Assalamualaikum,
Macam yang fana dah janjikan di entri yang sebelum ni, fana
nak kongsi pengalaman bersalin dengan pembaca blog fana. Oh ya, sebelum tu fana
nak ucap terima kasih sebab baca entri
"Lambat Datang Haid Check UPT Negatif". Entri tu
dah cecah 21,000 views. Alhamdulillah, fana baca semua komen yang kawan-kawan
tulis. Tak sangka rupanya ramai yang alami situasi sama macam fana.
So, kali ni fana nak kongsi sikit pengalaman pertama kali
melahirkan anak. Entri ni bukan nak menakutkan korang tau, fana cuma nak kongsi
je mana tahu korang boleh ambik sebagai panduan.
23 Julai 2018, fana pergi checkup perut di PPUM untuk bulan
ke-8. Semua proses berjalan lancar macam biasa. Ultrasound pun dibuat hari tu
dan sonographer bagitahu yang baby fana berada pada kedudukan ‘transverse’
iaitu baby melintang. Pasal baby melintang ni fana dah tahu masa checkup di
KKIA pada minggu ke-35 bila nurse pegang perut dia kata kepala baby dekat tepi
perut sebelah kiri. Memang sejak kandungan masuk bulan ke-7 fana dah rasa tak
selesa nak tidur mengiring sebab perut rasa keras semacam.
Sebelum checkup, fana dah siap google macam mana cara nak
pusing baby bagi dia masuk laluan sebab sebelum ni kepala baby memang dah dekat
bawah , fana tak tahu bila la dia berpusing dekat dalam rahim Ibu dia ni. Sepanjang
mengandung, fana taka da sebarang komplikasi. Nurse pun puji sebab tak pernah
kena kencing kotor, HB pun cantik je, berat pun okay, kencing manis pun tak ada
walaupun fana suka sangat makan benda manis sepanjang mengandung.
Jadi, hasil google tu fana dapat la beberapa tips untuk bagi
baby pusing balik antaranya banyak bercakap dengan baby suruh dia pusing,
usap-usap perut, sujud lama-lama, buat senaman menonggeng apa semua tapi masih
macam tu jugak kedudukan dia. Ada yang kata baby boleh pusing setakat minggu
ke-36 je. Kalau masuk minggu ke-37 dia tak pusing jugak memang tipis la chances
untuk bersalin secara normal tu.
Lepas berbincang dengan doctor, dia pun cadangkan fana untuk
buat ECV (External Cephalic Version) which is ni merupakan salah satu cara yang
boleh pusingkan kantung baby tu kembali ke tempat asal untuk kandungan songsang
atau melintang. Macam kes fana, baby dalam kedudukan melintang so, tak jauh
sangat la nak tarik dia turun tu. Fana berdoa je banyak-banyak supaya ECV
successful sebab doctor kata successful rate untuk ECV ni 50/50. Fana memang
dah redha dan tawakal je waktu tu. Doktor suruh admit wad keesokan harinya. So,
balik la fana hari tu kemas barang apa yang patut get ready nak bawak pergi
hospital esok macam nak beranak pulak kan?
ECV untung pusingkan
baby songsang atau melintang
24 Julai 2018, pukul 7 pagi fana dah pergi serah diri di wad
bersalin PPUM tu. Settle tukar baju hospital, terus pergi baring atas katil
wad. Suami pulak setia menunggu fana dekat lobi tu walaupun fana tak dibenarkan
bawak apa-apa barang pun masuk wad termasuk handphone. Segala updates pasal
fana, suami akan tanya dekat kaunter wad bersalin tu je. Kadang-kadang fana
keluar je wad tu pergi jumpa suami. Hihihi.
