TABUNG

14 April 2014

FASHION TALK @ KAKI SENI SStwo MALL

Assalamualaikummm..


Sabtu lepas, fana 'dipaksa' oleh kak dayah (Dayah Bakar) untuk join satu event yang dianjurkan oleh Electric Box Event. Dah lama dah fana nak join sebenarnya tapi fana tak berkesempatan sebab Electric Box Event pernah dua kali anjurkan event I LOVE ME Workshop. So, kali ni memandangkan kak dayah dah tag dekat instagram beliau, lalu fana dengan besar hati join this event.


Fashion Talk anjuran Electric Box Event ni diadakan di Kaki Seni, Free Space yang terletak dalam pusat membeli belah SStwo Mall. Macam tak percaya jugak bila masuk dalam shopping mall tu tetiba ada satu ruang yang selalu band indie buat performance. Boleh dikatakan strategik jugak la tempat tu. Sangat best. Kalau cakap tak pakai pembesar suara pun masih boleh dengar suara host. Suka dengan suasana dia.


Untuk event Fashion Talk ni, Electric Box Event menggunakan khidmat pengacara 3R yang sangat havoc, best dan suka bercakap ni, tak lain tak bukan Dayah Bakar lewwww! Macam biasa kalau Dayah Bakar yang diberikan tugas mengacara memang tak pernah sunyi la sesuatu event tu kan? Haaa, Dayah Bakar ada hadiah untuk semuaaa. Kalau nak tahu apa, kena baca sampai habis okay?

Dayah Bakar, pengacara 3R


Mesti ramai yang tahu Dayah Bakar ada buat bisnes pakaian yang cantik belaka. Baru-baru ni sempat tengok kat Femes Bazaar. Memang cecantek pakaian yang direka khas oleh Dayah Bakar untuk pelanggan beliau. Lagipun, kalau nak tahu pakaian tu best ke tak best, kita tengok bila tuan dia pakai banyak kali. Hahaha. Maknanya best la tu.




Yang lagi buatkan hati kuat nak pergi Fashion Talk ni sangat-sangat sebab ada blogger yang merupakan salah seorang idola fana dalam berfesyen iaitu pemilik blog www.rnadia.com, Raja Nadia Sabrina. Beliau merupakan salah seorang blogger dan fashionista yang sangat berikan fana inspirasi untuk berfesyen. Boleh dikatakan, apa yang beliau pakai tak pernah tak cantik. :)

Raja Nadia Sabrina, fashion blogger

Sepanjang Fashion Talk, fana rasa yang paling banyak share info dan tips hari tu beliau la. Banyak betul cakap. Tapi, semuanya bernas dan berinspirasi. Suka sangat fana dengar. Tak bosan langsung. Bila beliau cakap, fana macam "A'ah la, betul jugak kan?". Faham tak perasaan tu macam mana? Ah, kalau korang tak faham takpe lah. Hahaha


Beliau merupakan seorang peguam. Peguam yang bergaya gitteewww! Fana merupakan salah seorang pembaca tegar blog beliau dan jugak rajin godek-godek gambar-gambar beliau dekat Instagram. Oh ya, skirt kembang tu merupakan salah satu produk yang dijual di ARNADIA iaitu online shop yang diusahakan oleh beliau.


Selain daripada tu, Raja Nadia Sabrina merupakan ikon fesyen yang kita nampak ada trademark dia tersendiri. Contohnya gaya tudung yang beliau pakai. Sentiasa sama. So, macam mana pulak dengan kita? Apa trademark fesyen yang ada pada kita pulak? Kena cari identiti sendiri ni. Hehehe


Untuk korang yang nak tahu macam mana Raja Nadia Sabrina pakai tudung, jom tengok tutorial yang beliau tunjuk ni.



Ikon seterusnya yang terlibat untuk berkongsi mengenai fesyen ialah pelakon Dunia Lola (HIJABISTATV) dan model yang bersuara lemah lembut, Mira Filzah ! Selama ni fana tengok Mira dekat Instagram je. Kenal Mira Filzah pun kalau tak silap melalui Instagram. Banyak juga yang Mira kongsikan terutamanya mengenai bagaimana Mira memulakan kariernya sebagai model.

Kata Mira, beliau bermula dengan menghantar penyertaan bagi ruangan make over untuk majalah RAPI. Bermula dari situ la, ramai editor majalah mula panggil beliau bagi sesi photoshoot pakaian serta lain-lain sehingga la beliau berjaya mencipta nama dalam bidang peragaan.

