TABUNG

11 April 2013

: Dip n Dip :

Assalamualaikum..


Hola ! Mek fana nak kongsi la sikit dengan u'olls yang kat luar sana tu. Ekspeceli (Especially) buat u'olls yang suka benor dengan cekelat (coklat). You know what is cekelat ? Opkos you know kan? Mek fana tengah dalam proses merosakkan bahasa inggeris ni. Astaghfirullahalazimmm. *geleng kepala*


Baru-baru ni Mek fana pegi buat JJCM dekat Dip n Dip tu atau  kalau diterjemahkan oleh Mak Jemah ke bahasa melayu membawa maksud "Celup dan Celup". Hamboi ! Teruk tau. Dengarnya macam sedap lebih-lebih lagi cekelat pulak. Sedang sibok order menu, fikir nak makan apa tetiba Mek fana ternampak kelibat seorang retis ni. Nak tahu siapa? Jom baca lagi.


Okay, buat u'olls yang tak pernah pegi Dip n Dip ni, restoran dia terletak di Jalan Telawi, Bangsar. Dekat dengan McDonalds, Cziplee dan House of Dolls (butik Fazura) jugak. Kalau tak silap sederet dengan Dobi apa entah. Haih ! Mek fana lupa. -.-'


Ni menu Dip n Dip. Mek fana tunjuk gambar je tau dekat u'olls sebab kalau Mek fana provide sekali dengan harga kang takut ada pulak yang cek poket. Hahaha.




Waffle Stick


Pancake Mini Tower

Dip Stick Platter


Rice Crispies Block Sticks

Fondant 


Masa disana, Mek fana nampak kelibat retis tu dengan seorang kawan lelaki. Dia pegi berdua. Cuma, Mek fana tak dapat cam siapa lelaki yang bersama retis tu, yang menemani retis tu ke Dip n Dip. Jeng, jeng, jeng ! Hikhokkk.



Sekian saja perkongsian Mek fana mengenai Restoran Dip n Dip. Buat u'olls yang belum sempat terjah ke Dip n Dip lagi, sila berbuat demikian kerana anda takkan rugi ! Buat mereka yang bukan pencinta cekelat, Mek fana cadangkan supaya pilih menu yang bersesuaian ya !


Oh, ya. Sebelum Mek fana mengundur diri, nak bagi rating la jugak untuk Dip n Dip ni. Daripada sepuloh bintang tu Mek fana sedekah lima bintang je. Antara sebabnya :


  1. Ruang restoran yang sangat kecil serta bilangan meja yang sangat sedikit.
  2. Ada perabot yang disediakan tidak sesuai dengan jenis servis. Mungkin perabot macam tu cuma sesuai untuk coffee house tempat para bisnesman melepak sambil hirup kopi yang panas.
  3. Servis staff mereka sangat lambat. Penuh memori kad kamera pon belom tentu lagi hidangan sampai.
  4. Semua staff mereka merupakan warga asing (bukan melayu) membuatkan kesukaran berkomunikasi kepada mereka yang kurang tahu berbahasa inggeris.
  5. Harga yang agak mahal.

Cukuplah komen setakat itu saja, bimbang Mek fana tak mampu bayar saman yang dikenakan oleh Dip n Dip pula nanti. Sebagai pelanggan, kita ada hak untuk bersuara dan memberikan apa-apa cadangan penambahbaikan. Semua pengusaha patut pegang pada prinsip "Customers is always right", barulah bisnes akan berjalan lancar.


Mek fana pasti akan terjah lagi ke Dip n Dip kerana hidangan yang menyelerakan dan juga cekelat merupakan cinta hati Mek fana. Life is too short to live it without chocolate ! :)


xoxo,
Mek fana aka nfcs

1 comment:

  1. brape ringgit kalo Rice Crispies Block Sticks & Dip Stick Platter? mahal sngt ker?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...