TABUNG

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

03 January 2015

2014, Terima Kasih Untuk Segalanya!

Assalamualaikumm...


Ehem-ehem, betulkan suara jap. Nak bergurindam. Siapa yang reti bergurindam boleh la join depan laptop/phone korang tu. Hahahaha. Ikut rentak lagu Gurindam Jiwa nyanyian Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

Terima kasih tahun yang lalu,
Kerana kasih, sayang dan rindu,
Tiba masa, tahun yang baru,
Harap-harap mendapat restu.

Jangan sedih jangan berduka,
Terus mendongak ke atas sana,
Semoga berkat menanti kita,
Doa semua amat bermakna.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ciptaanNya. Rasa macam baru je lagi kaki ni mula melangkah ke alam tadika, belajar mengenal ABC serta 1,2,3. Sungguh pantas masa berlalu.





2014,

Terima kasih untuk semua kenangan yang kau pahatkan dalam memori. Semoga yang buruk itu dijadikan iktibar dan yang baik pula kita jadikan sebagai batu loncatan untuk terus memberikan semangat buat masa akan datang.

Bermula pada Januari, waktu tu fana tengah struggle menghadapi peperiksaan akhir di UiTM Seri Iskandar, Perak untuk semester 5 iaitu semester akhir di sana. Waktu itu juga fana masih sibuk mencari lokasi untuk fana jadikan tempat menimba pengalaman serta melakukan latihan industri.

Lebih kurang 5 syarikat yang fana hantar resume namun, tidak mendapat sebarang feedback daripada pihak sumber manusia di syarikat tersebut. Fana dah mula rasa gelisah. Rasa macam susah sangat nak cari sebab tak ada 'orang dalam'. Lagi seminggu nak tamat exam, fana akhirnya mendapat bantuan daripada housemate (rakan sekelas dan satu rumah masa di Seri Iskandar dulu) untuk cuba hantar resume pada sepupu dia yang bekerja di satu badan kerajaan.

Alhamdulillah, sehari selapas resume dihantar fana terus mendapat panggilan dari mak mengatakan ada surat sampai dan menawarkan fana untuk menjalani latihan industri. Syukur! Masa tu dah mula rasa selesa sikit untuk teruskan study for final exam.

Tiba hari terakhir, masa untuk ucapkan selamat tinggal buat kawan-kawan serumah yang memang kitorang kenal sejak Minggu Destini Siswa lagi. Sedih. Tapi, tak payah nak sedih sangat la sebab kitorang berempat masing-masing berasal dari KL dan Selangor. Dekat je kalau nak jumpa. Sedih tu ada sebab nak tinggalkan rumah sewa, peti ais, mesin basuh dan katil yang fana dah guna selama 3 tahun kat sana.

Februari, fana masih berehat dirumah dan menyumbang kepada faktor pembesaran tubuh badan. Mana taknya maksiah masak sedap sangat, jadi makan la tanpa pedulikan apa-apa. Jangan menyesal, sebab selagi ibu kita ada dan masih larat memasakkan kita makanan yang sedap, kita makan je. Oh, bukan tu je, sejak habis belajar fana pun dah jadi part time chef dekat rumah sebab kadang-kadang maksiah agak busy so, fana akan ambil alih tugas memasak. Hihihi. 

Mula je bulan Mac, fana dah get ready untuk datang lapor diri di lokasi yang dimaksudkan la. Memang sejak dulu fana jenis yang agak gemuruh untuk bertemu dengan orang baru, persekitaran baru. Rasa dia lain macam. Kalau nak tahu pasal tu, korang boleh baca kat previous entri fana yang ni (82 Hari Yang Cukup Bermakna).

Hujung Jun, fana tamat latihan industri dan mula sibuk siapkan research degree fana. Perkara paling susah sekali tang nak buat research tu la. Dan fana spend hampir RM600 untuk kos ulang alik KL-Perak sepanjang bulan tu. Sebab nak kena jumpa supervisor, nak kena follow up research, nak kena check error and semuanya memang sangat menguji keimanan. Tapi, semuanya berjalan lancar. 

