TABUNG

Showing posts with label UITM. Show all posts
Showing posts with label UITM. Show all posts

03 January 2015

2014, Terima Kasih Untuk Segalanya!

Assalamualaikumm...


Ehem-ehem, betulkan suara jap. Nak bergurindam. Siapa yang reti bergurindam boleh la join depan laptop/phone korang tu. Hahahaha. Ikut rentak lagu Gurindam Jiwa nyanyian Nordin Ahmad dan Latifah Omar.

Terima kasih tahun yang lalu,
Kerana kasih, sayang dan rindu,
Tiba masa, tahun yang baru,
Harap-harap mendapat restu.

Jangan sedih jangan berduka,
Terus mendongak ke atas sana,
Semoga berkat menanti kita,
Doa semua amat bermakna.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ciptaanNya. Rasa macam baru je lagi kaki ni mula melangkah ke alam tadika, belajar mengenal ABC serta 1,2,3. Sungguh pantas masa berlalu.





2014,

Terima kasih untuk semua kenangan yang kau pahatkan dalam memori. Semoga yang buruk itu dijadikan iktibar dan yang baik pula kita jadikan sebagai batu loncatan untuk terus memberikan semangat buat masa akan datang.

Bermula pada Januari, waktu tu fana tengah struggle menghadapi peperiksaan akhir di UiTM Seri Iskandar, Perak untuk semester 5 iaitu semester akhir di sana. Waktu itu juga fana masih sibuk mencari lokasi untuk fana jadikan tempat menimba pengalaman serta melakukan latihan industri.

Lebih kurang 5 syarikat yang fana hantar resume namun, tidak mendapat sebarang feedback daripada pihak sumber manusia di syarikat tersebut. Fana dah mula rasa gelisah. Rasa macam susah sangat nak cari sebab tak ada 'orang dalam'. Lagi seminggu nak tamat exam, fana akhirnya mendapat bantuan daripada housemate (rakan sekelas dan satu rumah masa di Seri Iskandar dulu) untuk cuba hantar resume pada sepupu dia yang bekerja di satu badan kerajaan.

Alhamdulillah, sehari selapas resume dihantar fana terus mendapat panggilan dari mak mengatakan ada surat sampai dan menawarkan fana untuk menjalani latihan industri. Syukur! Masa tu dah mula rasa selesa sikit untuk teruskan study for final exam.

Tiba hari terakhir, masa untuk ucapkan selamat tinggal buat kawan-kawan serumah yang memang kitorang kenal sejak Minggu Destini Siswa lagi. Sedih. Tapi, tak payah nak sedih sangat la sebab kitorang berempat masing-masing berasal dari KL dan Selangor. Dekat je kalau nak jumpa. Sedih tu ada sebab nak tinggalkan rumah sewa, peti ais, mesin basuh dan katil yang fana dah guna selama 3 tahun kat sana.

Februari, fana masih berehat dirumah dan menyumbang kepada faktor pembesaran tubuh badan. Mana taknya maksiah masak sedap sangat, jadi makan la tanpa pedulikan apa-apa. Jangan menyesal, sebab selagi ibu kita ada dan masih larat memasakkan kita makanan yang sedap, kita makan je. Oh, bukan tu je, sejak habis belajar fana pun dah jadi part time chef dekat rumah sebab kadang-kadang maksiah agak busy so, fana akan ambil alih tugas memasak. Hihihi. 

Mula je bulan Mac, fana dah get ready untuk datang lapor diri di lokasi yang dimaksudkan la. Memang sejak dulu fana jenis yang agak gemuruh untuk bertemu dengan orang baru, persekitaran baru. Rasa dia lain macam. Kalau nak tahu pasal tu, korang boleh baca kat previous entri fana yang ni (82 Hari Yang Cukup Bermakna).

