TABUNG

25 January 2015

Boat Noodle @ Empire Damansara

Assalamualaikumm..



Lama betul peram entri ni. Bukan sebab malas atau tak ada masa tapi baru-baru ni streamyx dekat rumah buat hal. Banyak sangat hal. Dah la tak sampai 2 tahun lagi pasang dah buat hal. Macam-macam tau. Disember lepas fana dijemput ke majlis penuh bahagia roommate fana sewaktu belajar di UiTM dulu. Tak percaya dia dah kawen tau. Fana happy tapi dalam masa yang sama fana rasa sedih jugak sebenarnya.

Bersama classmates masa di UiTM dulu dan Mak Siahh

Selamat Pengantin Baru Zidaaaaaa!

So, balik je dari kenduri kawen tu, fana dan kawan-kawan plan nak pergi makan dekat Boat Noodle yang terletak di Empire Damansara. Seronok jugak dapat pergi dengan kawan-kawan kan? Mulanya takut maksiah taknak ikut sebab maksiah memang tak makan makanan kedai. Tapi bila dah tanya, maksiah pun setuju untuk ikut. Okay, jom!


------------------------------------------
Boat Noodle @ Empire Damansara
Berdekatan dengan Publika, Solaris Dutamas
Sebelah Chicken Texas
-----------------------------------------------

Antara cawangan Boat Noodle :
- Jaya One
- Gamuda Walk
- Berjaya Times Square
- Ikon Cheras
- Klang Parade
- Sutera Mall
- Publika


Boat Noodle ni sebenarnya makanan siam dan nama sebenarnya Mee Sampan. Bila dikomersialkan, diorang guna la Boat Noodle. Ramai yang mempersoalkan Boat Noodle ni halal ke tak. Sebenarnya dekat Thailand memang disediakan Boat Noodle yang tak halal. Tetapi, Boat Noodle yang dekat sini HALAL ye sebab dah dapat sijil Halal dah. Fana sendiri tengok sijil Halal diorang yang digantung di bahagian kaunter bayaran tu. Takkan la diorang nak serve makanan tak halal kan? Selalunya restoran Non-Halal dekat Malaysia akan letak signboard NON-HALAL dekat pintu masuk restoran. Pepandai la kita meneliti ye. :)


Menu yang disediakan di Restoran Boat Noodle ni tak la pelbagai macam restoran makan lain. Mereka cuma serve dua jenis noodle iaitu ayam dan daging pastu yang sup atau yang kering. Masa mula-mula kedai ni dibukak, fana macam pelik jugak sebab tengok semua orang makan mangkuk bertingkat-tingkat. Sorang je makan tujuh hingga lapan mangkuk. Rupanya satu mangkuk tu sikit je. Sekali suap je. Harga semangkuk pulak RM1.90 sen je. 


Selain daripada mee yang disediakan, restoran ni jugak ada sediakan pencuci mulut ala-ala tepung pelita tapi dia dalam bekas seramik macam gambar kat bawah ni. Rasa dia pun sedap. Macam makan kuih tepung pelita. Atas tu santan, bawah pulak tepung rasa pandan yang manis. Not bad. Dua mangkuk cuma RM1. Murah kan?


Untuk air minuman pulak, restoran ni cuma sediakan air tin dan jugak air kelapa. Harga fana tak ingat. Hehehe. Tapi murah jugak la. Pastu ada disediakan cawan dengan ais. Okay, puas hati. Not bad. Hahaha 



Review Boat Noodle :

-Apa yang sedap? Chicken Soup Chicken Noodle. Order la bebanyak.
-Apa yang tak bagusnya dekat restoran ni ialah mangkuk yang digunakan untuk isi makanan tu semuanya sumbing dan pecah-pecah sekeliling. Nampak macam tak elok kan untuk hidang kepada pelanggan. Maybe sebab kita ni dibesarkan sebagai orang Melayu yang penuh dengan adat. Semua pinggan yang sumbing dan pecah tak elok dihidangkan kepada tetamu.
-Tempat makan bersih dan selesa.
-Staff okay walaupun tak berapa fasih bahasa melayu dan kesemua mereka warga asing.
-Servis cepat dan boleh tahan.
-Mangkuk nampak agak kurang bersih
-Kalau korang first time makan sini, korang disarankan untuk order serba satu (DN001, DN002, SN001, SN002)
-Bagi fana, yang sedapnya chicken sebab fana tak makan beef ball tu walaupun fana hantu meatball IKEA. Lol!
-Apa beza chicken noodle and beef noodle? Beza dia cuma diorang letak chicken ball and meat ball tu je.
-Harga affordable sangat.
-Kalau makan 2 orang bajet lebih kurang RM10 - RM15 sahaja. Bergantung kepada berapa mangkuk korang makan pastu darab la RM1.90.
-Kalau nak datang ramai, kena tunggu sebab restoran agak kecil dan sempit. Meja terhad.
-Make sure korang ambik tempat duduk menghadap kauter bayar untuk dapatkan gambar cantik sebab ada tulisan Boat Noodle kat belakang. Hahaha
-Rate fana bagi 4/5.