Bulan Julai pulak bulan yang paling mendebarkan sebab fana akan melakukan presentation (viva) untuk research akademik fana tu. Tak sangka, rasa cuak, takut, dan sebagainya tu hilang sewaktu masuk je dalam makmal tu. Sangat mudah proses viva masa tu. Syukur!

Selesai semuanya fana ambil keputusan untuk spend time dengan family kat rumah, langsung tak ada keinginan nak cari kerja. Rasa nak duduk rumah je. Lagipun masa tu bulan puasa dan fana tak sanggup nak hadapi risiko bekerja di bulan puasa. Hehehe. Jadi, fana just duduk rumah, menjalani ibadah puasa dengan family, pergi bazar ramadhan dan berbuka ramai-ramai. 

Lepas raya dalam bulan Ogos tu, fana pun mula fikir kerja apa yang fana nak buat dana bidang apa yang fana boleh buat. Entah macam mana, fana cuba search je kat google dengan keyword 'kerja kosong' dan terus ada satu website yang macam jobstreet iaitu www.maukerja.com. Lima minit lepas fana submit resume, terus ada satu agensi pekerjaan call suruh datang interview esoknya. Fana pergi interview dan petang tu, dia call fana balik suruh pergi sesi interview pertama dengan company yang fana apply tu sendiri. Selesai interview pertama, fana dipanggil untuk second interview di company yang sama tetapi dengan manager yang lain pulak. Tak sangka, hari ni interview, isnin depan dah boleh start kerja. Alhamdulillah, rezeki.

So, starting Ogos sampai sekarang fana masih lagi bekerja di company tersebut. Ramai yang cakap fana beruntung sebab dapat kerja sebelum grad sebab ramai lagi kawan-kawan fana yang belum dapat kerja. Mungkin rezeki masing-masing dah ditentukan Allah. Fana pun bersyukur jugak sebab diberikan kepercayaan oleh company yang fana kerja sekarang dan diberikan gaji mengikut kelayakan yang fana ada walaupun fana tak grad as a degree holder lagi. Thank you. :)

Bulan Disember lepas, fana berjaya memegang sekeping (sebab tak digulung) Ijazah. Fana pun tak tahu kenapa orang panggil segulung Ijazah. Maybe sebab dulu Ijazah tu digulung kot. Hehehe. Sekarang ni dah petak dah. Happy la sebab dapat buat mak dan abah happy. Fana rasa penat lelah masa study degree dulu tu hilang bila dah naik pentas masa konvo baru-baru ni. 

Sebab tu orang kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Kalau diberikan rezeki, fana nak jugak sambung master tapi itu semua kita rancang je, Allah yang tentukan. Kalau ada rezeki tak salah menuntut ilmu. Pahala menuntut ilmu tu sangat besar. Kita cuma kena berkorban sikit la.

Sekian.

Happy New Year !


xoxo,
fana


23 May 2014

ULANGTAHUN KE-23 !

Assalamualaikumm..





Turun, naik, jatuh, bangkit, Alhamdulillah aku masih punya kamu disisi.
Kamu : Keluarga, adik-beradik, sahabat-handai, Arjuna.

Terima kasih kerana sentiasa berada disisi tika susah mahupun senang. Semoga Allah merahmati kalian. Masih diberi kesempatan menghidu udara segar. Melihat keletah manusia, dan mengharungi cabaran di dalam dunia yang penuh cabaran. Semoga kita semua dianugerahkan hati yang tabah.