Hujung Jun, fana tamat latihan industri dan mula sibuk siapkan research degree fana. Perkara paling susah sekali tang nak buat research tu la. Dan fana spend hampir RM600 untuk kos ulang alik KL-Perak sepanjang bulan tu. Sebab nak kena jumpa supervisor, nak kena follow up research, nak kena check error and semuanya memang sangat menguji keimanan. Tapi, semuanya berjalan lancar. 

Bulan Julai pulak bulan yang paling mendebarkan sebab fana akan melakukan presentation (viva) untuk research akademik fana tu. Tak sangka, rasa cuak, takut, dan sebagainya tu hilang sewaktu masuk je dalam makmal tu. Sangat mudah proses viva masa tu. Syukur!

Selesai semuanya fana ambil keputusan untuk spend time dengan family kat rumah, langsung tak ada keinginan nak cari kerja. Rasa nak duduk rumah je. Lagipun masa tu bulan puasa dan fana tak sanggup nak hadapi risiko bekerja di bulan puasa. Hehehe. Jadi, fana just duduk rumah, menjalani ibadah puasa dengan family, pergi bazar ramadhan dan berbuka ramai-ramai. 

Lepas raya dalam bulan Ogos tu, fana pun mula fikir kerja apa yang fana nak buat dana bidang apa yang fana boleh buat. Entah macam mana, fana cuba search je kat google dengan keyword 'kerja kosong' dan terus ada satu website yang macam jobstreet iaitu www.maukerja.com. Lima minit lepas fana submit resume, terus ada satu agensi pekerjaan call suruh datang interview esoknya. Fana pergi interview dan petang tu, dia call fana balik suruh pergi sesi interview pertama dengan company yang fana apply tu sendiri. Selesai interview pertama, fana dipanggil untuk second interview di company yang sama tetapi dengan manager yang lain pulak. Tak sangka, hari ni interview, isnin depan dah boleh start kerja. Alhamdulillah, rezeki.

So, starting Ogos sampai sekarang fana masih lagi bekerja di company tersebut. Ramai yang cakap fana beruntung sebab dapat kerja sebelum grad sebab ramai lagi kawan-kawan fana yang belum dapat kerja. Mungkin rezeki masing-masing dah ditentukan Allah. Fana pun bersyukur jugak sebab diberikan kepercayaan oleh company yang fana kerja sekarang dan diberikan gaji mengikut kelayakan yang fana ada walaupun fana tak grad as a degree holder lagi. Thank you. :)

Bulan Disember lepas, fana berjaya memegang sekeping (sebab tak digulung) Ijazah. Fana pun tak tahu kenapa orang panggil segulung Ijazah. Maybe sebab dulu Ijazah tu digulung kot. Hehehe. Sekarang ni dah petak dah. Happy la sebab dapat buat mak dan abah happy. Fana rasa penat lelah masa study degree dulu tu hilang bila dah naik pentas masa konvo baru-baru ni. 

Sebab tu orang kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Kalau diberikan rezeki, fana nak jugak sambung master tapi itu semua kita rancang je, Allah yang tentukan. Kalau ada rezeki tak salah menuntut ilmu. Pahala menuntut ilmu tu sangat besar. Kita cuma kena berkorban sikit la.

Sekian.

Happy New Year !


xoxo,
fana


20 November 2013

House of Horror di i-City

Assalamualaikum...


Sekarang ni kecoh dengan kes Villa Nabila yang dikatakan menjadi tempat seorang budak lelaki disembunyikan oleh hantu la, jin la. Sebenarnya kes tu dah pun terungkai. Budak tu bukan disorokkan seperti yang dicanang-canangkan tu. Budak tu yang menyorok sebab dah kecoh pasal orang dok cari dia. Meh sini nak terajang patpulohkali. Bikin kecoh betul.


Okay, entri ni tak ada kena mengena dengan misteri kehilangan budak tu dengan teman wanita dia ke ape. Kali ni aku nak ajak korang ramai-ramai datang serbu House of Horror dekat i-City tu sebab apa? Sebab dia bessssttttt !


