TABUNG

05 January 2012

:: New Life with a New Relationship ::

Assalamualaikum..


Wah! Sekarang ni makin sibuk ye Malaysia. Almaklum la budak-budak sekolah dah masuk sekolah, cikgu mula berkejar-kejaran dengan anak murid, guru disiplin siap pegi beli rotan yang baru, pak 'guard' pulak sibuk mencari buku log baru dan uniform baru, mak dengan ayah sibuk menyiapkan anak-anak pagi-pagi buta, hantar anak pegi sekolah, pakcik bas sekolah berpusu-pusu cari budak sekolah untuk sewa bas !!


Haish! macam tu la rutin seharian dunia ni. Tak putus-putus dengan tugasan masing-masing. Ada jugak yang anggap semua ni ibarat roda. Tahun ni buat benda yang sama tahun depan pun buat benda yang sama. Macam roda la tu sebab tempat yang sama je yang akan cecah lantai lepas berpusing kn? :)


Tiba-tiba aku rindu masa zaman sekolah dulu. Semua nak baru. Baju sekolah, kain sekolah, tudung sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, stokin sekolah. Semuanya kena dikaitkan dengan sekolah kalau tak mak aku tak bagi beli. Dengan alasan sekolah , baru la dapat semua tu. HEHE.


Tiap-tiap nak bukak sekolah mesti kedai buku sekolah akan paksa kita pegi beli buku sedangkan buku dalam almari tu pun banyak lagi yang belum sentuh. Kulit buku pun suci lagi. Nak buat macam mana, heret jugak la berat-berat tu bawak balik umah. Mana yang lebih tu akan dijadikan BUKU CONTENGAN, BUKU CATATAN, DIARI, BUKU BIODATA. Betol tak? Korang pun sama macam aku kan? :)


Setiap tahun pasti ada benda baru perlu dibeli. Macam tu jugak dalam hidup kita ni. Semuanya perlu dimulakan dengan BARU. Setiap tahun semua orang akan menyimpan azam masing-masing. Bezanya sama ada azam tu terlaksana atau tak je kn? Aku pun macam tu jugak. Tahun 2012 ni azam nak bukak buku baru. Tak kisah sama ada dari segi persahabatan, percintaan, dan kekeluargaan. Eceh! Macam profesor pulak bila bercakap kn?



Setakat ni boleh dikatakan aku memang sedang memulakan hidup yang baru. Memulakan perhubungan percintaan yang semakin renggang dengan ALLAH. Bonda pernah cakap ALLAH tu bersifat pemalu. :) Sweet kn? HEHE. Aku tak paham kenapa Bonda cakap ALLAH pemalu. Pastu Bonda cakap, ALLAH bersifat pemalu kerana jika hamba-hambaNYA sering berdoa, meminta sesuatu daripadaNYA, DIA pasti akan bagi. Sebabnya kita selalu mintak dan berdoa. Sering merayu dan bersujud padaNYA. ALLAH malu kalau tak makbulkan doa hambaNYA yang lemah ni.



Sebab tu Bonda selalu pesan, kalau kita nak sesuatu, kita berdoa je dengan ALLAH, mintak je dan jangan la sekali dua je kita mintak. Mintak je banyak-banyak  kali sebab ALLAH pasti akan makbulkan. Kalau korang tak percaya korang boleh cuba. InsyaAllah, DIA juga seorang pemurah. :)



Memandangkan azam aku tahun ni nak bukak buku baru dalam hidup ni. Nak lupakan semua yang pahit dan yang menjadi sarang dalam hati. Bukak buku baru dan beajar terima diri sendiri, sayang diri sendiri. InsyaAllah kita pasti akan bahagia. Yang paling sweet bila kite menjaga hubungan kita dengan ALLAH. :)



Harap korang jugak mempunyai azam yang baik.
Jangan lupa berdoa. Doa merupakan kunci segala-galanya.!

03 January 2012

:: Selamat Hari Jadi Mommy Siah !! ::

Assalamualaikum..


2 Januari 1960 merupakan tarikh keramat bagi seorang bayi perempuan. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan jugak di Kedah. Dilahirkan sebagai anak ke-4 dalam keluarga. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan Alhamdulillah boleh membaca dan mengaji.


2 Januari 2012, umur beliau sudah mencecah 52 tahun. Sudah mencecah usia emas. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi ni. Dikurniakan 5 orang cahaya mata. Empat orang puteri dan seorang putera yang sentiasa mendoakan beliau. Di samping seorang suami yang sangat penyayang dan tidak lupa memberikan nafkah serta keperluan yang amat mencukupi.



Beliau yang aku maksudkan ialah ibu aku. Ibu yang dah melahirkan dan membesarkan aku. Banyak ilmu dan didikan yang telah diberikan. Sehingga aku dan adik beradik yang lain menjadi manusia yang berguna. InsyaAllah.



Walaupun aku belum boleh nak balas lagi apa yang beliau berikan tapi aku akan berusaha belajar sungguh-sungguh dan dapatkan kerja yang elok untuk tanggung beliau satu ari nanti. InsyaAllah. Aku akan bahagiakan beliau.


Kami adik beradik tak pernah lupa untuk sambut ulangtahun kelahiran beliau setiap tanggal 2 Januari. Kami akan berusaha buat beliau gembira walaupun dengan hadiah yang tak seberapa. Alhamdulillah, kakak-kakak aku dah bekerjaya.


Jom tengok betapa bahagianya beliau bersama anak-anak beliau. :)












Selamat hari Jadi buat Mommy Siah tercinta. Semoga dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki untuk pergi sekali lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. :)


p/s : Baru lepas nangis lepas dapa call dari Mommy Siah. T_T

02 January 2012

:: Kenapa Aku Perlu Stay Lagi Kat Perak Ni ? ::

Assalamualaikum..


ALHAMDULILLAH. Aku dah selamat sampai kat SERI ISKANDAR kecintaan aku ni ! *Eeeuuuwwww. Sumpah geli. Pernah ke aku suka stay kat S.I ni ? Aku kat sini sebab terpaksa . HAHA. Statement yang sangat kurang asam jawa kan ? Ada orang terasa ke ???


Ok. Disebabkan aku sangat benci kat Perak ni so, aku sangat happy. Eh ! Bukan sangat happy tap happy sikit je la. Sebab aku cuma perlu duduk sini lagi duaminggu ++ sahaja ! Yeayyyy ! Happy kan ?


Sebab aku perlu duduk sini selama duaminggu ???


Sebabnya aku WAJIB duduki FINAL EXAM kat UiTM ni. Kenapa WAJIB? Ok. Tu memang soalan bodoh! Dah nama student memang la wajib kan? Ada pulak pensyarah yang nak bagi kau tak amik exam kan?







Jadual FINAL aku :

4 Januari : Subjek THE OFFICE (9.00am - 12.00pm) 
8 Januari : Subjek ECONOMICS (9.00am - 12.00pm)
11 Januari : Subjek OFFICE AUTOMATION (2.15pm - 5.15pm)
17 Januari : Subjek HUMAN COOMUNICATION (9.00am - 12.00pm)
20 Januari : Subjek BUSINESS (8.30am - 11.30am) 


So, selama 20 hari ni aku perlu ada kat SERI ISKANDAR yang tercinta ni untuk menempuh FINAL EXAM untuk semester 1 ni. Agak-agak sama tak macam masa amik STPM dulu ? HAHA


Tolong la masa berlalu dengan cepat sebab aku tak sabar nak balik umah balik. :)  


p/s = WISH ME LUCK GUYS ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...