Mira Filzah, pelakon dan model

Mira Filzah pun ada tunjukkan tutorial bawal shawl untuk korang semua yang tak dapat datang, fana ada record untuk korang. Jom tengok ! :)


Terima kasih Mira sebab sudi berkongsi mengenai fesyen. Banyak juga yang betulnya. Macam Mira, beliau jenis yang suka beli pakaian di tempat-tempat yang tidak berjenama. Kata Mira, "Satu barang tu Mira akan pakai sampai hancur, Mira tak banyak koleksi. Kalau kasut, Mira ada kasut tu, sampai rosak kasut tu Mira pakai pastu baru beli baru". Buktinya, kasut Mira pakai hari tu tercabut. Kesian Mira. Hehehe.


Fana suka sangat Fashion Talk ni sebab peserta yang tak terlalu ramai dan suasananya yang santai buatkan kita rasa macam sembang-sembang dalam group kecil. Memang best sebabnya kita dah macam kawan je. Macam sembang-sembang je. Tapi isinya sangat berguna. :)


Haaa, fana dapat goodies jugak! Wah, jom fana kongsikan apa yang ada dalam goodies. Ini yang paling suka sangat ni. pastu dapat-dapat je goodies fana terus makan muffin yang sedap tu. Ops! Tak sempat nak tunjuk kat korang. Tapi yang pasti muffin tu sedap gilosss!

.
.
.
.

Pin Comel dari @natasshamalek

.
.
.



Pin Rose dari @littleredaisy

.
.
.


Tudung Bawal dari @hanatajuddin
.
.
.


Mask Shiseido dari @sheshawl
.
.
.


Rainbow Cookies dari @wondersugardessert
.
.
.


Kek Batik dari @ezrayummies
.
.
.


Tudung Bawal dari @hijabiqueens

Sponsor lain :
@AzfaBoutique, 
@MuffinMonster, 
@jeksbake, 
@lovedessertlicious


Terima kasih Electric Box Event untuk event yang santai dan boleh dikatakan friendly ni. Fana suka ! InshaAllah, next event fana boleh la join lagi kalau tak ada apa-apa. Memang seronok. Korang kalau nak join event yang dianjurkan oleh Electric Box Event boleh la pegi Instagram diorang, @electricboxevent@electricboxevent@electricboxevent ! Untuk online shop yang nak sponsor barang-barang korang pun boleh whatsapp organizer. Nak whatsapp macam mana? Pegi Instagram diorang okay?


Okay, seperti yang dijanjikan. Taraaaaaa! Jom tengok persembahan nyanyian oleh Dayah Bakar. Tak sangka Dayah Bakar ada suara semantap itu. So, terimalah I Can't Make You Love Me nyanyian Adele dan dinyanyikan semula dengan penuh perasaan oleh Dayah Bakar !! :)



xoxo,
nfcs

03 April 2014

MALAYSIA CLOTHES BUFFET 2014 @ SYOPZ MALL

Assalamualaikummm.



Pada 25 April sehingga 27 April 2014, bakal berlangsung satu acara membeli-belah yang bakal menghancurkan bangunan dek diserbu oleh pengunjung yang akan merebutkan lebih 50,000 helai pakaian dengan hanya RM60 sahaja ! Ianya merupakan jualan pakaian yang terbesar di Malaysia !! Mempersembahkan Malaysia Clothes Buffet. Taraaaaa! 



Apa itu Malaysia Clothes Buffet?


Malaysia Clothes Buffet merupakan satu-satunya event yang membuatkan korang rasa teruja untuk membeli-belah kerana korang akan diberikan satu beg untuk dimuatkan beberapa helai pakaian (rekod sebelum ini 16 helai) dengan satu harga sahaja ! Boleh dikatakan macam cabaran jugak la. Eksaited kan?


Seronoknya nak membeli-belah. Rasanya macam dah lama tak manjakan diri dengan shopping pakaian. Jom la ramai-ramai datang shopping kat Malaysia Clothes Buffet. Ada ke yang suka shopping macam fana? Selalunya kita shopping dekat mall kan? Kali ni fana nak ajak korang shopping dekat Taylor's University Lakeside Campus pulak!


Macam mana cara untuk shopping di Malaysia Clothes Buffet ni?