Bukan la macam rumah hantu yang lain yang sempit, gelap dan sebagainya. House of Horror ni luas sangat, nak lari daripada hantu pun ada ruang dan bagi aku yang penakut ni sememangnya House of Horror sangat la menakutkan.





Okay, pasal harga pulak. Untuk masuk ke House of Horror ni tak perlu beli kad i-City tu sebab apa? Entah. Aku pun tak pasti. Tapi harga masuk seorang ialah RM 15 sahaja ! Lama ke? Panjang ke perjalanan dalam rumah hantu tu? Berapa minit? Lebih kurang limabelas minit macam tu la. Sebab bila dah takut ni, rumah hantu yang tak berapa panjang pun aku rasa macam lama je. -.-


















Kalau sebelum ni aku dah masuk ke Trick Art Museum. Memang sangat best sebab lukisan tu sangat kreatif. Kalau korang belum baca, jom baca pengalaman aku ke Trick Art Museum yang sangat best tu.


Untuk masuk ke Trick Art, korang perlu beli kad i-City tu. Tapi, kalau korang dah ada kad tu tak payah la beli lagi. Kad tu harga RM 3 sahaja. Harga tiket masuk ke Trick Art Museum pulak RM 10. Kadang-kadang harga ni akan berubah mengikut promosi yang diadakan.


So, nanti kalau ada rezeki nak masuk Red Carpet pulak. Ada patung lilin dalam tu. Semuanya patung artis-artis Hollywood dan banyak la. Harga untuk masuk Red Carpet lebih kurang RM 35. Ada masa yang ada promosi kadang-kadang murah. Tengok time jugak la.


Antara kelebihan i-City ini la dia. Selain daripada korang tengok pokok-pokok lampu tu, korang boleh la layan jugak aktiviti-aktiviti yang lain macam Snow Walk, Spacewalk, Eye-On, dan banyak lagi lah! Masuk i-City satu kereta RM 10 sahaja. Tong-tong la satu kereta dalam lima orang. Hahaha.


Okay, sambung siapkan assignment. Empat minggu lagi sebelum study week bermula. Tak sabarnya nak cuti ! Huhuhu. Till next entry. Bye!


nfcs

09 September 2013

: Selamat Pengantin Baru Aini dan Fikri :

Assalamualaikumm..



Rasanya belom terlambat lagi aku nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada Aini dan suami. Amboi, awal kawen taw. Jodoh. :)


Datang bagi support dekat kawan. Best sangat. Sebenarnya aku tak tahu pun Aini akan kawen secepat ni. Sebab Aini yang aku kenal merupakan pelajar pintar. Aini ambik course Sains Matematik (kalau tak silap) di UiTM, Shah Alam.


Aini merupakan salah seorang kawan aku masa menuntut di SMK Che Tom, Sungai Petani dulu. Masa tu aku disumbat ke sana dengan perasaan tak redha. Hahaha. Tapi, Alhamdulillah, aku dapat senior dan kawan-kawan yang sangat best kat sana.


Aku menetap di asrama dan menyertai pasukan pancaragam di SMK Che Tom. Sama dengan Aini dan lain-lain. Aku sebagai drummer manakala Aini sebagai pemain trumpet. Semua tu merupakan kenangan paling indah buat aku. Ececehh!


Okay, bermula di asrama aku kenal Aini dan sampai sekarang kitorang masih contact di facebook walaupon aku dah pindah semula bersekolah di Kuala Lumpur. Sama jugak hubungan dengan yang lain-lain macam Ainani, Miratul Jannah, Uswatul, Izyan, Nasuha, Azimah, Fatin Athirah, Kak Anis dan ramai lagi! :)


Sebagai kawan, aku datang ke majlis persandingan Aini untuk ucapkan tahniah. Dah la datang tak bawak hadiah. Tak ingat langsung. Sorry ye Aini. Oh, lupa nak cakap Aini sekarang tengah buat internship. Hari tu honeymoon kat Bali. Phewit! Jeles kite. Hahaha. Gurau je ye Aini.