Untuk ECV, fana diarahkan untuk berpuasa sejak pukul 10
malam. So, pagi tu memang tak makan apa-apa pun. Pukul 9 pagi doctor datang
explain risiko yang boleh berlaku bila nak buat ECV ni antaranya kalau ECV tak
berjaya, fana terpaksa bersalin secara pembedahan. Fana pun setuju je. Fana
cakap kita try je dulu ECV ni. InshaAllah berjaya. Sambil tak henti-henti
berdoa.
Pukul 10 pagi, fana dimasukkan ubat melalui branula yang
dipasang dekat tangan tu. Itu la pertama kali fana pakai benda tu sebab seumur
hidup fana tak pernah admit hospital. Sakit? Depends pada doctor yang masukkan
jarum tu. Tak tahu la fana ni jenis yang boleh tahan sakit ke apa sebab memang
jenis keras hati gitu la. Lantakkan je yang penting semua settle. Hahaha. So,
hati kena kental sikit la ye. Sebelum doctor teruskan dengan ECV, doctor ada
masukkan ubat dekat IV line tu, kesan ubat tu jantung ni macam baru lepas lumba
lari pecut 100 meter. Fana siap boleh dengar bunyi jantung dengan jelas. Pastu
kita akan rasa macam cemas. Macam tak sedap hati. Tu effect daripada ubat tu
ye. Tapi tak lama pun, ada la dalam 5 minit macam tu je. Apa yang fana buat,
fana cuma tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran, rileks sebab fana dah
prepare dah untuk effect tu, dah baca pengalaman ECV orang lain. Tu yang fana
rileks je sebab kita dah well prepared.
Selepas 5 minit, hilang dah rasa cemas kesan daripada ubat
tadi tu, doctor pun tanya, “Puan, ada rasa jantung laju lagi tak?”. Fana jawab
dah tak ada dah. Doktor pun teruskan dengan proses nak pusingkan kantung baby
tu sambal bawak mesin scan tu. Sambil dok pusing sambil scan nak tengok kepala
baby dah turun ke belum. Sakit tak buat ECV? Sakit sikit je. Ada orang cakap
sakit tapi bagi fana tak sakit pun. Yang buat tu doctor lelaki, memang kasar
sikit la tapi fana tahan je sambil baca doa Nabi Yunus a.s. ECV ni proses dia,
doctor akan sapu gel macam yang kita scan perut tu lepastu doctor akan guna kedua-dua belah tangan dia, satu tangan dia
akan pegang bahagian punggung baby, satu tangan lagi pegang kepala baby. So,
urut la sambil tarik baby tu kebawah. Boleh imagine tak? Hahaha. Kalau korang
tak boleh imagine, pergi tengok dekat Youtube. Search je ECV okay?
Korang rasa berjaya tak? Hahaha. Alhamdulillah, ECV
successful ! Sorak la doctor dengan housman yang ada dekat situ sebab ECV
susah nak berjaya. Mungkin sebab baby fana kecik kot, masa tu baby punya berat
dalam perut 2.4kg je. Space pun banyak lagi untuk pusing. Hehehe. Selesai ECV,
doctor datang jumpa fana dan dia cadangkan fana untuk terus bersalin esoknya
sebab kandungan fana genap 37 weeks esoknya which is dah full term dah, baby
dah ready untuk dunia luar. Tak tahu la perasaan fana waktu tu bercampur-baur.
Dah la tak boleh nak update dekat family, dekat suami, pastu gementar pun ada
sebab nak bersalin. Tapi, fana lega la sebab impian nak bersalin normal tu
bakal jadi kenyataan. Wuhuuu!
12 tengah hari, doctor masukkan ubat induce ikut bawah tu
untuk mewujudkan contraction dan bukaan laluan nak bersalin. Jujur fana cakap,
sakit. Hahaha. Vaginal Exam (VE) pun sakit! Argghh! Rasa dia macam nak bagi
tendangan maut dekat doctor. Tapi, nak buat macam mana, ni la prosedur nak
beranak. Hmm.
