TABUNG

24 December 2013

Sidang Media Wajah-Wajah Baru Raudhah Lin Nisa' di TV9 2014

Assalamualaikumm..


Alhamdulillah, 2013 bakal melabuhkan tirainya dan 2014 bakal menjengah tak lama lagi. Ramai yang akan buka lembaran baru untuk tahun baru beserta azam baru. Semoga semuanya menjadi lebih baik daripada tahun ni. Aminnn.



Semalam (23 Disember 2013) kami para bloggers dan media telah dijemput ke Majlis Sidang Media yang diadakan oleh TV9 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal Damansara Perdana bagi memperkenalkan wajah-wajah baru yang akan menghiasi rancangan-rancangan menarik di slot Raudhah.


Pada tahun 2014, Raudhah Lin Nisa' akan mejadi satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah di TV9 yang dikhaskan untuk kaum hawa. Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan Raudhah Lin Nisa' adalah Tanyalah Ustazah, Hijab Stailista, SIS (Semangat.Intelek.Swadaya), Shoutul Quran dan Safiyya.


Bella Yunus, Siti Nordiana, Salima Habibi, Sharifah Khasif, Ameera Zaini, Heliza Helmi, Diana Amir dan Emy Ramli

Shoutul Quran, Jumaat, 11.00 pagi

Rancangan ini boleh disaksikan setiap hari Jumaat pada pukul 11 pagi bermula 3 Januari 2014. Shoutul Quran merupakan sebuah program baru untuk tahun 2014. Mengetengahkan proses pengajian Al-Quran kepada para penonton untuk mengalunkan surah-surah lazim dengan penggunaan tajwid yang betul, alunan taranum yang merdu dan diakhiri dengan Qasidah.

Bersama Sharifah Khasif, hos Shoutul Quran

Menampilkan Johan Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa 2009 dan Naib Johan Akademi Al-Quran musim ketiga iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman. Bagi menambah kelainan, kehadiran penyanyi Siti Nordiana dan Salima Habibi akan tampil sebagai pelajar bagi memperbaiki lagi bacaan Al-Quran mereka.


Tanyalah Ustazah, Jumaat, 11.30 pagi

Setiap episod Tanyalah Ustazah akan menampilkan seorang ustazah berpengalaman dan akan disiarkan secara langsung. Penonton di studia dan di rumah boleh berinteraksi dengan ustazah jemputan mengenai topik yang diberikan pada setiap episod.


SIS (Semangat.Intelek.Swadaya) , Jumaat, 7.00 petang

Program yang telah berjaya menarik golongan remaja dengan kupasan isu-isu menarik, SIS akan menampilkan dua wajah baru bagi menggantikan pengacara sebelumnya Anne Ngasri dan Shabana. Diana Amir akan kekal sebagai hos dan bakal bergandingan bersama dua pengacara baru iaitu Heliza Helmi dan Emy Ramli yang turut dicungkil bakatnya melalui pencarian hos Raudhah.

Bersama Heliza Helmi, hos baru SIS 
Bersama Diana Amir, hos SIS
Gandingan mereka pastinya akan memberi impak yang berbeza kerana masing-masing mempunyai karakter berbeza. SIS tidak hanya terhad membincangkan isu-isu yang sering dialami oleh kaum wanita, SIS juga mencakupi topik-topik yang meluas dan membabitkan isu-isu semasa.


Hijab Stailista, Jumaat, 7.30 petang

Hijab Stailista masih lagi mengekalkan si cantik manis Ameera Zaini sebagai hos. Namun, kali ini Hijab Stailista akan membawa anda pergi lebih jauh untuk meneroka kota fesyen seperti Tokyo, Melbourne, Milan dan Los Angeles. Hijab Stailista tidak hanya terhad kepada pemilihan fesyen hijab di dalam negara, malahan turut mengetengahkan hijab muslimah serata dunia.


Pelbagai trend pemakaian hijab untuk menyerlahkan lagi personaliti diri sebagai muslimah yang mementingkan penampilan kemas dan menawan boleh anda ketahui dalam Hijab Stailista !


Safiyya, Ahad, 11.00 pagi

Bagi pengikut rancangan Safiyya, jangan lupa untuk tonton setiap hari Ahad bermula 5 Januari 2014. Jika dahulunya Liyana Hisham sering menghiasi rancangan ini sebagai hos, namun kali ini Safiyya bakal menggantikan dengan wajah baru iaitu Yusma Nabila Yunus atau Bella yang dicungkil bakatnya melalui program pencarian hos Raudhah yang telah dijalankan pada 14 September 2013 lalu di Sri Pentas.



