuk memenuhi syarat
contest, fana diperlukan untuk memuatnaik gambar menu sarapan pagi bersama susu
Dutch Lady Pure Farm selama lima hari berturut-turut. Penyertaan fana agak
lambat, tarikh contest pun dah nak tutup. Nasib baik sempat.
Jom fana kongsi dengan korang kebaikan susu Dutch Lady Pure
Farm. Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat.
Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting,
seperti:
• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan
kita berfungsi dengan baik
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang
dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan
jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan
membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada
karbohidrat, lemak dan protein
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan
fosforus.
Percaya tak, dengan meminum segelas susu Dutch Lady Pure
Farm sahaja, korang dah dapat 50% khasiat protein yang diperlukan oleh tubuh badan
kita. Jom fana tunjukkan dekat korang menu yang telah fana sediakan sepanjang
lima hari berturut-turut.
DAY 1
Dutch Lady Breakfast Box
(Bihun Goreng + Dutch Lady Pure Farm
DAY 2
Biskut + Dutch Lady Pure Farm
DAY 3
Bijirin nestum + Dutch Lady Pure Farm
DAY 4
Bijirin + Dutch Lady Pure Farm
DAY 5
Kuih Bahulu + Dutch Lady Strawberry
Korang suka sarapan apa? Tak kisah korang suka sarapan yang berat atau ringan tapi penting untuk ambik segelas susu Dutch Lady Pure Farm setiap pagi tau. Ramai yang ingat bahawa susu ni cuma berikan kalsium je kepada tubuh badan. Susu juga sebenarnya membekelkan nutrien penting kepada tubuh badan kita seperti protein.
Untuk korang yang suka sarapan, jom la join fana sertai contest ni. Senang je, cuma upload gambar menu sarapan pagi korang di laman sosial sebelum 11 November 2018. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.
"Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady Pure Farm"
#strongstart #dutchladybreakfastchallenge
xoxo,
fana