TABUNG

08 October 2014

Sebelas CPUV daripada Nuffnang =)

Assalamualaikumm..



Sempena hujung tahun 2014 ni, nampak gayanya banyak betul CPUV yang dihadiahkan oleh Nuffnang kepada blogger. Ramai betul fana nampak kawan-kawan blogger yang happy sangat dengan hadiah daripada Nuffnang ni. Kecoh jugak la di Twitter, Facebook dan sebagainya. Alhamdulillah. Fana pun salah seorang daripada mereka yang dapat rezeki ni.

Fana belum pernah lagi dapat CPUV sebanyak ni. Semalam fana bukak account Nuffnang dan fana nampak
berderet CPUV daripada Nuffnang. Bukan satu atau dua TAPI sebelas CPUV daripada iklan yang sedang rancak menari-nari di blog fana.

Siapa lagi banyak itu tak penting, masing-masing punya rezeki yang dah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hambaNYA kena terus berusaha untuk mencari rezeki. Jangan tunggu rezeki tu datang sendiri tau. Kena usaha. Kalau tak berjaya jugak, berdoalah. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi. Rezeki datang dalam macam-macam bentuk. :)

Sejak fana mendaftar dengan Nuffnang, ini merupakan hadiah paling banyak la. Macam dapat hadiah sempena Krismas pulak rasa. Hehehe. Yang penting ada minat, ada usaha, InshaAllah, ada hasilnya. Pada yang tak ada rezeki lagi tu, jangan dengki, tetapi usaha lebih lagi okay?

Terima kasih Nuffnang dan pembaca blog sekalian. :)


xoxo,
fana

4 comments:

  1. Teringat tahun 2010 dulu...13 CPUV dari Nuffnang dan waktu itu... memang masyuk

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki la tu. Bro dah merasa, fana pulak nak merasa. :)

      Delete
  2. Tahniah diucapkan yer.. Banyak tu.. Jgn lupa buat makan makan he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Makan-makan? Hehehe. InshaAllah.

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...