xoxo,
fana

Zamola - Produk Berasaskan Gaharu

Assalamualaikum...




Baru-baru ni Arjuna ada pergi ke Senama Agro Gaharu yang terletak di Seremban 2 untuk ambil stok produk kesihatan berasaskan gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria Crassna. Banyak jugak la produk yang dia bagi fana untuk rasa. First thing yang fana nampak dan tertarik dah tentu la coffee kan? Hehehe. Imma coffee lover. Yeahhhh!

----------------------------------
Zamola Herbal Coffee
RM 69.90 sekotak
-----------------------------------


Kelebihan Zamola Herbal Coffee:

-Membantu mengurangkan kolestrol dalam badan
-Mengurangkan uric acid
-Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
-Memainkan peranan penting dalam mengurangkan berat badan
-Membersihkan buah pinggang
-Anti-oksida
-Meningkatkan tenaga dalaman
-Menegekalkan bentuk dan kecantikan badan



----------------------------------------------------
Zamola Feminin Wash with Manjakani
RM 29.90 sekotak
-----------------------------------------------------

Fana memang susah nak suka dengan feminin wash. Tapi sejak pakai Feminin Wash Zamola ni fana rasa memang kena pakai hari-hari tapi boleh tak pakai sehari pun. Rasa macam dah sebati dengan fana. Paling best yang Zamola Feminin Wash with Menthol tu sebab sejukkk dan segarrrr je bila lepas pakai. Hehehe

----------------------------------------------------
Zamola Feminin Wash with Menthol
RM 29.90 sekotak
-----------------------------------------------------


Kelebihan Feminin Wash:

-Membantu membersihkan kawasan sulit wanita
-Memberikan bau yang segar (ini serius tak tipu!)



----------------------------
Zamola Tea
RM 20.00 sekotak
-----------------------------



Zamola Tea ni rasa dia macam teh yang kita minum selalu cuma dia agak pekat sikit. Selalunya fana akan bancuh satu uncang ni untuk satu jug. So, tak la pekat sangat dan boleh minum dengan family. Selain berkhasiat, teh jugak memberikan kita satu feel yang macam boleh hilang stress la senang cerita. Bau pun dah harum. Aaaaaa, suka!

Kalau ada yang berminat nak dapatkan produk kat atas ni boleh la contact fana. Sebab fana ada stok Zamola. Kat kedai tak dapat beb. Kalau korang memang betul nak beli kena pergi Seremban 2 tu haaa. Eh, try la. Meh order dengan fana. Boleh whatsapp fana di 017-4342950 atau boleh pergi instagram fana. 




xoxo,
fana

14 January 2015

Sewa Basikal Murah di Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikumm..


Rasa agak canggung bila smartphone rosak. Ramai yang whatsapp fana tak dapat sebab phone fana rosak. Huwaaaa! :( Sedih tau bila tengok phone yang selalu dengan kita 24 jam tu tetiba diam dan tak bernyawa dah. Fana memang sayang sangat phone tu sebenarnya. Tak pernah berpisah. Kalau jatuh pun hati ni rasa sakit sangat. :'(

Nak buat macam mana, setiap yang hidup pasti akan mati. Manusia, haiwan dan juga barang yang tak bernyawa tu. Mati untuk barang yang tak bernyawa tu maksudnya rosak la. Tak boleh nak guna dah. Punca dia sebenarnya sebab bateri kembung je. Tapi nak dekat sebulan jugak la fana biarkan dia dalam keadaan kembung tu. Phone tu pulak tak boleh berenggang dengan powerbank. Tu je nyawa dia. Nak beli bateri tak beli-beli. At last, rosak!

Kalau korang, macam mana life korang bila smartphone tak ada? Yelah, nak beli baru bukan senang kan? Nak kena cari duit lagi. Nak taknak kena bertahan jugak. Life must go on. Gitchuuuu! Hahaha. So, apa yang fana buat bila tak boleh scroll instagram, online whatsapp 24 jam, bukak facebook dan sebagainya? Haaa, fana pergi beriadah! Hehehe. Nasib baik ada yang sudi memahami. Eceh!

