TABUNG

15 June 2015

BAWANG Anti-Dandruff Shampoo

Assalamualaikumm..


[Product Review]

Produk : BAWANG Anti-Dandruff Shampoo
[click here]
Harga : RM 26.90



Pernah tak korang terfikir kenapa rambut korang gugur? Bukan sehelai dua, tapi segenggam. Masalah ni fana dah alami lama sangat. Dulu fana rasa ianya sesuatu yang normal sebab kawan-kawan fana ada cakap kalau kita stress belajar memang rambut akan gugur banyak sangat. Setiap kali rambut panjang, mesti nak potong cepat sebab tak tahan tengok rambut banyak sangat gugur.


Baru-baru ni fana ada terbaca mengenai kelemumur punca rambut gugur. Bagi fana sendiri, fana memang mengalami masalah kelemumur. Dah macam salji. Bukan tu je, gatal sangat. Lebih-lebih lagi bila selepas bukak tudung. Korang pun alami perkara yang sama?



Disebabkan fana alami masalah kelemumur yang sangat teruk, macam-macam jenis syampu yang ada dipasaran fana dah cuba. Tapi hasilnya sama je. Sikit pun tak surut. Apa salahnya kita cuba lain dari yang lain. Nama pun unik, BAWANG. Mula-mula diperkenalkan dengan syampu jenama BAWANG ni, fana ingatkan syampu ni diperbuat daripada bawang tapi fana salah. 


Produk ini menggabungkan kebijaksanaan China Purba dengan farmakologi moden dan bioteknologi membawa hasil penjagaan rambut yang optimum kepada pengguna. Ia diperkayakan dengan pelbagai Ekstrak Herba Cina, termasuk Locust, Peppermint, Arborvitae Twig dan Leaf (carbonized).


BAWANG Anti-Kelemumur mampu membersihkan dan melindungi rambut anda, menjaga ia dari akar ke hujung. Penggunaan yang kerap membuatkan syampu ini bertindak secara mendalam dan di permukaan kulit kepala untuk membantu mengurangkan sebum tambahan dan mencegah kelemumur, berkesan melegakan gatal. Ini menyebabkan rambut lebih sihat dan kelemumur bebas dengan kulit kepala yang sejuk.

Masalah yang fana alami :

  • Kelemumur yang sangat dahsyat
  • Kulit kepala berbau disebabkan kelemumur
  • Kulit kepala selalu gatal
  • Kelemumur berkeping-keping (macam luka kering)
  • Kadang-kadang disebabkan gatal, fana garu sampai berdarah
  • Anggaran rambut gugur dalam sehari lebih kurang segenggam
  • Rambut terasa berminyak
  • Tak selesa semasa bertudung

Selepas menggunakan BAWANG Anti-Dandruff Shampoo :
  • Kulit kepala terasa kurang gatal (tak macam selalu)
  • Kelemumur. Tak terasa berkurang sebab baru guna seminggu
  • Rambut kurang gugur
  • Yang paling best, rambut tak berminyak dah tapi lembut je
  • Wangiiiii


Fana tak terasa keberkesanan yang terlalu ekstrem sepanjang 7 hari penggunaan, mungkin fana akan tengok dalam sebulan. Nanti fana akan update dekat sini kesan selepas sebulan. Yela, dalam tempoh seminggu tu terlalu cepat untuk bahan-bahan organik tersebut bertindak balas kan, tak sabar nak tunggu selepas sebulan.

Untuk korang yang alami masalah yang sama macam fana, boleh la try syampu BAWANG yang wangi ni. Serius, bau dia sangat wangi dan tahan lama sangat. Rambut rasa fresh je. Tak sangka syampu organik ni mampu buatkan fana jatuh cinta. Ingatkan syampu-syampu organik ni sesuai untuk orang tua-tua je. Hehehe. Orang muda pun boleh pakai okay dan ternyata memang sangat memuaskan.


Kat mana nak beli? 



Sila layari www.hishop.my
Instagram | @hishopmy
Twitter | @hishopmy
Google+ | +HiShop Malaysia 




xoxo,
fana


1 comment:

  1. Ramai cakap bau dia busuk kenapa wangi? Macam mana sebulan selepas menggunakannya? Berkesan tak?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...