TABUNG

26 June 2012

:: Tamat Sudah Semester Dua ::

Assalamualaikum..

Rasa macam beban dah kurang sikit bila kelas dah habis. Alhamdulillah. Berjaya aku habiskan semester dua dengan jayanya. Walaupun aku rasa jarak aku dengan rumah berpuloh batu jauhnya. Rindu dekat family tak terkira hebatnya. T_T



Akhirnya tamat semester dua. Rasa macam kelip mata empatpulohenam kali je. Dah habis semester. Mula-mula dulu nak start semester dua agak liat. Kalah lepat liat. Tapi, semester dua semangat dia lain sikit. tak tahu kenapa.

Korang yang akan sambung degree bulan sembilan ni, macam mana? Dah ready belom?

Kisah semester dua bermula bila....

Bertemu dengan lapan orang pensyarah.


  1. Chuah Yoon Fah - Mandarin Language I (BMD401)
  2. Puan Mahhani Musa - Office Software and Document Application (OSM455)
  3. Puan Saatila bt Mohd Isa - Financial Accounting (ACC 418)
  4. Puan Raja Mayang binti Mohd Beta - Administrative Office Management I (OSM453)
  5. Puan Wan Narita - AOM tapi sekejap je sebab beliau sambung Master.
  6. Cik Mazuin bt Mat Halif - Internet Technology and Web Designing (OSM456)
  7. En. Md. Lehan Parimun - Management of Administrative Records I (OSM451)
  8. Ustaz Hamdi Rahman bin Mohd Yaacob - Tamadun Asia dan Tamadun Islam (CTU551)
Dan seorang pensyarah bagi Kokurikulum.

Puan Roziatul Maziah - Sports Event Management I (HSK111)

Kisah dalam kelas saat bilamana pensyarah tengah mengajar kat depan, kami sibuk berlawan menguap kat belakang. Bila soalan "Faham tak?" diajukan oleh pensyarah maka dengan laju kami mengangguk tanda faham walaupun ketika itu kami tak faham mungkin.

Saat mengejar bas UiTM yang kadang-kadang awal dan adakalanya terlambat limabelas minit. Buatkan kami berpeluh keringat kerana kepanasan di Perak. Bas yang agak uzur dengan keadaan pendingin hawa yang kadang kala sejuk dan kadangkala tidak terasa langsung.

Saat kami berjalan laju ke kelas kerana bimbang pensyarah masuk dulu ke kelas. Langkah beribu, peluh berderai dan muka hampir pucat dek bimbang kena nyanyi depan kelas kalau lambat masuk.

Saat assignment yang kena hantar esok hari, tapi kami akan ke kedai untuk print setengah jam sebelum hantar assignment tersebut. Berlari-lari anak bersama kain baju kurung yang dipakai ketika itu. Hampir tersungkur tapi masih gagah untuk melangkah deras demi 5 peratus markah carry mark.

Saat pembentangan di hadapan kelas, tiada lagi malu-malu kerana sudah satu semester bersama. Tapi, mulut berbicara sambil menggigil tatkala mata bertentang mata pensyarah ketika itu. Pembentangan yang wajib dilakukan dalam bahasa Inggeris menambahkan debar dalam dada kerana bimbang ditertawakan dek bahasa Inggeris yang agak ke'Malaysia'an.

Saat minggu test dan quiz berderet-deret, dilajukan kaki, mata, dan otak untuk menghafal segala nota untuk dijawab sebaik mungkin. Semuanya dilakukan demi carry mark!

Semuanya pengalaman yang sangat berguna. Tak sangka suasana pembelajaran di universiti lebih bebas berbanding sekolah. Alhamdulilah, pensyarah semuanya baik dan comel belaka. 

Assignment yang diberikan adalah lebih banyak kerana kebanyakan subjek, 40% sahaja markah untuk final. Alhamdulillah, kalau carry mark ok, keputusan pasti akan ok. :)

Semoga kawan-kawan OM2212A akan dapat jawab final exam dengan jayanya. Jangan lupa untuk baca doa dan mintak ibu dan ayah korang doakan sekali. InsyaAllah, semuanya pasti akan baik-baik saja. 



nfcs

3 comments:

  1. yippi syok ler tu.....hahaha xde ape yg lagi heaven selain cuti sem hahahaa


    do visit
    http://myaleo.blogspot.com/2012/06/dating-mid-valley.html

    ReplyDelete
  2. @Masmira Masri
    Hehehe. Mesti la syok tapi kena hadap final dulu. :)

    ReplyDelete
  3. Nak tanye. Sport event management nie macam mane ye?
    Best tak?
    Ape aktiviti2 nye ye?
    Assignment susah tak?
    Senang tak nak score?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...