Step 1 :
Korang kena pegi ke aplikasi yang disediakan di facebook Malaysia Clothes Buffet ni. Klik link ni ye : https://www.facebook.com/malaysiaclothesbuffet/app_434287979923319


i) Lepastu, korang kena klik dekat button orange belah atas kanan yang ada simbol "+" tu, nanti dia akan muncul kat kotak sebelah kanan.



ii) Pastu klik dekat "checkout" button ni.





iii) Kemudian, korang dikehendaki mengisi borang ni dengan details korang.




iv) Last sekali korang cuma perlu pilih cara pembayaran.


Pembayaran boleh dilakukan melalui Paypal/ Kad Kredit atau ATM Deposit. Nanti selepas mendaftar, korang akan diberikan nombor akaun. Lepas mendaftar, pastikan korang cek email korang. Nanti kat email tu dia akan bagi link untuk attach gambar resit pembayaran sebagai bukti.


Step 2 : 
Masa kat sana nanti, korang akan diberikan masa sebanyak 15 minit bersama sebuah zip lock bag untuk habiskan RM60 dengan pantas dan cekap sebab korang kena berebut dengan ramai lagi peserta yang lain nanti. Wow! Mencabar kan?



Step 3 :
Penuhkan zip lock bag korang dengan seberapa banyak baju yang berjaya korang grab hari tu. Kena pandai la lipat ke apa ke untuk bagi muat-muat beg tu. Make sure zip lock bag boleh dizip bagi mengesahkan pembelian korang.


Step 4 :
Dan tadaaaaa! Apa yang ada dalam zip lock bag korang tu la yang menjadi milik korangggg.


Apa yang lebih menarik, Malaysia Clothes Buffet akan mengadakan Blowout Sales pada setiap pukul 4 hingga 6 petang dengan harga setiap pakaian akan jatuh pada harga RM10 sehelai ! Daebakkkk! Kalau macam tu enam puluh helai baju korang boleh rembat kat sana. ^^


Apa tunggu lagi?? Jom la ramai-ramai daftarkan diri korang sebelum semua slot habis dijual. Ajak la ramai-ramai kawan yang lain untuk shopping sebanyak RM60 ni. Dengan RM60 korang boleh dapat lebih daripada 16 helai pakaian. Rekod sebelum ni 16 helai, apa kata tahun ni korang pecahkan rekod tu dengan gaya melipat baju korang untuk muatkan lebih dari 16 helai pakaian dalam Zip Lock Bag tu.



Cepat daftarkan diri korang di aplikasi ni okay?



Maklumat lanjut boleh layari :


Lokasi :





xoxo,
nfcs

01 April 2014

MACAM MANA NAK MASUK MAJALAH HIJABISTA ?

Assalamualaikummm..



(Majalah Hijabista, April 2014)

Milik siapakah gadis ini? Cewahhhh! Gitewww kan? Rasa macam bukan diri sendiri je yang ada dalam gambar tu. Hahaha. Nak gelak. Tapi, bila tengok balik rasa bangga jugak sebab muka masuk majalah. Hijabista lagi ! Ops, fanasukaover. Okay2, gambar di atas merupakan gaya atau tutorial tudung yang fana buat untuk majalah Hijabista keluaran April 2014. Kalau siapa yang beli tu, boleh tengok di ruangan DIY ekstra. Fana ada disitu. Hihihi. *maluuuu



Ramai yang bertanya, macam mana fana boleh dapat masuk majalah ni? Okay, biar fana cerita ye. Kalau korang follow instagram fana mungkin tahu aktiviti-aktiviti fana sebab fana merupakan instagrammer yang agak aktif jugak la. Suka syok sendiri upload gambar sana sini. Tapi kat sana selalunya fana upload gambar pegi event and pasal internship je la memandangkan fana busy intern sekarang ni.


Sebenarnya, fana merupakan peminat setia majalah Hijabista. Sejak dari edisi pengenalan lagi fana dah beli sampai la sekarang. Ramai yang cakap majalah Hijabista ni mahal. Untuk buatkan pembelian fana berbaloi, fana akan usaha dan cari cara macam mana fana nak beli Hijabista sebab ada gambar fana dalam tu. Sejak dari tu, fana cuba hantar email dan gaya OOTD (outfit of the day) fana ke editor majalah Hijabista dan bila gambar fana keluar dalam Hijabista, fana akan dapatkan secepat mungkin di kedai-kedai buku.