Entah kenapa, diri ni rasa teringin nak pergi main basikal sewa murah dekat Taman Botani Putrajaya tu. Sebelum ni banyak kali sangat pergi sana dengan niat nak main basikal tapi tak jadi sebab sampai sana dah lewat petang la, hujan la. Tapi, kali ni menjadi ! Excited sangat ni. Ops! Abaikan pakaian yang tak berapa sesuai fana tu ye. Sebab benda ni tak plan pun. Hihihi. Pakai kasut tinggi tau main basikal. Ha, lantak ah!

Muka takleh nak stress lagi ke?




-------------------------------
Taman Botani Putrajaya, Presint 1
Harga : RM4 sejam
Waktu operasi : 7 pagi  - 7 petang
**Dibuka setiap hari termasuk cuti umum
---------------------------------------------------------


Dekat Taman Botani Putrajaya ni, landskap dia memang dipenuhi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau, tasik dan kawasannya agak bercerun. Jadi, korang kena bersedia dari segi mental dan fizikal la kalau nak berbasikal dekat sini. Kalau korang jenis yang cepat penat memang akan give up la nak panjat bukit tinggi tu.


AMARAN : Waktu ambil basikal tu make sure korang tolak dulu basikal turun cerun yang agak curam ni. Tinggi sangat bukitnya. Mungkin sebab kawasan ni struktur geografinya yang agak curam membuatkan tempat ni dipenuhi dengan bukit yang agak tinggi.



Pusing satu Taman Botani dengan basikal ni, naik turun bukit semua ada memang best gak la. Lama sangat tak berbasikal. Penat memang penat tapi puas. Lagipun basikal yang disediakan di Taman Botani Putrajaya ni ada gear. So, takde hal la kalau nak naik bukit ke turun bukit ke. Main je gear tu. Tapi, sakit bontot weyy! Hahaha. Seat basikal tu keras sangat. Next time datang bawak bantal kecik la boleh? Hahaha


Taman Botani Putrajaya ni bila jalan kaki rasa luas. Tapi, kalau korang sewa basikal kat situ pastu kayuh sambil menikmati keindahan landskap Taman Botani tu, korang mesti rasa tak puas gila. Sebab rasa macam "Eh, bukan dah lalu ke sini tadi?" Hahaha. Oh, satu hal lagi. Dalam Taman Botani ni takde satu bijik kedai pun. Dahaga wey bila dah kayuh basikal pusing satu taman tu. Cari air mineral takde rasa macam nak pegi teguk je air tasik tu ha. Next time datang make sure bawak air mineral satu botol besar. Okay, noted!

Pokok Mata Lembu pun ada???

Apa lagi nak cerita eh? Pasal harga dah, pasal air mineral pun dah, pasal bukit tinggi dengan gear pun dah jugak. Haaaa, ada satu benda lupa nak cakap. Kalau korang nak datang sini, datang awal tau sebab pukul 7 petang Taman Botani dah tutup dan tempat sewa basikal pun dah tutup jugak. Hari tu fana datang dalam pukul 3 petang macam tu. Boleh la pusing puas-puas taman tu. Weeeeee!

Fana tak keseorangan berbasikal hari tu. Fana ditemani oleh kawan baik fana yang sememangnya orang hebat Putrajaya. Hahaha. Maklum la kerja kat Putrajaya kannn. Selok-belok Putrajaya tu semua dia tahu. Sampai dia kata bosan dah asik pergi Putrajaya. Fana pulak suka gila pergi Putrajaya sebab sana tenang, hijau, tak sesak, pendek cerita best la. Suka dengan suasana kat sana.



Fana : "Babe, jom g Putrajaya!" Sambil buat muka sehabis girang dan teruja.

Arjuna : "Aduhhhh, bosan la. Isnin hingga Jumaat pergi Putrajaya, takkan weekend pun jenjalan kat sana?" Sambil muncungkan mulut yang dah muncung.



Arjuna


Apa pun terima kasih ye Arjuna sebab sudi teman naik basikal selama satu jam pusing Taman Botani tu, belanja main basikal dan tolong tangkap gambar. Hahaha. Dan sekarang fana dah tak bosan dah sebab dah ada phone baruuuuu. Yeayyyy! :)

#mygalaxyA


Next time datang lagi !



xoxo,
fana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...