Setiap tahun, tarikh keramat 22 Mei akan ditunggu dengan pelbagai rasa. Banyak kenangan ditarikh ini pada tahun-tahun lalu. Terlalu banyak. Jika tahun lepas, disambut dengan meriah oleh rakan-rakan sekelas di Seri Iskandar. BACA SINI

Macam tak percaya dah setahun keriuhan tu berlaku. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun-tahun yang sebelumnya pula? Terlalu banyak. Namun, masih utuh dalam memori. Syukur dikelilingi insan-insan yang hebat dari segi menghargai seseorang. :)



Maaf, muka terpaksa diletakkan diletakkan stiker gara-gara habis penuh tepung gandum. Haih! Nasib baik adik, kalau tak dah lama campak dari Menara KL. Habis masuk mata tepung. Mana taknya, bukak je pintu rumah terus dibaling tepung tepat-tepat ke mata. Makin rabun la jawabnya.

Kek Pelangi Cream Cheese

Dah besar pun masih nak sambut hari jadi, potong kek segala. Ada orang yang sudi habiskan masa kejar sana sini walaupun sibuk bekerja. Macam tak percaya dalam diam, nampak macam tak cukup masa tapi berjaya sediakan semua ni. Terima kasih. You know who you are.:')

Susah payah jugak Mak, Abah dan adik-beradik tak tidur lagi, tunggu fana sampai rumah lebih kurang jam 10 malam sebab ada event sebelum tu. Apa yang buatkan fana rasa serba salah bila ada someone said this to me :"Ramai yang tunggu nak celebrate your birthday today but where are you? Still busy with your event and whatsoever". Maaf, semuanya bukan dalam perancangan. 

By the way, fana hargai sangat sangat semuanya. 

Masa kat event, sorang rakan blogger yang juga kesayangan fana siap bagi hadiah lagi. Terharunya tak tahu nak cakap macam mana. Tak boleh bila berhadapan situasi macam ni sebab bimbang kita tak mampu nak balas balik segala kebaikan ni. Semoga awak dimurahkan rezeki ya Mek Onie sayanggg. Jemputlah singgah ke blog Mek Onie. http://letopkeypad.blogspot.com/

Hadiah daripada Mek Onie.
Selesai event terus balik rumah. Kesian tu kesian jugak sebab Arjuna yang baik hati lagi kacak maskulin tu kena tunggu fana habis event. Tiga jam dia menunggu dan akhirnya bila sampai rumah, fana disuruhnya bukak boot kereta. Bukak-bukak je fana macam nampak seguni emas dalam boot kereta. Besarnya paper bag! Sebelum ni dia cakap dia tak sempat belikan apa-apa la, tak sempat nak prepare apa-apa, itu la ini la. 

Terima kasih kerana tak pernah menghampakan this birthday girl. Bukan la menaruh harapan pun, tapi bila perempuan disajikan dengan barang yang dia suka, gila tak happy? Mesti la happy kan? Terima kasih duhai Arjuna. Kau tunggu ! *sambil buat muka macam mak bawang merah*



Jadi, inilah hadiah yang diberikan oleh Arjuna. Terima kasih. Bertambah lagi koleksi. Tahun depan bagi lagi. Semoga Allah murahkan rezeki. Haaaa, fana pantun tau ni. Tak sabar rasanya nak pakai kedua-dua hadiah yang fana dapat ni.

Terima kasih kawan-kawan facebook, kawan-kawan Instagram dan juga di Twitter yang dah buat wish kat fana. Jom kita tengok siapa yang kena.













Sebenarnya ada sesuatu yang nak diletakkan sekali dalam entri ni. Tapi, fana tak sempat nak record lagi. Nanti la fana update. Hehehe. Tunggu ye. Apa pun fana hargai sangat semua ucapan hari jadi dari kawan-kawan semua. Tak mampu nak printscreen semua. Maaf ye.

Sampai sini saja la dulu ye. Nanti fana sambung lagi. Fana sayang semua. Fana tak tahu macam mana nak balas jasa semua. Terima kasih jugak sudi baca. :)



xoxo,
nfcs

20 November 2013

House of Horror di i-City

Assalamualaikum...


Sekarang ni kecoh dengan kes Villa Nabila yang dikatakan menjadi tempat seorang budak lelaki disembunyikan oleh hantu la, jin la. Sebenarnya kes tu dah pun terungkai. Budak tu bukan disorokkan seperti yang dicanang-canangkan tu. Budak tu yang menyorok sebab dah kecoh pasal orang dok cari dia. Meh sini nak terajang patpulohkali. Bikin kecoh betul.


