TABUNG

18 June 2012

:: Dulu Baik, Sekarang Jahat ::

Assalamualaikum..


Dulu aku bukan macam ni. Dulu aku suka mengalah. Mengalah demi orang lain. Dulu aku cuma fikirkan perasaan orang lain. Perasaan aku memang kosong peratus aku peduli.

Bukan sebab aku takut apa orang lain fikir. Tapi, aku takut aku sakitkan hati orang. Maksud orang kat sini, kawan, kawan dan kawan !

Dulu aku terlalu jaga hati orang. Bahkan, bila aku nak memotong percakapan orang pun aku tak sanggup. Bimbang aku tersakitkan hati atau buat dia malu atau buat dia juling. Juling versi Afdlin Shauki.

Aku, aku, aku. Sangat takut dengan tindakan sendiri sebab aku bimbang orang akan lari empatpulohempat batu dari aku. Dengan istilah lain, tak nak berkawan dengan aku lagi. -.-'

Dulu, aku rasa aku manusia paling hipokrit dalam jutaan, billion manusia dicampur alien dalam sembilan tolak satu planet yang ada dalam semesta ni. Huh ! Mengeluh jugak kena panjang-panjang sebab tengah stress. *sambil buat gaya stress macam Gary dalam Running Man.


Hipokrit maksud aku bila aku terpaksa menghadap muka orang yang aku tak suka dengan senyuman empatbelas inci lebar. Hipokrit sangat kan?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni aku selalu memberontak tak tentu hala. Benda kecik pun aku akan memberontak dalam hati !

Memberontak dalam diam lagi bahaya. Sangat. Aku taw kesannya tapi aku tak tahu. Aku dah cuba fikir positif, buat keputusan dengan menggunakan hati plus akal yang waras. Berhasil ke?

Lagi satu hal, aku selalu berdendam. Aku suka simpan dendam dalam hati. Orang cakap simpan dendam lebih tajam dari dendam yang dibalas di alam realiti. Mungkin aku cuma menggunakan imaginasi untuk balas dendam.

Watch out !

Aku lebih suka luahkan certain things dekat orang yang aku selesa. Ada. Tapi tak ramai yang aku betol-betol selesa. Terima kasih for those yang dah pinjamkan bahu. Thank you so much with love.

Solat. Doa. Hasilnya, mungkin lambat tapi lambat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. InsyaAllah.

Seorang hamba Allah yang sudi bagi nasihat dan semangat. Mungkin dengan cara yang tidak disengajakan. Tapi ayat tu betol-betol buat aku rasa tenang dan tenteram walaupun sekejap. Antara yang diungkapkan oleh beliau :

Bila tension, letak tangan kat dada dan cakap "All is Well" !

Terima kasih ye. Dia tahu siapa yang aku maksudkan. :)



nfcs

15 June 2012

:: Kenduri di Bagan Datoh ::

Assalamualaikum..

Aku suka betol update cerita yang dah basi. Tapi, aku tetap nak update. Kihkihkih. Sangat sibuk dengan jadual kelas yang sangat padat macam iklan Milo tu. Lepastu dengan assignment yang last minute tu lagi. Memang semua jadi kelam kabut.

Dalam dok sibuk-sibuk tu sempat jugak lari pegi Bagan Datoh. Pertama kali aku jejak kaki dekat Bagan Datoh ni. Sebab Perak pon aku belum jelajah habis lagi. -.-'

Nak taw sebab apa aku terjah Bagan Datoh? Let's the picture tell you the story. :)










Kakak sulung aku dan abang iparku. :)


Adik lelaki aku yang paling tinggi dalam umah. Ikot genetik sape entah. Huhuhu. Kakak aku yang paling gemuk dan adik perempuan aku.




Kami tiga beradik. :)


Kami tiga sekawan. :)




Agak teruja pertama kali jejak kaki dekat Jeti Bagan Datoh ni sebab pemandangan yang sangat best. Rasa macam nak shoot banyak-banyak tapi masa singkat sangat. Mak dengan abah pun nak rush balik KL sebab takot jalan jem. Berjalan atas jeti tu rasa macam nak terbang. Angin kuat sangat. Tapi rasa macam ala-ala supermodel gitu bila jaan sambil angin tiup baju. Sumpah bajet.



Selamat Pengantin Baru buat akakku dan abang iparku. Huhuhu. Happy moment at Bagan Datoh. Terima kasih atas layanan yang sangat baik dari pihak keluarga sebelah pengantin lelaki. :)

nfcs

02 June 2012

:: Kisah di Pasaraya NSK ::

Assalamualaikum..

Hari Sabtu ni, tak ke mana-mana ke? Aku memang tak pegi mana la sebab M.I.P tak de kat KL. Dia ada training Boling Padang dekat Seremban. Wakil MARA ke? Harap dia terpilih. Hwaiting !! :)

Aku nak update pasal aku pegi Pasaraya NSK dekat Jalan Kuchai Lama hari apa ek? Aku pun dah lupa. Rabu kot. Tak kisahlah. Mak dengan Abah aku suka sangat pegi sana. Murah katanya. Boleh tahan la. Tapi, keadaan pasaraya tu aku tak berapa nak berkenan. Dengan fasiliti dia lagi.

1. Tempat masuk nak pegi park kereta tak berfungsi iaitu mereka menggunakan khidmat manusia sebagai pemberi tiket parking. Manual.

2. Kawasan parking agak luas. Thumbs Up.

3. Tanda harga dekat tempat barang-barang diletak tak berapa memuaskan sebab tak nampak macam pasaraya. Macam kedai runcit.

4. Kawasan barang basah (e.g : ikan, sotong, ketam, sayur dll ) agak berbau. Sama macam kedai runcit cuma lebih berbau sebab dia dalam air-cond kot.

5. Barang-barang tak diletakkan di tempat yang sama. Masa aku cari sabun mandi, ada yang dekat hujung, ada yang dekat tengah pasaraya. So, jauh aku nak kena jalan. Padahal nak cari barang dalam kategori yang sama.

6. Kaunter bayaran langsung tak strategik. Customer kena keluar ikot belakang cashier. First time aku jumpe kaunter macam ni. Selalunya customer akan keluar belah depan cashier. So, tak bahaya sangat kan bila cash register tu dibukak.

7. Parking percuma untuk tiga jam pertama. Thumbs Up.

8. Barang agak murah berbanding pasaraya besar yang lain. Thumbs Up.

Yang lain-lain tu mungkin ada yang aku kurang perasan, so, kalau korang pegi sana korang nilai la sendiri.


Aku tanya Abah. "NSK tu singkatan untuk apa ?". Abah jawab, "Tak tahu". Perghh ! Aku suka jawapan tu. Hahahaha


Abah cakap Pasaraya NSK ni milik orang Cina. :)


Makanan yang paling aku suka masa aku kecik-kecik. Sekarang pun masih makan. Dan akan diwarisi sehingga ke anak-anak aku nanti. Cewwah!


Rambang mata tengok makanan. Yummy. Semua benda aku nak sumbat masuk dalam troli.


Tukang bawak troli. Hahahaha.


Cadbury Dairy Milk coklat kegemaran mak aku. :)


Akhir sekali, terima kasih kerana membeli dan blah dari NSK. =p


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...