TABUNG

24 December 2013

Sidang Media Wajah-Wajah Baru Raudhah Lin Nisa' di TV9 2014

Assalamualaikumm..


Alhamdulillah, 2013 bakal melabuhkan tirainya dan 2014 bakal menjengah tak lama lagi. Ramai yang akan buka lembaran baru untuk tahun baru beserta azam baru. Semoga semuanya menjadi lebih baik daripada tahun ni. Aminnn.



Semalam (23 Disember 2013) kami para bloggers dan media telah dijemput ke Majlis Sidang Media yang diadakan oleh TV9 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal Damansara Perdana bagi memperkenalkan wajah-wajah baru yang akan menghiasi rancangan-rancangan menarik di slot Raudhah.


Pada tahun 2014, Raudhah Lin Nisa' akan mejadi satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah di TV9 yang dikhaskan untuk kaum hawa. Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan Raudhah Lin Nisa' adalah Tanyalah Ustazah, Hijab Stailista, SIS (Semangat.Intelek.Swadaya), Shoutul Quran dan Safiyya.


Bella Yunus, Siti Nordiana, Salima Habibi, Sharifah Khasif, Ameera Zaini, Heliza Helmi, Diana Amir dan Emy Ramli

Shoutul Quran, Jumaat, 11.00 pagi

Rancangan ini boleh disaksikan setiap hari Jumaat pada pukul 11 pagi bermula 3 Januari 2014. Shoutul Quran merupakan sebuah program baru untuk tahun 2014. Mengetengahkan proses pengajian Al-Quran kepada para penonton untuk mengalunkan surah-surah lazim dengan penggunaan tajwid yang betul, alunan taranum yang merdu dan diakhiri dengan Qasidah.

Bersama Sharifah Khasif, hos Shoutul Quran

Menampilkan Johan Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa 2009 dan Naib Johan Akademi Al-Quran musim ketiga iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman. Bagi menambah kelainan, kehadiran penyanyi Siti Nordiana dan Salima Habibi akan tampil sebagai pelajar bagi memperbaiki lagi bacaan Al-Quran mereka.


Tanyalah Ustazah, Jumaat, 11.30 pagi

Setiap episod Tanyalah Ustazah akan menampilkan seorang ustazah berpengalaman dan akan disiarkan secara langsung. Penonton di studia dan di rumah boleh berinteraksi dengan ustazah jemputan mengenai topik yang diberikan pada setiap episod.


SIS (Semangat.Intelek.Swadaya) , Jumaat, 7.00 petang

Program yang telah berjaya menarik golongan remaja dengan kupasan isu-isu menarik, SIS akan menampilkan dua wajah baru bagi menggantikan pengacara sebelumnya Anne Ngasri dan Shabana. Diana Amir akan kekal sebagai hos dan bakal bergandingan bersama dua pengacara baru iaitu Heliza Helmi dan Emy Ramli yang turut dicungkil bakatnya melalui pencarian hos Raudhah.

Bersama Heliza Helmi, hos baru SIS 
Bersama Diana Amir, hos SIS
Gandingan mereka pastinya akan memberi impak yang berbeza kerana masing-masing mempunyai karakter berbeza. SIS tidak hanya terhad membincangkan isu-isu yang sering dialami oleh kaum wanita, SIS juga mencakupi topik-topik yang meluas dan membabitkan isu-isu semasa.


Hijab Stailista, Jumaat, 7.30 petang

Hijab Stailista masih lagi mengekalkan si cantik manis Ameera Zaini sebagai hos. Namun, kali ini Hijab Stailista akan membawa anda pergi lebih jauh untuk meneroka kota fesyen seperti Tokyo, Melbourne, Milan dan Los Angeles. Hijab Stailista tidak hanya terhad kepada pemilihan fesyen hijab di dalam negara, malahan turut mengetengahkan hijab muslimah serata dunia.


Pelbagai trend pemakaian hijab untuk menyerlahkan lagi personaliti diri sebagai muslimah yang mementingkan penampilan kemas dan menawan boleh anda ketahui dalam Hijab Stailista !


Safiyya, Ahad, 11.00 pagi

Bagi pengikut rancangan Safiyya, jangan lupa untuk tonton setiap hari Ahad bermula 5 Januari 2014. Jika dahulunya Liyana Hisham sering menghiasi rancangan ini sebagai hos, namun kali ini Safiyya bakal menggantikan dengan wajah baru iaitu Yusma Nabila Yunus atau Bella yang dicungkil bakatnya melalui program pencarian hos Raudhah yang telah dijalankan pada 14 September 2013 lalu di Sri Pentas.



Menerusi segmen Imrah Safiyya, Nursafiyya, Azya Safiyya dan Blog Safiyya, para penonton bakal didedahkan dengan pelbagai kupasan isu menarik yang berguna untuk dijadikan panduan kepada golongan wanita.


Slot Raudhah merupakan salah satu slot yang paling ditunggu-ditunggu oleh semua wanita diluar sana. So, jangan lupa saksikan kesemua rancangan menarik dan berilmiah ini pada tahun depan okay ! :)


Event kali ni, dapat gather sama-sama dengan blogger lain jugak. Antara yang hadir Syafiqahhashimxoxo , Tengku Syukri , Putery Memory , Nurmisnan , Nannie Isa.

Bersama dengan blogger Syafiqah Hashim dan Putery Memory

Bersama pemilik blog Minda Syukri



Outfit Of The Day (OOTD)


Paisley Wide Shawl : Mieqha_mieya
Soft Pink Kurung Lace Scha : Ndn Collection
Orange Mermaid Skirt : ShilahamzahOutlet
Handbag : Charles & Keith
Polkadot Flat Shoes : Esarli
Pearl Bracelet : Chamelon, KLCC


nfcs 

6 comments:

  1. kalau join smlm mesti boleh jumpa fana lg..sbb keje lah xboleh pergi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Asyik, rindunya. Bila boleh jumpa lagi ni? Tu la, kak asyik keje kalau tak boleh jumpa lagi kan? :)

      Delete
  2. Haha. Betul tu. Santai bersama blogger lain. Memang best. Time macam ni la boleh jumpe pon. :)

    ReplyDelete
  3. Dah start follow raudhah nya program....best rugi tak follow

    ReplyDelete
  4. @kitepunye
    Hai akak ! Betul tu, semua program Raudhah sangat best.

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...