TABUNG

10 October 2012

: Not My Taste ! :


Assalamualaikum...


  • Perokok - Kebanyakan wanita tak suka lelaki yang merokok kerana mereka berbau. Bukan saja badan, mulut malah seluruh anggota tubuh badan mereka ! Eeeeuuuwww, belum tengok dalaman lagi. Mesti lagi jijik. Untuk pengetahuan para perokok sekalian, you are burning you money. Duit tu boleh simpan untuk kahwin tahu tak?

  • Bad Listener - Haaaa, yang ni paling tak suka. Bila kita cakap dengan dia, mata die merewang-rewang ke tempat lain. Pandang sana pandang sini. Tolong la ubah sikap dengan dengar apa yang kita cakap, pandang dalam mata kita dan bagi nonverbal respond macam angguk ke, buat ekspresi muka ke.

  • Kaki kongkong - Haih ! Yang satu ni memang tak boleh tahan. Kongkong? What for? We are not your wife yet! So, stop la kongkong tu. Lelaki macam ni memang kena tinggalkan aje. Sebab kalau sebelum kahwin lagi dah mula nak kawal kita, tu tak boleh, ni tak boleh. Lepas kahwin nanti macam mana? Nak keluar rumah pun tak boleh dah agaknya.

  • Cemburu buta - Lelaki macam ni memang tak layak hidup dalam dunia ni. Bukan aku nak kata, tapi memang aku tension dengar pasal lelaki cemburu buta ni. Setiap kali jumpa nak cek handphone gf dia, pastu tuduh macam-macam, tak boleh kawan dengan lelaki lain, tak boleh keluar dengan orang lain selain dia. Huh ! No way men. Boleh jalannn.

  • Sweet Talker - Alahai si mulut manis. Tolong la hentikan ucapan sayang tu. Tolong la hentikan whatever sweet words that came out from your mouth ! Perempuan memang mudah cair dengan kata-kata lelaki tapi aku rasa tolong la beware sikit girls ! Diorang ni nak dapatkan kita macam-macam diorang akan cakap. Lepas dah dapat kita? 

  • Control Macho - Hello ! Awak jangan nak perasan yang awak tu macho sangat boleh tak? Tolong la. Setakat muka macam tu berlambak kat tepi Petaling Street tu. Pantang betol aku.

  • Tak bagi perhatian - Okay, yang aku sendiri mengaku. Aku memang tak suka lelaki yang tak bagi perhatian kat aku. Dia boleh buat hal dia je. At least hargai la apa yang kita buat. Bagi perhatian dengan cara macam tu pun kita ni dah terharu taw cik abang oi. 

  • Pemikiran Sempit - Yang ni pun satu hal jugak ni. Adnan Sempit betol. Kalau awak tu lelaki, jangan nak mengada suruh bini duduk rumah je jage anak. Tu kolot sangat. Zaman sekarang ni takde dah perempuan yang nak duduk rumah lepas belajar tinggi-tinggi. Tak tahu ke parents we'olls dah spent banyak sangat duit untuk we'olls belajar tinggi-tinggi lepastu suruh duduk rumah? Hello, nak shopping nanti awak nak bagi duit ke? Tak kan?

  • Tak Pandai Bergaul - Lelaki. Bohong la kalau tak pandai nak berkawan kan? So, perempuan lebih suka lelaki yang pandai bergaul dengan kawan-kawan diorang. Bukan apa, dari situ akan wujud hubungan yang harmoni. Kawan aku kawan kau jugak! Faham. Lelaki yang tak reti dan tak suka bergaul ni memang tak layak bertapak di muka bumi ni.

  • Penipu - Aku memang pantang gila lelaki yang menipu. Tak salah kot kalau bagitahu perkara sebenar atau jujur. Yes! That's the point. Aku rasa lelaki patut jujur dalam ape je yang dia buat. Sebab lelaki kalau menipu memang akan kantoi. Lebih baik berterus-terang. Supaya tak terkantoi dikemudian hari. 

  • Tak Setia - Hah! Pantang maut betol aku kalau ada lelaki yang tak setia ni. Ape susah sangat? Dulu masa nak, beriya-iya janji setia sampai mati la.Sekarang bila dah lama kenal, mula muak ke macam mne? Dah mula nak cari yang lain. Orang macam ni patut kita ajar supaya dia menyesal sebab buat kita macam tu. Lelaki yang setia akan letakkan handphone dia atas meja bila makan dengan gf dia tapa meletakkan handphone tersebut dalam mood senyap. Get it? Dalam bahasa mudah tak silent phone la.

  • Tak memahami - Hey ! Awak tu tolong la faham sikit hati dan perasaan perempuan yang macam kain sutera ni. Lembut dan mudah rosak. Makanya, tolong la faham kalau perempuan tengah merajuk ke tengah sedih ke. Tolong belajar faham. Jangan ego. Faham tapi tak nak tunjuk. Takkan la kita pulak nak text bagitahu "Babe, I tengah merajuk ni". Konon-kono dia akan pujuk? Ciskek punya lelaki.
Since kita masih banyak masa untuk difikirkan tentang jodoh dan perkahwinan, maka kita sebagai perempuan berhak untuk pilih lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami satu hari nanti. Berkawan lah dengan ramai lelaki supaya kita dapat buat penilaian dan pilihan. Harap tak salah pilih.

Jangan ingat bila kita setia gila dengan dia, dia akan percaya pada kita seratusperatus? No ! Dia pun tak percaya kat kita. Kita je yang perasan dia percaya dekat kita walaupun dah separuh mati setia!!


nfcs 

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...