Untuk kengkawan Che Tom yang tak dapat hadir sama ada di majlis belah Aini ataupun suaminya, harap dapat tengok gambar ni sepuasnya. Hihihi.















Seronok dapat jumpa Nasuha dan Nabila Omar. Lama gila tak jumpa. Kalau tak silap, kedua-duanya pun drummer dalam pasukan pancaragam. Kami tiga drummer datang memeriahkan majlis perkahwinan Aini. :)



Last but not list.......




Hihihi. Tangkap curi-curi gambar hubby blogger comel Irine Nadia Marcello. Suami Irine, Vel Oliver merupakan photographer yang tak kurang juga hebatnya. Suka tengok hasil-hasil beliau. Tak sangka Vel Oliver merupakan photographer rasmi wedding Aini di Sungai Petani dan juga di Taman Melati.


p/s : Selamat pengantin baru buat Aini dan suami. Jaga suami elok-elok ye. Hihihi. Dah jadi isteri orang jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri. Terima kasih sebab jemput Ana datang ke majlis perkahwinan Aini. Cepat-cepat dapat baby taw and good luck for your intern ! :)


nfcs

15 June 2013

: MOFYS Annual Dinner :

Assalamualaikum..





Kronologi majlis.


Sebelum

Members of Office Society (MOFYS) merupakan kelab atau persatuan yang ditubuhkan untuk pelajar-pelajar kursus Office Management (OM221) di sini. Memandangkan sejak kami masuk ke UiTM, Seri Iskandar tak pernah ada majlis makan malam atau lebih glamournya dipanggil dinner, maka kami mencadangkan untuk mengadakan satu majlis makan malam untuk pelajar-pelajar semester 5 yang bakal menamatkan pengajian tak lama lagi.


Ahli jawatankuasa majlis dah pon dilantik dengan sebulat suara. Ketua Projek, Islah telah melantik beberapa jawatankuasa kecil yang lain. Aku sebagai Naib Pengerusi. Untuk jawatan itu, aku rasa banyak sangat tugas yang aku tak buat. Semuanya dilakukan oleh Setiausaha dan Ketua Projek. Perasaan tak senang duduk tu ada selagi majlis tak berjalan dengan jayanya.


Maka, untuk menggantikan tugas yang aku tak buat, aku menawarkan diri untuk buat backdrop untuk dinner nanti. Memang. Buat kerja yang remeh ni tak mudah. Sangat rumit. Aku tidur pukul tiga setengah pagi semata-mata untuk buat font, print, gunting, tekap, gunting lagi. -.-


Tak apa, pengorbanan tu mungkin akan dihargai. Nasib baik ada kengkawan yang sangat baik hati untuk tolong guntingkan sorang sikit. Terima kasih semua. 


Majlis makan malam ni tak dapat buat di hotel atas sebab-sebab tertentu juga. Frust jugak mula-mula tapi nak buat macam mana. Mungkin sesuatu berlaku ada hikmahnya.

Tugas lain mungkin selesai tapi tidak untuk tugas-tugas yang melibatkan pengurusan. PA sistem yang kami mintak pada Unit Korporat tak diluluskan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Bayangkan sehari sebelum majlis, PA sistem masih belum lulus. Merata cari PA sistem dekat luar UiTM untuk disewa. Tapi, semuanya mahal. Redha, pasrah.


Semua orang dah stress sampai tahap nak batalkan majlis sedangkan jemputan dah pun diedarkan. Ini gila beb! Takkan nak batal kot? Nanti apa pulak cakap tetamu-tetamu. Mana nak letak muka? Tapi, bila masing-masing dah fed up, give up, semuanya nampak pasrah.