Okay, entri ni tak ada kena mengena dengan misteri kehilangan budak tu dengan teman wanita dia ke ape. Kali ni aku nak ajak korang ramai-ramai datang serbu House of Horror dekat i-City tu sebab apa? Sebab dia bessssttttt !


Bukan la macam rumah hantu yang lain yang sempit, gelap dan sebagainya. House of Horror ni luas sangat, nak lari daripada hantu pun ada ruang dan bagi aku yang penakut ni sememangnya House of Horror sangat la menakutkan.





Okay, pasal harga pulak. Untuk masuk ke House of Horror ni tak perlu beli kad i-City tu sebab apa? Entah. Aku pun tak pasti. Tapi harga masuk seorang ialah RM 15 sahaja ! Lama ke? Panjang ke perjalanan dalam rumah hantu tu? Berapa minit? Lebih kurang limabelas minit macam tu la. Sebab bila dah takut ni, rumah hantu yang tak berapa panjang pun aku rasa macam lama je. -.-


















Kalau sebelum ni aku dah masuk ke Trick Art Museum. Memang sangat best sebab lukisan tu sangat kreatif. Kalau korang belum baca, jom baca pengalaman aku ke Trick Art Museum yang sangat best tu.


Untuk masuk ke Trick Art, korang perlu beli kad i-City tu. Tapi, kalau korang dah ada kad tu tak payah la beli lagi. Kad tu harga RM 3 sahaja. Harga tiket masuk ke Trick Art Museum pulak RM 10. Kadang-kadang harga ni akan berubah mengikut promosi yang diadakan.


So, nanti kalau ada rezeki nak masuk Red Carpet pulak. Ada patung lilin dalam tu. Semuanya patung artis-artis Hollywood dan banyak la. Harga untuk masuk Red Carpet lebih kurang RM 35. Ada masa yang ada promosi kadang-kadang murah. Tengok time jugak la.


Antara kelebihan i-City ini la dia. Selain daripada korang tengok pokok-pokok lampu tu, korang boleh la layan jugak aktiviti-aktiviti yang lain macam Snow Walk, Spacewalk, Eye-On, dan banyak lagi lah! Masuk i-City satu kereta RM 10 sahaja. Tong-tong la satu kereta dalam lima orang. Hahaha.


Okay, sambung siapkan assignment. Empat minggu lagi sebelum study week bermula. Tak sabarnya nak cuti ! Huhuhu. Till next entry. Bye!


nfcs

26 March 2013

: Akhirnya :

Assalamualaikum..


Hello ebelibadi ! :)


Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je main mercun pum pang pum pang depan rumah tokwan yang dulunya ada bukit tinggi, boleh panjat, atas bukit penuh dengan tahi lembu, berudu, lalang dan sebagainya.


Dulu, masa tokwan masih ada, semuanya seronok belaka. Balik kampung pun terasa bahagia sebab setiap pagi, lepas je menggeliat sampai kekadang kaki kejang gara-gara terlampau syok menggeliat, celik mata, pergi dapur, mesti ada roti canai, kuah dal, sambal. Lengkap ! Bangun-bangun terus ngap ! Nikmatnyaaaa.


Dah hampir dua tahun dah tokwan pergi mengadap Ilahi. Hanya Tuhan je yang tahu betapa rindunya pada tokwan. Semoga roh tokwan tenang disana. Tokwan pergi tanpa sempat melihat satu-satunya lagi anaknya yang masih bujang berkahwin.


Baru-baru ni, Mak Tam telah disunting oleh seorang jejaka yang berasal dari Perak. Jejaka yang masih belum berkahwin, berusia empatpulohlima tahun telah melamar Mak Tam untuk dijadikan suri hidupnya. Alhamdulillah, kedua-duanya bujang. Mungkin jodoh mereka agak lambat memandangkan Mak Tam pun sudah melangkau ke usia empatpuloh tahun.