Menerusi segmen Imrah Safiyya, Nursafiyya, Azya Safiyya dan Blog Safiyya, para penonton bakal didedahkan dengan pelbagai kupasan isu menarik yang berguna untuk dijadikan panduan kepada golongan wanita.


Slot Raudhah merupakan salah satu slot yang paling ditunggu-ditunggu oleh semua wanita diluar sana. So, jangan lupa saksikan kesemua rancangan menarik dan berilmiah ini pada tahun depan okay ! :)


Event kali ni, dapat gather sama-sama dengan blogger lain jugak. Antara yang hadir Syafiqahhashimxoxo , Tengku Syukri , Putery Memory , Nurmisnan , Nannie Isa.

Bersama dengan blogger Syafiqah Hashim dan Putery Memory

Bersama pemilik blog Minda Syukri



Outfit Of The Day (OOTD)


Paisley Wide Shawl : Mieqha_mieya
Soft Pink Kurung Lace Scha : Ndn Collection
Orange Mermaid Skirt : ShilahamzahOutlet
Handbag : Charles & Keith
Polkadot Flat Shoes : Esarli
Pearl Bracelet : Chamelon, KLCC


nfcs 

08 December 2013

Produk Harum Malam Mewangikan Tubuh Sepanjang Masa

Assalamualaikumm..


Alhamdulillah. Hari ni nak share sikit pasal satu produk yang boleh buat badan korang wangi. Well, kita ni kan perempuan yang aktif dan selalu sangat berpeluh. Bila dah berpeluh tu mula la rasa tak konfiden je sebab risau badan berbau. Lagi-lagi bila masuk dalam lif kan? Rasa macam orang belakang tutup hidung je. 


Kalau korang sendiri alami situasi macam ni, korang boleh la cuba produk yang sangat ohsem khas untuk wanita. Haaa, gitewww ! Biasalah, siapa yang tak nak wangi kan? Jom la mula daripada dalaman. Bila dalam wangi, luar pun pasti akan wangi. Barulah buah hati, suami tergoda. Hihihi


Apa nama produknya? Okay, ni la produk yang sedang hangat diperkatakan tu, HARUM MALAM. Produk ni merupakan suplemen dalaman bagi wanita untuk menjaga dalaman dan mewangikan tubuh badan. 



Harum Malam merupakan supplemen dalaman untuk mewangikan tubuh sepanjang masa. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh.

Terlalu banyak ramuan yang terdapat dalam produk Harum Malam yang memberikan impak luar biasa kepada pengguna produk ini terutamanya wanita yang sudah berkahwin. 

Mungkin ramai yang tidak tahu, pemakanan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bau badan yang kurang enak. Antara makanan yang menyebabkan bau badan ialah :


REMPAH RATUS
Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.


DAGING MERAH
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.


PRODUK SUSU
Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.


KOLIN
Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.


MAKANAN BERGORENG
Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya.

KAFEIN
Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.


TEMBAKAU
Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat.


Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan, banyakkan minum air putih, makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. Sebaiknya kurangkan pengambilan jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau khususnya ketika berada di tempat awam. Dan cubalah juga jus Harum Malam, badan pasti akan berbau harum sepanjang hari.


Mungkin ramai yang masih ragu-ragu dengan keajaiban suplemen Harum Malam ni. Atau mungkin ramai yang malu untuk membeli produk ini diluar sana. Jangan risau, korang yang alami masalah ni boleh order terus melalui facebook Masalah Wanita


Antara khasiat dan kelebihan produk Harum Malam :

1. Membantu menyegar & menyihatkan badan.
2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
4. Melegakan panas badan.
5. Menegangkan payudara.
6. Memulihkan rasa rapat.
7. Mengencang otot kewanitaan.
8. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
9. Menambah keharmonian suami isteri.
10. Menyihatkan rahim.
11. Mencantikkan payudara agar sihat & montok.


Cara-cara untuk mengamalkan produk Harum Malam :

Amalkan 2 kali sehari 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur, badan pasti berbau enak dan yang paling bagus side effect bagi produk ini adalah ia dapat merapatkan organ intim wanita (bagi yang sudah berkahwin).



Selain tubuh badan, sebagai wanita kita perlu untuk menjaga bahagian intim juga. Disini, disertakan tips-tips penjagaan bahagian intim korang tu. Jangan risau. Setiap masalah, ada penyelesaiannya. Produk Harum Malam pun boleh membantu. 


TIPS PENJAGAAN VAGINA SUPAYA SIHAT SEMULAJADI

Berikut merupakan beberapa tips penjagaan organ intim wanita. 

Teliti dalam memilih sabun pembersih, pilihlah produk yang mengandungi susu kerana boleh memelihara kestabilan pH dan kebersihan sekitar vagina. Elakkan menggunakan pembersih antiseptik dengan kerap kerana ia bersifat keras dan dalam jangka masa panjang ia tidak baik untuk kesihatan vagina.