Empat jam kemudian, doctor datang lagi untuk VE (cek bukaan)
tapi doctor cakap masih belum ada bukaan lagi. Okay, sambung tidur. Hahaha.
Tapi, tak seronok pun tidur dekat wad tu sebab CTG melekat je dekat perut. CTG
tu untuk check contraction rate dengan heart rate baby. Daripada CTG tu diorang
boleh detect contraction kita. Nurse asik datang tanya je, “Puan, ada rasa
sakit tak?”. Fana jawab TAK. Memang tak rasa lagi contraction time tu. Bila ada
masa free, fana akan keluar wad pergi dekat kaunter jumpa suami yang tetap
setia menunggu isterinya ni. So, boleh la sembang and updates perkembangan
bukaan jalan itu. Haha. Bukan apa, nanti dia nak kena update dekat family pulak
kan.
First induce, tak ada bukaan lagi, enam jam kemudian iaitu
pukul 6 petang tu, doctor datang masukkan ubat yang kedua. Yang tak bestnya
setiap kali masuk ubat induce dekat bawah tu, fana tak dibenarkan buang air
dalam masa sejam. So, kalau kau rasa nak terkencing ke tahan je la sampai cukup
sejam. Dah la wad sejuk sangat pastu memang normal la orang mengandung ni kerap
nak terkencing aje kan.
Doktor akan buat VE setiap empat jam untuk tengok bukaan dah
berapa cm time tu. Tapi, macam biasa la fana masih belum ada bukaan. Sampai la
VE yang pukul 3 pagi tu doktor kata dah buka 1cm. Finally! Walaupun baru 1cm
kan. Bukan apa, fana happy sangat sebab tak perlu masuk ubat induce buat kali
ketiga. Hahaha. Tak sanggup den menahan derita sakitnya masa masuk ubat tu. Lepas
tu sambung tidur balik sampai la doctor datang pukul 7 pagi untuk VE lagi
sekali. Alhamdulillah, doctor kata laluan dah 3cm.
Nurse pun datang la bagitahu, “Puan, dah boleh masuk labour
room ye”. Seronoknya rasa sebab tak sabar nak bersalin. Hahaha. Berjalan la mak
buyung ke labour room yang terletak tak sampai 20 tapak pun dari katil wad
tadi. Sebelum keluar wad, lambai-lambai la kawan-kawan satu wad yang tengah
menunggu bukaan tu. Fana duduk wad empat katil. Memang tu la rutin ye tengok
penghuni katil bersilih ganti. Kali ni turn fana untuk bye-bye dekat
kawan-kawan satu wad sambil suruh diorang doakan.
Masuk je labour room baru teringat suami tak tahu lagi ni
nak beranak dah ni. Terus panggil nurse tanya, “Nurse, nanti tolong call suami
saya ye bagitahu saya dah masuk LR”. Nurse yang comel tu pun jawab okay la puan
walaupun baru 3cm. LOL! Sebenarnya diorang ada bagitahu, kalau laluan dah bukak
6cm baru diorang akan panggil suami masuk dalam LR. Masuk LR pukul 7 pagi,
pukul 8 pagi diorang hantar sarapan (roti dengan jem). Nurse kata, “Puan makan
dulu ye, nanti pukul 9 doktor nak pecahkan air ketuban”. So, makan la fana
sambil nervous tu kan. Yelah, orang lain seronok je air ketuban pecah sendiri.
Sakit tak? Hmm, tak sakit sangat kot walaupun benda alah yang nak pecahkan air
ketuban tu masyaAllah panjangnya. Cuak sis tengok.
Pukul 10 pagi suami dah masuk LR. Wahhhh, time tu happy tak
kira nampak muka suami. Sebab nervous je, bukan apa pun. Tapi, bila ada teman
ni rasa kurang la sikit nervous tu kan. Kesian juga dekat suami sebab pihak
hospital tak benarkan suami makan dalam LR. Berkali-kali fana tanya dia tak
lapar ke, takpe ke, dia kata takpe, boleh tahan lagi. Tengok muka dia pun dah
letih sebab tak cukup rehat tunggu fana daripada hari pertama admit wad tu.