Setiap orang telah ditentukan jodohnya sejak mereka berusia empat bulan dalam kandungan ibunya. Cuma, masa untuk jodoh itu tiba kita sendiri tak tahu. Benar. Jodoh itu rahsia Allah. Kita tak mampu membongkarkan rahsia yang terlalu besar itu.


Aku cuma doakan Mak Tam menjadi isteri yang baik kepada suaminya nanti. Mak Tam akan berkahwin dengan bakal Pak Tam pada bulan ini. Insha Allah, kalau tak ada aral melintang, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang telah dirancang.


Sempat juga aku pulang ke kampung di Sungai Petani baru-baru ni untuk melihat sendiri sambil memeriahkan, memberikan semangat dan menambahkan kegembiraan kepada Mak Tam pada hari pertunangannya.

Majlis Pertunangan Mak Tam
Tarikh : 16 Mac 2013
Tempat : Tikam Batu, Sungai Petani.





Mudanya  Mak Mertua Mak Tam



Mak Su, Shada, Mak Tam, Fana
Hantaran digubah oleh Mak Su

Pelamin indah

Sesi Outdoor !





Pelamin dan baju oleh Mak Su. Oh ya, hantaran juga. Mak Su memang sangat hebat dalam andaman. Nak jadi macam Mak Su satu hari nanti. :)


Pesanan khas buat bakal Pak Tam :

"Mohon jaga Mak Tam baik-baik. Didiklah Mak Tam menjadi isteri yang taat pada suami. Semoga dapat berikan kasih sayang yang mencukupi kepada Mak Tam. Semoga hubungan kalian berkekalan hingga akhir hayat."

Zirah - Sepupu

Tahniah jugak buat zirah dan shada (sepupu) yang dah selamat bertunang dalam bulan yang sama. Tiga orang sekaligus ni hoi. Penuh la kenduri tahun ni. Hahaha.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insha Allah. :)


nfcs

08 March 2013

: Cuti Semester :

Assalamualaikum...


Waaaa! Long time no see. Hahaha. Berkurun kot tak kemaskini blog. Banyaknya labah-labah sedang berterbangan dalam ni. Mereka dah bising sebab aku malas gila nak kemaskini natang ni. Aku bukan malas sangat sebenarnya, tapi disebabkan mood tengah cuti sem tu, jadi aku betol-betol cuti. Hahaha


Dekat entri ni aku nak cerita pasal aktiviti cuti semester aku. Asik dok tulis pom pang pom pang dekat twitter sana, facebook sana. Bila pulak nak tempek dekat blog?


Dengan tahap kerajinan yang dibuat-buat ni, aku akan tulis sebaik mungkin. Wahai blog, jangan merajuk dengan aku ya. Nanti aku belanja choki-choki satu kotak. Hikhikhik.


Jadi, sepanjang cuti semester yang tamat baru-baru ni, yang aku rasa terlalu singkat tu, aku pon tak tahu apa yang aku dah isi. Tetapi, aku rasa sangat berharga sebab dapat luangkan masa dengan keluarga tercinta. Eceh, ayat mintak penampar !


Aku akan tulis tidak mengikut kronologi dan aku akan pegi tengok kejap gambar-gambar untuk ingatkan balik. Susah betol bila makin berusia ni. Umur makin meningkat maka sel otak semakin berkurang. Sebab tak banyak guna. Pemalas ! Mana nak cerdik kalau macam ni. -.-


Oh ya, aku ada cuba produk terbaru. Produk makanan kulit kali ni dicadangkan oleh akak aku dan ditaja sepenuhnya oleh beliau. Hahaha. Aku cuma pakai saja. Memang berkesan produk ni bagi aku. Sebab dah nampak perubahan walaupun baru dua minggu guna. SF Beauty ni produk dari Kelantan.