Selepas mandi, pastikan korang sentiasa mengeringkan bahagian vagina dan hindari penggunaan bedak walaupun tujuannya untuk memberikan bau harum dan kering. Partikel halus dalam bedak boleh menyebabkan bakteria dan kulat membiak.

Cuba gunakan pakaian yang mudah menyerap untuk menjaga peredaran udara di sekitar organ intim. Elakkan penggunaan kain atau seluar dari kain jenis jean.

Jika korang sering berada diluar, pastikan korang membawa pantyliner dan pakaian dalam lebih supaya memudahkan korang menukarnya. Jangan terlalu lama menggunakan pantyliner. Sekiranya korang sedang haid, pastikan korang menggantikan tuala wanita dengan kerap supaya kekal bersih dan segar.

Tips-tips tersebut kelihatan mudah dan ringkas tetapi kesannya terhadap kesihatan sangat baik jika korang melakukannya dengan konsisten.



Ini merupakan testimoni daripada pengguna produk Harum Malam.


Salah satu khasiat Harum Malam ialah merapatkan keintiman wanita. Memang sangat berkesan dan ramai yang mengaku bahawa suami semakin sayang. Amboi ! Tunggu apa lagi? Jom la pikat hati suami. :)

Ini merupakan kebaikan penggunaan produk Harum Malam.
  • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual 
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering 
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina 
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing 
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon 
  • Mengurangkan tekanan dan tension 
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan 



HARGA ???
RM40 (Semenanjung)
RM45 (Sabah & Sarawak)
*Termasuk postage*

Beli 3 RM100 (Semenanjung)
Beli 3 RM110 (Sabah & Sarawak)
*termasuk postage*


BELI KAT MANA ???
(KLIK LINK)


Berita baik buat mereka yang sukakan peraduan dan suka menang hadiah. Yeaaayyyy! 


Cara nak sertai peraduan ni senang je. Korang kena beli produk Harum Malam yang murah lagi berkhasiat ni lepastu tangkap gambar korang dengan produk tu dengan cara yang paling kreatif meletop kebabom and then post je dekat wall facebook korang. Lepastu copy je link post korang tu dan emailkan kepada legacymarketing@gmail.com. Yang paling penting, wall post korang haruslah disetkan kepada PUBLIC. Senang kan?? Boleh menang tigaratusringgit tu woi ! Hahaha


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk, boleh LIKE facebook MASALAH WANITA dan PM je, pertanyaan korang pasti akan dilayan dengan masa yang pantas. 


Selamat mencuba !

05 December 2013

Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikumm...




Perak.

Siapa sangka, seumur hidup aku memang tak pernah jejakkan kaki di Perak Darul Ridzuan. Keluarga aku memang bukan jenis yang suka melancong. Kitorang akan berjalan paling jauh pun setiap kali pulang ke kampung.

Namun, bukan itu yang menjadi story line dekat sini. Apa yang aku nak kongsikan ialah, bilamana korang tak pernah jejakkan kaki di sesebuah negeri, tiba-tiba korang dihantar ke sana. Perasaan tu, pelik !

Kampung aku di Kedah. Maka, aku tahu bagaimana bentuk muka bumi di sana. Dan sejak aku lahir, aku memang sudah menetap di Kuala Lumpur. Aku juga tahu bagaimana bentuk muka buminya, demografinya dan juga cara hidupnya.



Jodoh. Ya, itu yang aku rasa. Aku mendapat tawaran menyambung peajaran di Perak. Negeri yang aku cuma lalu sahaja setiap kali melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk pulang ke kampung.

Ternyata memang sangat pelik. Bila masuk je Tol Gopeng, aku dapat rasakan kelainan Perak ni. Satu, aku rasakan yang Perak ni tak berapa maju negerinya. Bangunan, kedai makan, pusat membeli-belah semuanya nampak kaku, lesu.

Dua, kenderaan awam di Perak memang sangat tenat. Jika di Kuala Lumpur, aku sudah terbiasa menggunakan kenderaan awam untuk bergerak ke mana-mana kerana telah diberikan perkhidmatan sebegitu sejak dulu lagi.

Namun, bila di Perak yang aku lihat cuma bas berjenama General dan Roadways yang sangat buruk, tua dan tak ada pendingin hawa ! Bukan nak kecoh pasal pendingin hawa bas, tapi, dah sah-sah bila naik bas tu kena bukak tingkap. Kalau hujan?

Tiga, jalan raya di Perak tak macam di Kuala Lumpur. Bagi aku, jalan sesak berjam-jam yang hanya dapat dilihat diatas jalan raya ialah lampu brek kereta yang semuanya merah belaka. Perak, langsung tak ada kesesakan lalu lintas okay. Kadang-kadang tu mungkin la dekat Ipoh kalau iye pun. Itu yang positifnya.



