TABUNG

16 August 2014

Port Dickson 2014

Assalamualaikumm..


Dalam banyak-banyak perkara dalam dunia ni, fana rasa gembira sangat bila dikelilingi insan-insan yang menghargai diri fana. Yang paling buat kita jadi happy bila berkumpul dengan kawan-kawan sekolah. Betul tak? Ya Allah, rasa macam taknak balik bila dah seronok buat aktiviti sama-sama.

Macam tak percaya dah enam tahun tinggalkan zaman sekolah menengah. Tu belum kira zaman sekolah rendah lagi. Dan kawan-kawan fana yang masih contact sekarang, yang ajak pegi tengok wayang, yang ajak pegi open house semuanya kawan sejak sekolah rendah. Memang lama tempoh jalinan ukhuwah tersebut. Dah tua dah kita kan kawan-kawan. :)

Jadi, bila ada masa, kitorang akan plan ke sana-sini untuk buat aktiviti sama-sama. Baru-baru ni kitorang rancang untuk ke Port Dickson. Kenapa Port Dickson? Hmm, sebab KL takde laut. :( Satu lagi, kitorang taknak pergi tempat-tempat air terjun sebab sana bahaya. Jadi, lebih baik kita pergi laut paling dekat dengan KL iaitu Port Disckson.

Konvoi la kitorang ke Port Dickson dengan 5 buah kereta. Tak jauh pun dari KL sebenarnya. Dalam 2 jam macam tu dah sampai sebab ikut highway kan. Jadi, sampai je sana jenuh la jugak kitorang cari port yang terbaik untuk kitorang berBBQ. Nasib baik ada tempat yang agak tersorok dan tak penuh dengan pengunjung. 

Sampai-sampai je apa lagi, masing-masing buat tugas masing-masing. Ada yang start buat api, ada start pasang khemah, cari itu cari ini. Macam biasa la, yang kerja berat-berat kita serah je dekat bebudak lelaki ni ha. Hehehe. Nasib baik la semua rajin dan baik hati sangat. Ni sayang korang lebih ni. Hihihi





Sementara yang lelaki sibuk bakar ayam dan segala macam makanan tu, yang perempuan ni pantang dapat peluang, bergambar aje la kerjanya. Hehehe. Sebab tempat tu cantik sangat. Lagipun bukan selalu dapat jumpa laut kan? Bila lagi nak merakamkan detik-detik indah dengan alam ciptaan Tuhan yang indah ni. Oh, masa bergambar ni Ira dan Fiza takde. Mana diorang pergi ek? Solat agaknya.

Fana, Nita, Fifa, Syawal, Eka, Nabila





Okay, masing-masing fokus duduk bakar dan mengipas ayam. Banyak jugak bahan mentah yang kitorang bawak macam ayam, sosej, ubi kentang. Apa lagi ye? Rajin sangat kawan-kawan fana ni. Siap ada yang bawak keropok dan bihun goreng. Sedap dapat makan tepi laut. 









Masa ni kaum lelaki dah hilang. Mana diorang pergi? Mana lagi, terjun laut dah. Amboi, pantang jumpa air. Masing-masing terus hilang. Kemain seronok lagi bebudak ni kan?


Habis je mandi, masing-masing terus terkam makanan. Kelaparan la tu. Hahaha. Macam budak-budak aje kan? Sabar je la. Tapi, itu la yang seronok tu. Yang perempuan dah menjadi kebiasaan akan jadi tukang hidang makanan la kat bebudak lelaki ni. 

Habis makan sambung main kat laut lagi. Kali ni kawan-kawan pakat nak main Banana Boat. Pengalaman pertama fana naik Banana Boat ni Ya Allah, sumpah scarry. Fana belum pernah naik Banana Boat sebab fana ni jenis takut air sikit. Kalau nak mandi tempat dalam pun fana kena ada orang untuk fana berpaut.

Kawan-kawan pulak sibuk ajak, suruh cuba. Nak taknak fana pun beranikan diri jugak la untuk cuba naik Banana Boat ni. Bila lagi dapat merasa kan?  Okay, cabaran diterima !






