TABUNG

12 January 2014

Creating Healthier Lives With Shaklee

Assalamualaikum...



Sebelum ni pernah dengar pasal produk Shaklee ni. Tapi, setahu fana produk ni cuma untuk golongan wanita hamil dan juga selepas bersalin. Rupa-rupanya fana tersilap. Semakin hebat produk ni laris. Sebab apa? Sebab khasiat dia yang sangat la berkesan untuk tubuh badan kita.


Baru-baru ni bersembang dengan salah seorang kawan masa sekolah menengah dulu. Beliau dah pun jadi Shaklee Independent Distributor (SID) ni. Apa fungsi SID ni? Tetiba rasa teringin pulak nak jadi SID jugak. InshaAllah, habiskan belajar dulu fana ye. Hahaha


Shaklee Independent Distributor (SID) ni dalam bahasa malaysianya ialah pengedar produk Shaklee secara bebas. Wah! Best ke jadi SID? Boleh kaya ke? Jawapan dia senang je. Kalau kita rajin kesana-kesini promote produk, guna laman sosial yang ada, senang la dapat jual. Itu la cara berniaga.


Antara produk yang disediakan oleh produk Shaklee yang mana bila korang consume suplemen ni secara kerap, korang mesti akan dapat lihat hasilnya yang kebabom tu. Percayalah ! Oh ya, korang boleh dapatkan set bajet jugak. Mana tahu korang nak berjimat ke masih belajar ke pun mampu untuk dapatkan.

Set Bajet Shaklee

Jom kita tengok kelebihan produk Shaklee ni pulak. Banyak sangat khasiatnya antaranya :


Set Hamil

Khasiat Shaklee ALFALFA

  1. Mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  4. Mengurangkan sakit ketika haid
  5. Bagus untuk alergi
  6. Merawat Athma
  7. Mencuci usus dan membuang toksid
  8. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  9. Meneutralkan asid dalam badan
  10. Merawat masalah keputihan (wanita)
  11. Membesar dan menegangkan payudara (wanita)]
  12. Memulihkan urat selepas bersalin
  13. Melegakan sembelit
  14. Membuang angin dalam badan

Satu lagi produk hebat daripada Shaklee ialah VIVIX ni. (klik gambar untuk besarkan)
Shaklee VIVIX

Kat mana nak beli produk Shaklee? Untuk yang berminat nak mendaftar jadi SID pun boleh jugak. Boleh contact Izyan : 017-4264414.



Creating Healthier Lives with Shaklee !



xoxo,
nfcs

09 January 2014

Burgerbyte Damansara Perdana oleh Zizan Razak

Assalamualaikummm...




Sejak Burgerbyte di buka September lepas, baru-baru ni baru fana berpeluang pergi makan kat sana. Sebenarnya boleh dikatakan sekarang ni trend burger bakar dan fana salah seorang burger bakar 'hunter'. Sebabnya, burger bakar ni bagi fana lagi sedap la daripada burger yang biasa tu.


Ramai lagi yang tak tahu Zizan Razak merupakan rakan kongsi untuk jenama Burgerbyte ni dan cuma branch di Damansara Perdana dan Bangi sahaja yang dikendalikan oleh Zizan Razak. Setakat ni Burgerbyte dah pun berjaya bukak lima cawangan iaitu di Damansara Perdana, Bangi, Sentul, Semenyih dan juga Seri Iskandar, Perak.


Zizan Razak, Pemilik Burgerbyte Damansara Perdana dan Bangi

Eh, lupa pulak nak perkenalkan menu-menu yang ada kan? Boleh tahan jugak la sebenarnya dan menu Burgerbyte memang tak sama dengan mana-mana menu burger bakar yang ada di seantero dunia ye.



Selain dari menu kat atas ni banyak lagi menu combo yang lain. Korang boleh try jugak. Cuma fana tak ada senarai menu yang lain tu. Oh ya ! Pasta pun ada. Untuk korang yang tak minat nak makan burger, Burgerbyte sediakan macam-macam jenis pasta. Ni salah satunya.


Memandangkan hari tu fana teringin nak rasa daging burger dekat Burgerbyte, maka fana order menu ni. Hakak memang hantu kentang goreng, makan burger kentang goreng mesti habis dulu. Tebiattttt!