Bermula dengan gambar OOTD, fana mula ikuti perkembangan majalah Hijabista di Twitter, Facebook dan Instagram. Kadang-kadang fana akan buka website Hijabista itu sendiri. Bila kita dah terlalu obses dengan sesuatu, kita akan sentiasa ikuti apa saja aktiviti yang terkini. Fana jenis yang terlalu obses dan akan dapatkan apa yang fana nak.


Satu hari tu, Hijabista ada buat contest di Twitter dengan tajuk "Why Hijabistamag is Number 1?" Fana yang ternampak contest tu saja la try buat slogan paling kreatif penuh seni konon-konon kan? Lagipun apa yang fana tahu pasal Hijabista, itulah yang fana jawab. Kemudian, managing editor Hijabista memberitahu bahawa fana merupakan pemenang contest tu bersama sembilan belas orang hijabi yang lain. Alhamdulillah. Atas kemenangan tu, 20 orang hijabi termasuk fana telah dijemput hadir ke private event yang dianjurkn oleh Hijabista dan Saffron by TJ Fine Art. Ini entri event tu : Al-Hambra High Tea High Fashion With Saffron by TJ Fine Art



Kemudian, Hijabista mengadakan pencarian gadis flashmob untuk Bazaar pertama mereka iaitu Hijabi Bazaar yang diadakan di Life Centre, Kuala Lumpur baru-baru ni. Fana merupakan salah seorang daripada Hijabi Flashmob dan pengalaman tu merupakan paling manis untuk dikenang. Ini entri event tu : Hijabi Bazaar oleh Hijabista dan Bank Islam


Bermula dari Hijabi Bazaar, fana dipanggil melalui telefon oleh event coordinator Hijabista sekali lagi untuk jadi gadis flashmob untuk booth Hijabista di Karnival Karangkraf. Fana rasa minat fana terhadap Hijabista semakin mendalam. Tapi, tak tahu la kalau ada yang tak suka fana sebab asik join Hijabista je. Ampunnn. Takpe, next time fana tak join dah. Bagi peluang orang lain pulak la. Sorrryyyy. T.T


Dan, selepas tamat semua event fana dipanggil oleh Kak Hana, fashion stylist Hijabista menerusi whatsapp untuk jadi salah seorang model bagi slot DIY Tutorial. Alhamdulillah. Fana sangat hargai peluang yang diberikan walaupun bukan sebagai model utama tetapi fana sangat bersyukur. Fana memang sangat hargai peluang ni. Terima kasih Hijabista (kak suzi, kak hana, kak mira, kak alin, kak atin dan semua). Nak nangis je rasa. Alhamdulillah.




Disebalik tabir 





Terima kasih semua yang terlibat. Terutamanya Kak Hana yang banyak bantu fana untuk perbaiki cara ikatan tudung ni semua. Kak Ann yang dah mekap fana cantik sangat. Ya Allah. Terharuuuuuuu. Sumpah, fana akan rindukan semua ni. *nangis belakang pintu 

Selfie bersama Kak Hana, Hijabista Fashion Stylist
Orang yang bertanggungjawab mekap fana, Kak Ann



Tips sebelum pegi photoshoot :

Fana akan pakai mask dulu malam tu untuk elakkan kulit kering. Esok pagi tu memang susah jugak nak pakai contact lens pagi-pagi, pakai la kat sana sebab korang tunggu turn untuk mekap tu memang sangat lama. Sempat sarapan dulu la. Sebab ramai lagi model yang nak dimekapkan. Lama sangat nak tunggu.

Bersama Mira Cikcit

Bersama Shiqin Sunshine

Tamat la kisah fana dan Hijabista. So, fana harap tak ada lagi yang akan tanya macam-macam soalan pelik tu. Hehehe. Tapi, fana sangat open untuk memberikan jawapan kepada korang yang nak tahu apa-apa mengenai pengalaman ke, tips ke. Komen kat bawah ni, inbox kat fb atau boleh e-mail fana. Fana pasti akan jawab. Fana bukan macam owner online shop yang dapat whatsapp beratus JE tu pastu cakap "Nanti la saya balas ye, terlalu banyak mesej yang nak dilayan la, bla bla bla...". Kekwat sangat !




.
.
.
.



Salam sayang dari,
fanacheksaat



p/s : Jangan lupa dapatkan majalah Hijabista keluaran April 2014 di kedai berhampiran anda ! :)


xoxo,
nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...