TABUNG

14 November 2011

:: Dulu dan kini ::

Assalamualaikum..


Entry yang kedua untuk hari ni. Hahaha. Tetiba teringat kat MYSPACE aku yang dah tumbuh lalang tuh. Dulu laman sosial yang aku ada MYSPACE la satu-satunya. Sekarang dengan FACEBOOK





FORMSPRING la.....




Lepas tu blog lagi kn. So, aku rasa MYSPACE tu da patot aku masukkan ke dalam tong sampah. Maaf ye. Selepas hampir 30 minit aku mengorek-ngorek isi MYSPACE aku tu, akhirnya jumpa banyak sangat gambar-gambar masa muda-muda dulu..


Masa aku tengah dok meng'download' gambar-gambar kat MYSPACE tadi ade lagi rupanya makhluk yang aktif kat situ. Pelik dan hairan jugak. Walau macam mana pun, MYSPACE dah up to date da sekarang ni. Banyak pembaharuan. Good Job. Aku rasa, MYSPACE boleh dikategorikan sebagai microblogs kot. ;))


Jadi, selepas berhempas pulas aku meng'download' gambar-gambar kat MYSPACE, ni hasilnya.

Ni gambar yang aku edit habis-habisan la..hahaha


Yang ni teknik ape kejadah aku guna pon aku tak tahu..hehe


Dulu muka aku teruk gila dengan parut jerawat..ish3..malu sungguh!


Gambar dengan die pon ade.. aku lupe da nama die ape..ngeh3.


Dengan Tam masa Jom Heboh taon bile pon aku tak ingat.

Aku memang tak suka tengok gambar aku pakai tudung macam ni..haha


Sekarang aku dah semakin berani, dan boleh dikatakan pandai jugak la nak dress up kn. Aku selalu tengok fashionista-fashionista kat dalam internet and kat luar yang cantik-cantik tu. Dari situ aku cuba padan dan suaikan pakaian yang aku pakai.











Alhamdulillah, segala pujian yang aku terima tu semuanya bukan milik aku, tapi Allah. Kalau ada yang bagi nasihat atau teguran tu aku terima sebagai pengajaran yang mematangkan diri aku..


Terima kasih korang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Nanti ada masa aku update lagi ok! ;))
Byeeeeeeee !

:: Aku dan Hidup Baru ::

Assalamualaikum..

Whoa.! Hari ni merupakan hari merehatkan diri selepas seminggu memintal-mintal badan kat umah di KL..Now, aku dah kembali ke umah sewa yang sangat aku rindu ni. (rindu ke??) Apa-apa pon kena persiapkan diri untuk kembali memulas otak yang semakin kecut ni.


Pagi tadi kelas BELL dan HUMAN COMM dah bermula. Sepatutnya ada kelas ECONOMICS pulak pukul 6 karang tapi lecturer tak ade. Mungkin belum puas makan daging korban agaknya. Hahaha.


Macam biasa la kerja aku dengan housemate aku, kalau kelas tak ada, kitorang akan menghempaskn badan ke atas katil...dummmmmm! and lelapkan mata untuk beberapa jam. Esok ada TEST OFFICE AUTOMATION!! Tidakkkkk!! Malam ni kena stay up ke? Oh! Kesian la otak dan mata aku.



Nak tak nak kena gagahkan jugak kan? Kesian mak bapak kita hantar masuk U, sediakan duit beribu-ribu tapi kita main-main. Jangan jadi anak yang tak mengenang jasa orang tua ye kawan-kawan. ;))



Untuk sem 1 ni, aku rasa otak aku belum berikan komitmen yang penuh lagi untuk pelajaran. Aku pon tak taw kenapa la otak aku ni bengap sgt kn?


Untuk bebudak yang nak amik SPM hari ni, aku ucapkan semoga berjaya. Jangan lupa doa dan mintak restu banyak sikit dari parents and cikgu-cikgu..;))


Untuk entry hari ni aku share gambar-gambar istimewa sejak aku di UiTM Seri Iskandar, Perak!



Bergambar dengan Ain masa hari pertama kelas bermula.


Fakulti kami indah dan segar mata memandang.

Study Economics before masuk kelas.


Masakan paling special yang kitorang pernah masak. Ikan Bawal Sweet Sour.

Sayur goreng warna warni..heee

Setakat ni aku tunjuk yang tu dulu ok. Nanti aku hupdate lagi. Sorry la tangkap gambar sume pakai handphone murah je kott. Tu yang kelabu-kelabu gitu. Huhuhu


Aku nak update entry lain pulak ni. Jemput baca ye! ;))

10 November 2011

:: Comel-comel sungguh depa ni!! ::

Assalamualaikum..



 (Sila baca dalam loghat utara)


Hamboi, cek nak habaQ mai ni. La ni dok pemes sungguh budak 4 ekoQ tuh! Hat sorang tu dulu dok masuk rancangan dapat duit sejuta tu. Apa dia tak taw nama rancangan tu. Satu dalam sejuta (cek translate in BM ni) kot. Tapi dia tak menang pun. Tu yang pi cari KRU kot. Laih-laih (last2) buat kumpulan, nyanyi ramai-ramai. Haaa..tu diaa!


Ramai sungguh haih kawan-kawan cek dok tergila-gila kat depa ni. Depa dok kata la yang budak-budak 4 ekoQ ni handsome kemainnn. Bukan handsome apa, jambu ayaQ (air) kott. Hahaha


Agak-agak hampa taw dak sapa dia yang cek dok crita ni? Meh cek nak perkenai kat hampa naa.. Tunggu sat cek upload gambaQ depa ni.




















Haa..Tuu diaaaa. Betoi dak cek habaQ? Handsome kn? Hat yang nama dia konon-konon ONE tu nama dia masa masuk realiti tV tu RIZU. Hampa pon kenai aih..


La ni dok tgh pemes lagu depa BERDUA BERSATU tu. Cek pon pantang dengaQ lagu tu mula la melalak ikot nyanyi skali..Hamboi. ;))


Hampa nak lirik lagu ka? Ni cek ada mintak kat pakcik Google tak sat. Dia kata : " Hang orang yang ke 1000 dok copy lirik lagu ni. " Hamboi pakcik Google, untung laaa. Masyukkk.!


BERDUA BERSATU


Kenapa cinta kita

Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu





Jika denganmu salah                                              
Kutak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur

Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Mai la pakat nyanyi no.. Cek harap depa ni teruih (terus) maju dalam industr seni ni. Cek tak mau tup tap tup tap diam pulak. Tak syok la kan. BiaQ la kekai (kekal) dalam dunia seni ni. 
Cek penat dah haih dok cakap lagu ni. Harap hampa suka entry ni. Terima kasih la no sudi baca. Terharu ni. Bye! ;))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...