TABUNG

21 February 2011

:: Result oh result ! ::

Hai korangggg...:)

Aku baru balik ni..salin baju terus bukak blog..korang mesti sibuk je nak taw result aku kn??korang memang penyibuk pn..hahaha..guraw2 je k..korang sebenarnye care pasal aku kn??hihihihi..sukenye..

Aku baru je balik dari sekolah..tempat aku mengabdikan diri selama setahun setengah..aku bukan sekolah xabis taw..tapi aku sambung tingkatan enam..selama setahun setengah aku kt SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PANTAI..aku ambil jurusan Sastera..seronok dapat jumpe dengan member2 yang da lame xjumpe..rindu sangat kt korang beb! Btw,,aku pernah cerita pasal pengalaman aku di tingkatan enam kat SINI ..(klik kt link SINI 2 untuk bace pengalaman aku 2 k)..

First of all aku nk ucapkan a milion,bilion,trilion TERIMA KASIH kt cikgu2 yang da curahkan ilmu kt aku semasa aku belajar kt tingkatan enam..antaranye :

 PN. HJH SARIMAH BT AHMAD 
 
Beliau ialah guru Bahasa Malaysia aku..Beliau merupakan seorang yang sangat positif dari segi pemikiran dan kata2..sering memberi nasihat dan tunjuk ajar dengan seikhlas hati..tidak pernah marah pun pada kitorang..sentiasa tidak lokek dengan senyuman di bibirnye..bersuara comel dan kadang2 perangai keanak-anakan..tidak pernah kedekut dengan ilmu yang ade..beliau sering memberi kitorang semangat untuk menduduki peperiksaan..disebabkan semangat dan juga doa beliau..aku mendapat A bagi subjek Bahasa Malaysia dalam STPM..Alhamdulillah!


PN. MAIMON BT ABD. KADIR
 Beliau ialah guru yang paling sporting i've ever met! Beliau merupakan guru Sejarah aku..sangat agresif sewaktu mengajar dan sangat memahami studentsnye..memang sangat sporting..beliau merupakan pelajar sekolah agama..disebabkan itu, beliau sering menyelitkan ape je nasihat mengenai agama sewaktu mengajar..banyak juga doa yang beliau ajar pada kitorang..cara beliau mengajar memang berkesan..aku teringat malam tadi beliau text aku cakap macam ni " Moga ana terpilih sebagai best student dan sejarah mesti A"..tapi,,aku gagal menggembirakan beliau..aku cuma dapat C untuk Sejarah..:(


PN. HANISAH BT JUSOH
Beliau merupakan guru pengkaji bumi aku..huhuhu..guru subjek Geografi aku taw..ilmu Geografi beliau sangat tinggi..aku dapat banyak ilmu mengenai bumi dan alam sekitar sepanjang menjadi anak didik beliau..pernah beberape kali aku dapat A untuk ujian tapi dalam STPM aku cuma berjaya mendapat B-..


PN. ZAINAB BT YAHYA
Beliau seorang guru yang sangat dedikasi..sentiasa memberikan nasihat untuk meniti alam remaja..setiap hari ade je nasihat yang akan diberikan..dan nasihat2 beliau sangat berguna untuk aku..terima kasih cikgu..! Beliau juga sebenarnye sangat menaruh harapan untuk aku mendapat A dalam subjek Kesusasteraan Melayu yang diajarnye..tapi aku xtahu mne silapnye..aku cume berjaya mendapat C- dalam subjek 2..


EN. YAHAYA B. ALI
Beliau ialah guru kelas kitorang merangkap guru Pengajian Am..mempunyai karakternye yang tersendiri..bergaya seperti orang muda..serius,,beliau memang pandai menjaga penampilan diri..mudah didekati dan kadang2 seperti kawan..sangat mengambil berat terhadap 'anak2nye'..hasil didikannye aku berjaya mendapat B+ bagi subjek Pengajian Am walaupun bagi aku subjek 2 sangat susah kerana mengenai kenegaraan..senang cakap politik laa..huhuhu..


SIR TERRENCE DEV KUMAR
Beliau merupakan guru Malaysian University English Test (MUET) aku..sangat sporting orangnye..mempunyai pandangan yang sangat luas..sangat menjaga kebajikan pelajar..kacak bergaya dan single ok! hahahaha..hasil kesabaran dan kegigihan beliau aku dan kawan2 berjaya mendapat BAND 3 dlm MUET! tQ Sir!


Mereka la guru2 yang TERBAIK dalam dunia ni yang pernah aku jumpe..TERIMA KASIH untuk segala ilmu yang da dicurahkan..

Now,,it's time untuk aku kongsi result aku ngan korang..hihihi..malu sangat..aku memang xpandai sangat tapi aku bersyukur dengan keputusan kali ni..aku xsempat nk scan slip result..aku taip je k..

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010

PENGAJIAN AM                                  B+                       3.33
BAHASA MALAYSIA                       A                         4.00
KESUSATERAAN MELAYU            C-                        1.67
SEJARAH                                              C                         2.00
GEOGRAFI                                            B-                        2.67
MUET                                        BAND 3

With pointer  = 3.00
Untuk itu,,aku tercalon dalam kategori  "BEST STUDENT"..

Dah puas ati??hahaha..bersyukur sangat2 pointer aku lepas gak 3.00..Alhamdulillah..korang doakan aku dapat tawaran Universiti plak ye lepas ni..hehehe..

p/s = Tahniah buat Nurul Nabilah bt Takiudin atas pencapaian yang cemerlang dengan pointer 3.84! (xsia2 nab pindah sekolah)

7 comments:

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...