Alhamdulillah, atas bantuan pihak tertentu, kami dapat jugak mikrofon satu, speaker dan lain-lain. Memang lega. Sumpah lega. 


Malam tu, pegi Pusat Mahasiswa dan buat persiapan sikit. Pasang scallop, kena panjat tinggi-tinggi sebab lelaki tak ada. Jadi, tenaga perempuan diperlukan walaupun berisiko. Tak kisah, asalkan majlis berjalan lancar esok.


12 Jun 2013 (Majlis)


Kelas sangat pack. Dari pagi sampai empat petang. Boleh imagine tak malam nak handle majlis, siang kelas still pack. Habis je kelas, terus ke Pusat Mahasiswa dan siapkan apa yang patut. Susun meja, siapkan backdrop, pasang belon, buat photobooth corner dan macam-macam lagi. Penatnya Ya Allah.


Balik umah dah nak dekat pukul tujuh malam. Bersiap lagi, mana yang boleh solat, nak solat lagi. Pukul lapan malam AJK dah kena ada dekat majlis untuk pendaftaran.


Jadi, sampai-sampai beberapa orang lecturers dah pon datang. Layan sana, layan sini, jadi penyambut tetamu, tolong iringi VIP, tolong jadi photographer, macam-macam la. 


Oh, pakaian yang aku pakai untuk dinner malam tu daripada THE POPLOOK. Sangat selesa dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa. Eh, bukan-bukan. Rasa macam selesa la, tak panas sebab kain dia diperbuat daripada kain chiffon

Top to Toe :
Bawal plain (Black)
Kerawang cucuk jarum
Dress from The PopLook
Handbag from Charles & Keith
Flat Shoes

Ain, housemate merangkap classmate :)

With Hani, the Rapunzel. 

Singer of the day - Rosharith. Sedap suara.

Para Classmates dengan lecturers, En. Md. Lehan dan En. Kamal

Ahli Jawatankuasa Majlis Perpisahan Pelajar Semester 5

Arie ! Dia cakap dia suka baca blog kita. Lepastu dia suruh kita pakai macam yang kita selalu pakai bila dalam blog tu. Ngadanya taw. Hehehe. Thank you for reading Arie. Muahx ! ;)

Artis kita. Dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Suara dia sedap gila. Hihihi

Niza. Classmate from Kelate.

Para housemate tercinta. :)

Tiqah. Sekarang dah pakai braces. Kita belom lagi. Nanti dia mesti cantik dulu dari kita. Hihihi. Tapi, pakai baju lain. Plan pakai baju lain, datang pakai baju lain. Haiyyaaa!

Syud ! Dia cakap dia nak masuk dalam blog kita ni. Okay, sekarang gambar dia dah masuk blog kita. Suka tak? Hehehe

Kakak Basha ! Suka nganjing kita kat Twitter. Malam tu nyanyi lagu Biarlah Rahsia tapi nyorok-nyorok. Tak nak naik stage.

The Buffet !

Para VIP yang hadir. Terima kasih kerana sudi hadir. Ketua Fakulti Pengajian Perniagaan. :)


Jadi, selesai majlis yang serba sederhana tapi cukup bermakna. Letih, penat semua ada tapi rasanya cukup berbaloi bila tengok ramai yang hadir. Terima kasih semua sebab bagi kerjasama.


Pagi-pagi ke kebun bunga,
Indah sungguh si seri pagi,
Semester depan masih ada,
Moga kita bersua lagi.


nfcs


17 January 2013

: Menyepi :

Assalamualaikum..








Semakin sibok. Kenapa? Facebook yang dulunya menjadi tatapan aku setiap hari pon dah aku pedulikan. Aku ni dah kenapa? Oh, lupa. Sibok dengan peperiksaan akhir barangkali. 


Hari-hari mengadap buku. Bak kata bebudak kelas, mereka akan ingat apa yang aku present masa Persuasive Speech baru-baru ni. Tajuk yang aku bentangkan pada waktu itu, "Last Minute Study". 


