TABUNG

21 April 2014

AUSSINO STOCK CLEARANCE SALE @ SYOPZ MALL

Assalamualaikummm




Ya ampunnnnnn, mak siah mesti suka ni. Sebab apa? Sebab mak siah memang suka beli cadar bebanyak letak kat umah sebab kot-kot la bila sedagha magha ramai pulak datang umah kan? Bukan nak cakap mak siah je la, ada lagi makcik-makcik kat luar sana yang suka kumpul cadar ni. Kalau mampu, mungkin akan beli cadar mahal-mahal kan? Biasa la, nak kualiti mesti la beli yang mahal.


Makanya, hari ni fana nak umumkan ke makcik-makcik kat luar sana tu bahawa AUSSINO MALAYSIA akan mengadakan SALE pada 25 - 27 April 2014 ! Wahhhhh, kelasss kau jah. Masa ni la nak merasa beli cadar sekali dengan diskaun. Hellooooooo ! Diskaun bukannya sepulohsen duapulohsen tauuuu! Diskaun sebanyak 80% !!!!


Rasa macam tak sabar pulak nak pegi beli cadar baru. Ni yang nak mengajak mak siah pegi shopping cadar kat sana nanti ni. Haaa, korang tunggu apa? Jom la kita shopping sama-sama! Bukan selalu tau dapat harga diskaun banyak macam ni.


Alang-alang fana nak ke sana nanti untuk rembat baju bebanyak kat Malaysia Clothes Buffet, boleh la menyopping cadar sekali untuk mak siah.Nak beli untuk diri sendiri belum ada rumah lagi. So, mak siah la dapat cadar nanti. Mula dah berangan nak cadar corak macam mana ni. Hehehe


Tempat dia kat mana?
Okay u'olls, kalau korang nak datang shopping, korang boleh datang ke Syopz Mall yang terletak di Taylor's University Lakeside Campus. Search aja kat Waze korang tu, terus aje dia bawak korang ke situ. Tak payah sesat-sesat bagai.


Bila Aussino punya Sale ni?
Sale ni akan berlangsung selama tiga hari iaitu 25 April hingga 27 April 2014. Korang boleh datang la dari hari Jumaat hingga Ahad. Sale akan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.


Siapa yang boleh datang?
Mak jemah sekaliannn oi, semua dialu-alukan untuk datang untuk shopping. Tak kira la belum kawen ke, dah kawen ke, dah ada anak lima ke, kalau pasangan yang baru nak kawen tu lagi bagus. Rezeki korang la tu. :)


Tetiba rasa tak sabar nak pegi AUSSINO Stock Clearance Sale ni sebab nak beli cadar belang-belang warna-warni tuuuu. Mesti meghiah bilik hakakkk!



Untuk maklumat lanjut layari :


Jumpa kat sana nanti ! :)


xoxo,
nfcs

17 April 2014

[OOTD] Pink isn't just a color, it's an attitude !

Assalamualaikummm..




Abstract Wide Shawl from Berjaya Time Square (RM 10)
GEEK Top from Berjaya Time Square (RM 20)
Pinafore Skirt from @shopperrush Instagram (RM 60)
Handbag from Charles and Keith




Semasa fashion talk yang fana join hari tu, fana rasa fana teringin nak pakai sesuatu yang fana belum pernah cuba. Fana pilih warna yang lembut ni sebab mungkin ianya akan memberikan impak pada first impression memandangkan semua kawan-kawan yang join fashion talk tu fana tak kenal. First impression sangat penting tauu bila kita nak berjumpa dengan kawan yang baru.


Mula-mula fana pening jugak sebab tak tahu nak gabungkan dengan warna apa. Tetiba bila tengok balik pinafore skirt ni, fana rasa cantik kalau digabungkan dengan putih. Nampak lembut je kan? Fana memang kena spare baju warna putih sebab mudah digayakan dengan apa-apa je.