Perasaan masa jatuh tu Allah je tahu. Rasa macam nak meninggal. Hahaha. Masa dia pusing nak jatuhkan kita dalam air tu, memang berdebar-debar gila. Masa jatuh tu fana rasa fana memang tenggelam la walaupun dah pakai life jacket. Nak naik ke permukaan air tu punya la susah rasa dia. Dok tarik orang sana sini. Hahaha. Teruk betul perangai. Dua kali dia jatuhkan kitorang. Tapi, bila dah habis tu rasa macam, "Nak naik lagi boleh?". Hahaha

Apa pun fana rasa happy gila walaupun ini cuma percutian balik hari. Sebab kitorang pegi pagi petang balik KL balik. Tak sampai sehari pun. Kalau ada masa lagi fana memang nak sangat pergi jalan-jalan ramai-ramai macam ni lagi. Seronok gila kot!


Bergambar sebelum balik

Ini je la cerita yang dapat fana kongsi. Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan semua. Dari kiri (gambar atas) Awey, Badrul,  Saufi, Ridwan, Akmal, Fazrin, Zakuan, Riduan, Eka, Syawal, Arjuna, Fana, Nabila, Fiza, Ira, Adik Ira, Fifa, Nita, Hariri, Wan. Hope next time dapat gather macam ni lagi okay?


-Reunion kawan-kawan kelas 3 Budiman dan 5 Setia SMK Bangsar-


xoxo,
nfcs

13 August 2014

Malam Pratonton "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa"

Assalamualaikummm..




Baru-baru ni fana berkesempatan untuk sertai malam pratonton filem terbaru arahan sutradara Hashim Rejab iaitu "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa". Filem ini bergenre Komedi Seram. Terima kasih kepada Top Blogger www.broframestone.com sebab bagi fana dua pass untuk menonton filem kelakar gila ni.

Fana bersama Julia Ziegler

Filem ini merupakan filem terbitan Mangkin Prestij. Malam pratonton diadakan di Cathay Cineplex, eCurve Mutiara Damansara. Ramai rakan artis yang hadir untuk berikan sokongan. Antara yang hadir Yana Samsudin, Julia Ziegler, Idlan Raja Lawak (Abang Kasim), Musal Rahman, Azhan Rani, Adik Ryqarl dan ramai lagi.

Dari kiri, Jane Lim (Isteri David Teo), Acey, Abam dan Fad

Filem ini mengetengahkan bakat Kumpulan Bocey yang terdiri daripada Abam, Acey dan Fad. Memang tidak silap percaturan pengarah, mereka menjayakan watak masing-masing dengan sangat berkesan. Nak terkeluar isi perut fana ketawa sepanjang filem itu ditayangkan. Selain daripada Kumpulan Bocey, Yassin SYJ, Epi Kodiang juga antara watak utama yang dipertaruhkan.


Sinopsis

Filem ini mengisahkan mengenai tiga orang sahabat baik yang tinggal serumah iaitu Remy, Akhirrudin dan Rudy. Masing-masing mempunyai kerjaya yang berbeza. Remy merupakan seorang tukang kasut yang mencari rezeki di kaki lima, Akhirrudin pula merupakan pekerja di salah sebuah stesen minyak manakala Rudy pula merupakan seorang pelakon pembantu yang sering diberikan watak sebagai hantu.

Kehidupan mereka di ibu kota sama seperti kita juga. Awal bulan masyuk aje, makan pizza la ape la. Tengah bulan makan maggie aje, hujung bulan langsung tak de benda nak makan. Bancuh kopi pun tak letak gula gara-gara gula habis. Nasib la si Akhirrudin ni jenis yang agak ada duit berbanding kawan-kawan dia yang lain. Jadi, asik kena hulur duit je walaupun tak rela. Hahaha.

Mereka hidup menyewa di sebuah rumah. Tuan rumah tersebut, Pakcik Osman (Yassin SYJ) dah macam hantu jugak fana tengok. Sebab setiap kali dia bagi salam kat luar umah, bukak pintu tengok takde depan pintu tapi dah ada dalam rumah. Magic betul Pakcik Osman ni. Disebabkan kekangan kewangan, mereka terpaksa berhutang tiga bulan duit sewa rumah dengan Pakcik Osman.

Kehidupan mereka menjadi lebih terganggu apabila munculnya anak saudara Pakcik Osman yang ingin menyewa di rumah tersebut iaitu Saipul (Epi Kodiang). Saipul ni datang ke Kuala Lumpur sebab nak sertai lumba haram yang katanya dah lama dia join dekat group fesbuk tu. Akhirnya tercapai cita-cita dia nak berlumba dengan pelumba haram kegemaran dia. Malam tu kemenangan berpihak kepada Saipul dan berjaya bawa pulang RM10,000.