Ada aku bentangkan mengenai apa yang aku buat masa ulangkaji pada minit-minit akhir ni. Sleep with books, study alone, disturb others ! Ya, itu yang aku cadangkan kepada mereka. Dan bila mereka ulangkaji, mereka ingatkan aku. Hahaha :D


Sumpah lawak! Apa yang boleh aku cakap sekarang memang aku sangat sibok. 

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, lapangkanlah dada kami, kuatkanlah daya ingatan kami."

Setiap hari aku berdoa benda yang sama. Dan apa yang aku harap, aku dapat jawab semua soalan dengan tenang hati. Bila bukak je soalan, aku nak senyum kalau boleh. Bukan menangis teresak-esak. Sebab? Sebab aku tak dapat jawab la hoi! Sobs. Sobs.


Alhamdulillah, aku berjaya lalui empat kertas dengan jayanya. Tinggal satu je lagi. Aku harap aku dapat jawab dengan seronok macam tengah main gelongsor di taman permainan gayanya. ^^


So, fana. Bittaufiq Wannajah, Good Luck, Hwaiting, Semoga berjaya ! :)


nfcs

28 December 2012

: Tamat Semester Tiga :

Assalamualaikum..


Hohoho. Rasa macam lama gila tak update blog. Otak pon macam dah beku je. Nak taip apa ni? Ayoyo. Dah kenapa dengan fana ni? -.-

U'olls ! I'olls dah habis semester tiga. Phewwitt ! Macam tak percaya. Rasa macam baru je masuk UiTM, Seri Iskandar ni. Rasa macam baru je mendaftar. Gua dah senior beb! Kihkihkih. *berlagak*

So, masa mula-mula sangat selekeh. Sangat la rasa macam bebudak asrama yang skema tahap muka letak kat lutut tu ha. Sekarang, dah besar, dah old-timer (otai). Dushhh! Tak pasal-pasal tumbok diri sendiri sebab poyoss!

Semalam bersamaan dengan Khamis, 20.12.2012 tamatlah kelas, kuliah dan semuanya untuk semester tiga. Okay, sumpah masih tak percaya. Tapi, kena percaya jugak sebab final is around the corner beb! So, the final examination will start on 4 January 2012 dan akan berakhir pada 19 January 2012. Wish me luck! ^^

Jadi, kita kongsi sedikit kisah semalam. :)

Last class dengan Miss Haniza yang paling best dan sporting !!

Last Class dengan Puan Rohana. Kelas yang kedua dengan beliau sepanjang tiga sem.


Gambar Kelas untuk Sem Tiga. :)

Candid Time !

Candid bersama Prop yang disediakan oleh abang photographer.

Abang photographer yang muka macam Hazama. Sampai hati gelakkan aku pakai auto. :(


Dari kiri Tiqah, Basha, aku, Zida dan Aten

Bergambar dengan Basha. Hehehe. Mok's girlfriend. :)


Para Classmates !

Bersama mereka yang sangat happening !

Classmates, housemates !

Aku dan Baju Korporat. 

Cik Ijah sayangss. :)

Cik Ijah dan Tiqah. Me love both of them !
Setelah sama-sama harungi semester tiga yang boleh tahan mencabar, kitorang akan teruskan perjuangan di medan perang. Doakan kami ya! Harap semester ni boleh dapat DL lagi. Hohoho. Terima kasih kawan-kawan kerana sama-sama menyokong perjalanan sebagai pelajar di UiTM, Seri Iskandar ni. Terima kasih para hosmet sebab sama-sama berjaga malam untuk ulangkaji last minute.

Untuk bebudak degree yang lain yang turut bakal menduduki final exam, aku doakan korang dapat jawab dengan jayanya. Bersusah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian. Haaaa, sesuka hati aku je nak tukar pepatah kan? Apa-apa pun good luck guys ! :)


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...