Empat, nak cari kedai makan punyalah susah. Engkau bayangkan kedai makan yang kadang-kadang bukak kadang-kadang tak. Penat menapak berjalan kaki setengah jam, sampai-sampai kedai tak bukak. Sedih weyyy ! Malay business is always like dat. Bak kata orang dulu-dulu, “hidup segan mati tak mahu”.

Lima, Perak bagi aku syurga makanan yang murah-murah ! Ya Allah, mana nak dapat pisang goreng tujuh biji seringgit dekat Kuala Lumpur? Tapi, dekat Perak engkau akan dapat. Bukan tu je, siap ada gerai jual nasi bajet lagi ! Sebungkus dua ringgit siap kuah, lauk ayam dan sayur. Nak nangis weyyy !

Enam, ini paling best. Kalau korang nak tahu, salah satu sebab aku tak menyesal datang Perak sebab Perak ni terkenal dengan musim buah-buahan. MasyaAllah, bila tiba musim durian, sepanjang jalan ke Lumut tu memang ada je payung dan meja. Atas meja ada durian kottt ! Pergh, ini hantu durian mari. Tolong lah. Dah la durian elok-elok, lepastu murah pulak tu. Aaaaaaa, nangis lagi. T.T

Bagi aku kerajaan negeri Perak patut pelihara dan pulihara segala fasiliti di Perak ni. Bukan apa, banyak sangat yang kurang. Kalau nak dibandingkan dengan negeri Kedah aku rasa Kedah jauh lebih maju. Dari segi kenderaan awam, pusat membeli-belah, jalan raya, dan jugak tempat-tempat menarik. Terlalu banyak yang masih kurang di Perak ni. Sebenarnya Perak ni sangat luas, banyak tanah, dan aku rasa patut ada sedikit kemajuan. Tambah lagi tempat-tempat rekreasi untuk tarik pelancong. Tambah bilangan hotel dan jugak homestay atau resort.

Antara tempat-tempat menarik di Perak yang aku pernah jejakkan kaki sepanjang belajar disini ialah Kellie’s Castle, Lumut Waterfront, Teluk Batik, Gerbang Malam, Bukit Merah, Batu Kurau (lubuk durian) dan Zoo Taiping. Satu je lagi tempat yang aku teringin nak pegi dekat Perak ni, Teluk Intan. Nak pegi tangkap gambar dengan ‘Eiffel Tower’ condong.




Pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun aku disini. Dan, tak lama lagi dah nak habis belajar pun. Cepat sungguh masa berjalan. Terlalu banyak kenangan disini. Pahit, manis dan juga kenangan yang menjadi parut dalam hati hingga sekarang.



Perak dah makin naik. Banyak perubahan dah. Lebih jelas perubahan yang berlaku sekitar Seri Iskandar. Dah ada Mc’Donalds, KFC 24 jam, dah ada gymnasium Badang yang dimiliki oleh blogger terkenal Hanis Zalikha, dah ada Burgerbyte (kedai burger bakar Zizan razak bersama business partner) dan juga dah ada Nilai 2. Banyak kedai dah pun dibukak dekat sini.

Kawasan perumahan di perak pula makin pesat membangun macam “cendawan tumbuh selepas hujan”. Terutamanya di Puncak Iskandar, kawasan residen yang dibangunkan oleh MRCB Land. Rumah banglo yang dijual dengan harga yang sangat murah. Tak sampai pun setengah juta. Dah la kawasan tenang, hutan, sejuk dan tak ada kesesakan jalan raya.

Sepuluh tahun akan datang, kalau aku jejakkan kaki di Perak lagi mungkin akan nampak lebih banyak perubahan. Silap-silap dah ada MRT (Mass Rapid Transit) kat sini. Siapa tahu? Sumpah, aku akan rindukan Perak. Bukan apa, dekat sini aku belajar banyak benda. Persahabatan, kejiranan, menguruskan duit dan belajar memasak ! Ya, dulu aku memang tak pernah memasak. Sejak aku menyewa rumah di Perak, aku dah mula memasak dan sekarang aku dah boleh memasak lauk dan nasi secara manual (tak menggunakan rice cooker)



Perak, aku akan kembali lagi. Aku akan mengingati jasamu. Terima kasih daun keladi, memori disini akan kukenang sampai mati.

p/s : 30 Disember 2013 bermulalah peperiksaan akhir bagi semester 5 dan akan tamat pada 18 Januari 2013. Doakan aku jawab dengan jayanya. Terima kasih si kacak dan si cantik ! ^^



nfcs 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...