Tunggu punya tunggu contraction pun belum menjengah lagi.
Bila nak sakit ni? Bila doctor tengok fana belum ada contraction lagi, diorang
tambah lagi dos ubat nak bagi rasa contraction tu. Fuhhhh, penangan ubat tu,
bergegar la katil dalam LR tu. Pukul 4 petang contraction dah mula datang dah.
Mula-mula tu okay lagi sebab tak kerap sangat. So, boleh dok sembang lagi.
Lepas asar je, dia dah mula rasa makin kuat sakit dia weyyyy. Ya Allah, tak
boleh ingat rasa sakit tu. Memang berguling-guling fana atas katil LR tu.
Setiap 5 minit rasa sakit. Nurse suruh sedut gas Ethonox tu setiap kali rasa
macam contraction nak datang, sedut tu okay la sikit tapi effect dia fana rasa
mengantuk sangat.
Suami pun tolong fana, tolong picit betis la, macam-macam
dia buat nak bagi reda sakit tu kan. Nak buat macam mana, memang takkan reda
selagi tak beranak oi. Apa yang fana tahu, sakit contraction induce ni sakit
dia 2x ganda berbanding contraction semulajadi. Haih! Nak buat macam mana,
redha je la dah diorang nak paksa kita beranak jugak kan.
Tepat jam 7.19 malam, lahirlah seorang bayi lelaki seberat
2.4kg. Alhamdulillah, leganya rasa bila baby dah keluar tu. Rasa macam baru
lepas buang air besar yang sembelit tu. Lega weyyy. Hahaha. Kena jahit tak??
Ofcourse jahit. Sebab fana teran sebelum masanya. Hahaha. Nak buat macam mana,
sakit contraction tu buat kita rasa nak teran. Kalau tak teran, sakit pinggang
dia macam nak patah. Tak kisah la asalkan semuanya dah pun selamat. Sakit jahit lagi sakit daripada sakit contraction. Hahahaha.
Ngilu dia terasa sampai sekarang oi!
Lepas baby keluar je terus nurse bagi baby skin to skin
selama sejam. Macam tak percaya dah ada baby. Hehehe. Suami pun dah siap
azankan baby. Diam je dia. Dia keluar pun bersih sangat mungkin sebab fana
banyak minum air tembikai dengan air kelapa muda sebelum bersalin tu. Memang
tak ada lendir pun dekat kulit dia. Clean je.
Lepas bersalin tu terus nurse datang hantar biskut dengan
air coklat. Fana memang dah menggigil dah time tu. Dengan dahaga dia, lapar
memang tak ada tenaga dah. Lepas makan tu terus rasa lega. Terima kasih nurse
sebab memahami.
Terima kasih banyak fana ucapkan buat doctor dan staff nurse
di PPUM sebab bagi servis terbaik buat pesakit. Makanan pun sedap gila. Tak
rasa macam dalam hospital. Semua memang best la. Nurse semua cakap sopan je.
Fana akan suggest dekat kawan-kawan yang nak bersalin untuk pilih PPUM.
Lagipun, PPUM ni merupakan hospital rakan bayi. Diorang akan guide kita
terutamanya ibu-ibu yang first time bersalin ni dengan ilmu penyusuan susu ibu,
siap ada laktasi konsultan lagi tau.
Okay, habis dah cerita pengalaman bersalin fana. Terima
kasih sebab sudi baca. Kalau ada pengalaman korang yang lagi best share la
dekat ruangan komen. Boleh kita semua baca juga. Apa pun fana mohon pembaca
blog fana untuk doakan supaya baby fana membesar dengan sihat dan menjadi anak
yang soleh bila besar nanti. J
Xoxo,
fana