Ini merupakan rupa pinafore skirt daripada belakang. Sangat selesa dan fana suka design dia yang loose, flowy dan tak panas. Banyak pinafore / overall yang fana jumpa, tak kembang macam ni. Kebanyakannya pencil skirt yang agak ketat.


Apa yang menarik, pinafore skirt ni boleh dipakai dengan dua cara. Cara pertama macam fana pakai kat atas tu. Cara kedua pulak macam kat bawah ni. Lepaskan je macam tu untuk gaya santai. Lagi menarik, pinafore yang fana pakai ni, tali dia tu boleh dibukak sebab dia cuma butang je. So, bila kita bukak, boleh la dijadikan skirt. :)








Untuk pengetahuan korang, fana memang tak banyak pakaian yang berwarna soft pink macam ni. Sebab fana lebih tertarik dengan warna kelabu, hitam dan biru. So, ini merupakan warna pastel kedua selepas maxi mint green yang fana pakai masa HIJABI BAZAAR


Lepas ni boleh la mix and match pulak dengan top lain pulak. Jimat !


xoxo,
nfcs

15 April 2014

REMBAU MOST WANTED CARNIVAL

Assalamualaikumm..



[Calling for Sponsors and Vendors]



Tarikh : 6 - 8 Jun 2014
Tempat : Dataran Rembau, Negeri Sembilan


Satu karnival besar-besaran bakal diadakan di Rembau, Negeri Sembilan pada bulan Jun nanti. Ini merupakan peluang terbaik bagi peniaga-peniaga mahupun syarikat-syarikat yang ingin turut serta sebagai sponsor mahupun vendor untuk event tersebut.


Banyak acara dan booth-booth yang akan dijalankan pada hari tersebut. Meriah la Rembau tak lama lagi. Karnival ni dianjurkan oleh IMG Event Management dan dijayakan oleh Majlis daerah Rembau. Antara acara yang bakal diadakan di Rembau Most Wanted Carnival ialah seperti berikut :


Selain daripada aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas, Rembau Most Wanted Carnival turut mengadakan acara dan penampilan istimewa maskot kegemaran kanak-kanak nombor 1 di Malaysia iaitu Upin dan Ipin ! Mesti meriah kan nanti? So, karnival ni sesuai untuk semua peringkat umur.

Bagi peniaga-peniaga terutamanya peniaga online yang ingin membuka booth di Rembau Most Wanted Carnival, ini merupakan layout bagi susunan booth yang akan dilakukan sepanjang karnival berlangsung. 


Siapa yang patut turut serta karnival yang bakal menggegarkan Rembau ni? Dah tentu la mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Memang ini la peluang yang patut di'grab' sepantas yang mungkin. Ala-ala Jom Heboh gitewwww!



Harga booth :

20 x 20 = RM 2,000 + LAMPU + KIPAS (3hari) HOTSPOT!
20 x 20 = RM 1,800 + LAMPU + KIPAS (3 hari)
20 x 10 = RM 1,200 + LAMPU + KIPAS (3 hari) HOTSPOT!
20 x 10 = RM 1,000 + LAMPU + KIPAS (3 hari)
10 x 10 = RM 800 + LAMPU + KIPAS (3 hari) HOTSPOT!
10 x 10 = RM 600 + LAMPU + KIPAS (3 hari)
*untuk permintaan platform sila hubungi nombor dibawah.


Macam mana? Ada yang berminat? Pendaftaran booth dibuka bermula HARI INI (15 April 2014). Macam mana nak contact?   


Boleh layari facebook Rembau Most Wanted Carnival.



Atau boleh terus hubungi : 

IMG Event Management
 Amirul Faizal Hj. Zakaria, CEO/Sales Director (017-6907796)
Shamsul Akmal bin Mohammad, Managing/Marketing Director (019-3402923)
Ahmed Musthafa Latiff, Creative/Event Director (012-2292729)'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...