Seminggu pakai, kulit aku jadi pedih dan mengelupas. Tetapi, kesan tu tak lama. Cuma dalam dua tiga hari. Kata mereka, bila rasa kulit muka pedih, berhenti sementara sapu krim malam. Aku ikot. Hasilnya kulit muka aku dah tak pedih lagi sampai sekarang. Alhamdulillah, dah sebulan aku guna produk ni.



Sepanjang cuti semester lepas, aku rasa banyak masa digunakan untuk jumpa kawan-kawan lama. Lagi lama bila kita tak jumpa lebih dari sepuluh tahun. Syazana Samsudin. Budak perempuan yang putih, cantik, wangi. Selalu ke sekolah dalam keadaan sangat kemas. Dengan rambut diikat kemas, berpintal-pintal rambut dia. Masa tu aku rasa dia la budak perempuan paling cantik dalam sekolah. Hahaha.


Dapat contact balik pun melalui facebook dan twitter. Jadi, kitorang plan nak jumpa. Mula-mula agak malu jugak sebab dah lama sangat tak jumpa. Tapi, lepas dah jumpa semua cerita lucu zaman sekolah rendah keluar balik. Hahaha


Syazana, aku, Eka


Habis jumpa sorang yang dah lama tak jumpa tu, kitorang plan lagi nak jumpa dengan kawan-kawan tingkatan enam dulu. Rumah je dekat tapi jarang sekali nak dapat jumpa. Haih! Makanya, rancang la pegi main bowling sesama :)






Seronok, gembira semua ada walaupun tak banyak yang dapat kitorang bualkan tapi sekurang-kurangnya ada sedikit perkongsian. Dah lama tak jumpa. Memang tak ramai yang dapat join, harap akan datang dapat jumpa lebih ramai lagi.


Selain dapat jumpa kawan-kawan sekolah, aku sempat jugak hang out sekejap dengan Gegadis kesayangan. Gegadis dah ditubuhkan lama tapi kitorang susah dapat jumpa satu sama lain sebab ramai yang duduk jauh. Merata negeri ada. Semua cantik-cantik. Mungkin sebab itu jugak susah nak jumpa.


Kak Eyna


Ada yang dah kawen. Terbaru kak eyna, antara insan penting dalam Gegadis dah pun bertunang dan bakal bernikah pada bulan Oktober nanti. Nampaknya Kak eyna kena keluar dari team la. Hikhikhik. Dah tak gadis lagi dah nanti.

Gegadis !

Hang out di IKEA, The Curve. Walaupun bertiga, tapi puas sangat. Sesat lagi. Tuan punya kereta pun tak tahu jalan, jadi terpaksa bergantung pada GPS. Hahaha. Pengalaman yang sangat lucu.


Ni kak jaja. Sangat nakal ! Kak eyna cakap aku mungkin lebih matang sebab kak jaja punya perangai sangat kebudak-budakan. Manja ! Hahaha. Semua benda budak-budak yang dia nampak semua dia nak main. Kak jaja yang comel ! Hahaha

Kak Jaja


Food of the day - IKEA

Dalam kegembiraan tu, terselit jugak sedikit kerisauan. Kakak sulung aku yang bakal melahirkan anak lelaki sulungnya esok 9 Mac 2013 *mengikut doktor


Aku mungkin tak dapat tengok lagi muka anak buah aku yang pertama tu memandangkan aku dekat Perak ni. Semoga akak aku dapat melahirkan putera sulungnya dengan selamat. Aunty jauh ni baby. Huhuhu


Disebabkan kakak aku yang buyut tu nak makan burger bakar, jadi kitorang pegi cari burger bakar sampai ke Shah Alam. Cari punya cari sampai burger tu habis. Tak ada rezeki mungkin.


Singgah I-City, rezeki kitorang dapat tengok bunga api besar-besaran sempena Tahun Baru Cina. Bunyinya mak ai ! Tak ingat dunia. Tapi cantik sangat! First time kot dapat tengok pertunjukan bunga api besar-besaran macam tu.



Supersista !