Abaikan pipi hakak yang tembam tu. --'

Lupa pulak pasal suasana dalam Burgrbyte yang kondusif, romantik dan fefeeling lebih tu kan? Nah, kalau tak caya cuba tengok ni. Tak tipu. Rasa macam nak tidur pat hari pat malam kat situ. Dengan angin sepoi-sepoi bahasanya. Huhuhu



Okay, ini peluang untuk korang yang baru habis belajar ke nak cari pengalaman bekerja kat dapur tu boleh la apply kat sini. Masa ni la nak cari pengalaman. Mana tahu lepas ni boleh jadi tauke burger jugak macam Zizan Razak dan abam Fizo Omar kite tu. Hihihi






Untuk info lanjut mengenai Burgerbyte atau mengenai kerja kosong ni boleh la terus ke facebook Burgerbyte. Jangan malu jangan segan. Hakak tolong promote je ni. Hahaha. Selamat mencuba !


xoxo,
nfcs

06 January 2014

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim di Taman Botani Negara Shah Alam

Assalamualaikumm..



Wahhh, tahun 2014 ni macam makin meriah je kan? Wishlist tahun ni, nak pergi jelajah tempat-tempat menarik yang ada kat dalam Malaysia ni. Eh, kenapa tetibe je fana ni? Hahaha. Sebenarnya kalau korang nak tahu 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia !


Rasa macam bangga pulak jadi warganegara Malaysia. Dah la aman, makmur, harmoni dengan rakyat berbilang kaum, makanan sedap-sedap ditambah pula dengan tempat-tempat best yang ada kat Malaysia ni. Sayang betul la rasanya kat Malaysia. Aummmm. Harimau Malaya giteww!


Actually, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat Malaysia ni yang fana belom jejak lagi. Bukan apa, rasa diri ni masih kecil lagi untuk berjalan jauh tanpa keluarga disisi. Cehhh! Kalau dalam area Kuala Lumpur, Selangor tu inshaAllah tak ada hal la.


Okay, baru-baru ni masa cuti study week, rasa macam nak main salji pula. Siapa kata dalam Malaysia tak ada salji? Haaa, tu la, korang tak tahu. Kalau korang nak merasa salji, sejuk, bila bercakap asap berkepul-kepul keluar dari mulut, jom pergi tempat ni.

Pintu masuk Rumah Iklim Sederhana Empat Musim


Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang terletak di Bukit Cahaya, Shah Alam. Untuk pengetahuan korang, Rumah Iklim ni akan beroperasi mengikut musim-musim yang terdapat di kawasan iklim sederhana iaitu di hemisfera utara dan hemisfera selatan.


Pemandangan dalam Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Disebabkan Malaysia tak ada musim-musim tu, makanya dengan itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil inisiatif bagi membina Taman Botani Negara ni dan sebenarnya Taman Botani Negara ni ada macam-macam cuma fana sempat pergi Rumah Iklim je.


Jangan tak tahu, perkhidmatan musim juga akan mengikut musim-musim yang sedang berlaku di kawasan iklim empat musim. Ini merupakan masa dan musim yang boleh korang jadikan panduan.


November - Februari     :  (Musim Salji / Winter)
Mac - Mei                     :  (Musim Bunga / Spring)
Jun - Ogos                     :  (Musim Panas / Summer)
September - November  : (Musim Luruh / Autumn)


 So, pilih la bila korang nak pergi mengikut musim apa yang Rumah Iklim Sederhana Empat Musim sediakan. Untuk harga masuk pula memang sangat murah.



Harga masuk Taman Botani Negara - RM 3.00 (Dewasa) RM 1.00 (Kanak-Kanak)
Harga masuk Rumah Iklim Sederhana - RM 5.00 (Dewasa) RM 1.00 (Kanak-Kanak)


Suhu dekat dalam Rumah Iklim Sederhana Empat Musim pula mencecah negative degree ! Memang sangat sejuk. Kalau korang nak masuk kalau boleh bawak la jaket yang tebal sikit. Sebab sejuk dia tahap nak beku la satu badan ni.


Nampak muka tahan sejuk tu?

Kawasan luar Rumah Iklim Sederhana Empat Musim




Peta dalam Taman Botani Negara

Amacam? Terasa macam nak cuti-cuti Malaysia tak? Kalau berminat nak rasa salji dan tak menggunakan duit yang banyak boleh la datang ke Taman Botani Negara yang terletak di Shah Alam ni sebab apa? Sebab best sangat ! Hahaha. Rasa macam pegi overseas sangat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Iklim Sederhana Empat Musim atau Taman Botani Negara Shah Alam ni boleh la terus pergi ke websiteTaman Botani Negara


Sempena Tahun Melawat Malaysia ni, cuba la berjalan-jalan ke tempat yang menarik dalam Malaysia ni. Siapa kata kita tak boleh melancong dalam negara sendiri? "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri." :)


Untuk maklumat lanjut mengenai Tahun Melawat Malaysia ni boleh layari facebook Visit Malaysia 2014 :
"Malaysia Truly Asia"



p/s : Terasa macam nak pergi 'melancong' ke Art Sphere pulak lepas ni. Hihihi.


nfcs 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...