Nak dijadikan cerita, malam tu lepas balik dari lumba haram, berkejaran dalam rumah la si Saipul dengan si Rudy sebab terkejut dengan pakaian dan mekap dia yang macam pocong tu. Baru la balik berlakon jadi hantu la katakan. Tak semena-mena dilanggar dek kereta Remy dan Akhirrudin yang baru balik. Maka, 'meninggal' la Saipul dekat situ.

Apa yang diorang buat dengan mayat Saipul ye? Apa pulak jadi dengan duit RM10,000 tu? Apa diorang nak jawab dengan Pakcik Osman? Haaaa, panjang betul sinopsis fana buat. Tapi, fana tak nak la cerita sampai habis kan? Korang kena la tengok sendiri. Apa pun cerita ni boleh jadi pengubat duka korang sebab memang kelakar habis.

Fana bersama barisan blogger yang hadir memberikan sokongan

Cepat-cepat la serbu pawagam 14 Ogos 2014 ni tau untuk tonton filem komedi seram Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Korang akan puas hati. Fana bagi lima bintangggggg ! Memang best. Walaupun si Acey tu pakai macam pocong dan dia buat lawak tapi bagi fana mengerikan jugak la. Mungkin sebab effect mekap tu kot. Hahaha.

Apa pun, selamat menonton ! 


xoxo,
fanacheksaat

10 August 2014

Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Assalamualaikummm..


"Apa yang kau akan buat kalau housemate kau mati dalam rumah sewa?"


Seramnya dengar soalan ni kan? Fana sendiri pernah hidup dengan menyewa rumah masa fana tengah belajar dulu (tak dulu sangat la, tahun lepas je pun). Apa yang fana tahu, bila kita tinggal satu rumah mesti la kita akan ambil tahu keadaan housemate kita kan? Takkan la sampai tak sedar dia meninggal. 

Tapi, kalau betul situasi ni jadi dekat fana, memang fana akan terbayang-bayang jugak la dua, tiga malam. Bukan apa, fana ni jenis yang penakut hantu. Tengok cerita hantu pun takut inikan pulak kalau hantu betul datang sergah!

Berbalik kepada soalan tadi, apa yang fana akan buat agaknya ya?

Fana rasa perkara pertama sebaik sahaja fana tahu kalau housemate fana meninggal dalam rumah sewa, fana akan cuba hubungi keluarga arwah la. Sebab keluarga merupakan orang paling penting dalam hidup seseorang. Cuba hubungi orang terdekat dengan arwah. Meninggal sebab apa? Mungkin dia sakit, kita tak tahu. Mungkin jugak dia meninggal kerana terlalu stress study. Ajal dan maut kan di tangan Allah.

Selepas hubungi keluarga, cuba hubungi pihak yang berkenaan memandangkan fana menuntut di UiTM, jadi fana mungkin akan laporkan kepada pihak UiTM juga sementara menunggu keluarga arwah sampai.

Macam mana pulak kalau dia meninggal dah dua hari tapi fana tak sedar pun yang dia dah meninggal?

Hmmm, ini scary. Sangat scary. Yelah, gila tak scary. Tinggal sebumbung dengan mayat kot! Okay, kalau perkara ni berlaku sekalipun, mesti akan ada rasa curiga kan kalau kita tak nampak dia dua tiga hari. Takpun ada bau tidak menyenangkan. Jadi, berbincang la baik-baik dengan housemate yang lain bagaimana hendak melaporkan perkara berkenaan. Jangan la ambik mayat tu pegi campak dalam semak pulak macam dalam drama tv tu kan? No, no. no. Kejam namanya tu.

Korang pulak macam mana? Apa yang korang akan buat? Haaa, ni yang fana nak bagitahu. Kalau korang merupakan seorang blogger, jom sertai contest yang dianjurkan oleh www.broframestone.com/ ni. Korang berpeluang memenangi sepasang tiket wayang filem "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa" yang akan ditayangkan di pawagam pada 14 Ogos 2014.



Trailer Filem "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa"



xoxo,
fanacheksaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...