Momen yang paling menggembirakan dan juga sangat menyakitkan hati masa cuti semester lalu. Tapi, aku akan simpan dan kenang sampai bila-bila. Mak cakap, kalau kita tolong orang dengan ikhlas, orang pasti akan tolong kita. Tapi, nak tolong orang kena tengok orang jugak.


Aku tak nafikan, ini bukan kali pertama aku diperlakukan sebegini. Aku dah kena banyak kali. Mungkin jenis aku mudah sangat simpati pada orang, terlalu ringan tangan untuk hulurkan bantuan, akhirnya aku sendiri yang merana.


Aku akan jadikan semua ni pengajaran. Sekarang ni aku fikir sebenarnya dalam dunia ni, tak boleh terlalu baik dengan orang. Lebih-lebih lagi yang bukan adik beradik kita. Kita tolong dia, tapi dia akan tolong kita? Tak ! Apa-apa pun aku tak berdendam cuma aku terkilan. Terima kasih sebab dah buat aku tertekan. Ya, aku sangat tertekan waktu itu.


Nasib baik masih ramai kawan-kawan yang berpihak kepada aku. Nabila, terima kasih sebab banyak bantu aku, banyak dengar masalah aku dan banyak jugak nasihatkan itu ini. Hanya kau yang mengerti. Dan juga kau SJ. Terima kasih.


Nabila.


Dalam fenomena burger bakar tengah berleluasa sekarang ni, aku pun dapat cuba satu tempat yang bagi aku sangat memuaskan hati. Sedap, puas sangat ! Burger Bakar dan Kukus Man Lava, Damansara Damai.



Sambil cuti, tonggeng sana tonggeng sini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas pun keluar. Aku tak terlalu berharap untuk dapat keputusan yang cemerlang. Perasaan takut tu memang ada sehari sebelum keputusan keluar. Tapi, aku pura-pura tak mengerti.


Pagi tu, Azida, housemate merangkap classmate aku mesej. Minta aku semak keputusan. Bukak email. Dengan mengantuk, aku bukak jugak email. Aku tunggu agak lama. Aku fikir mungkin email belom keluar. Aku tunggu sambil menahan debar didada.


Masih tak ada. Rupa-rupanya aku tersalah bukak email. Aku pegi bukak Yahoo, padahal aku punya keputusan masuk dekat Gmail. Sengal tahap hantuk kepala kat bucu katil !


Takut, cuak semua ada. Bukak-bukak, benda pertama yang aku tengok dekat kotak yang ada tulis "DL"/ Dean's List atau dalam bahasa melayunya Dekan. Tengok pointer, aku keliru. Ada satu je pointer yang menunjukkan aku tergolong dalam golongan itu. Sebelum jerit, aku melilau tengok pointer, pastikan betol-betol.


Okay, dah boleh jerit ! Hahaha. Teruja aku pegi bagitahu dekat mak dengan abah. Yela, dah la semester tiga susah nak mati subjek-subjek dia. Ya Allah, syukur sangat-sangat sebab dapat DL untuk kali kedua. Mungkin aku tak berapa berpuas hati dengan pointer yang aku dapat tapi aku syukur. Sekurang-kurangnya lepas target.


Jadi, itu saja la cerita pasal cuti semester yang lepas. Sekarang aku dah masuk semester empat. Cepatnya masa berjalan. Alhamdulillah, aku masih meneruskan pelajaran. Satu semester lagi dan tahun depan aku akan mula praktikal. Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan kepada aku dan kawan-kawan.


Disamping kegembiraan kita, aku turut bersedih atas apa yang sudah menimpa Lahad Datu. Aku mohon kita semua mendoakan keselamatan negara yang kita cintai, doakan keselamatan pejuang-pejuang negara yang sedang berjuan disana.


Sedekahkan Al-Fatihah juga kepada beberapa wira kita yang telah terkorban. Semoga negara kita tidak diambil oleh orang luar. Ya Allah, lindungilah negara kami dari anasir-anasir jahat, penjahat-penjahat dan pengganas yang boleh menyebabkan negara kami porak-peranda. Aminnn.


p/s : Al-Fatihah


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...