TABUNG

05 January 2012

:: New Life with a New Relationship ::

Assalamualaikum..


Wah! Sekarang ni makin sibuk ye Malaysia. Almaklum la budak-budak sekolah dah masuk sekolah, cikgu mula berkejar-kejaran dengan anak murid, guru disiplin siap pegi beli rotan yang baru, pak 'guard' pulak sibuk mencari buku log baru dan uniform baru, mak dengan ayah sibuk menyiapkan anak-anak pagi-pagi buta, hantar anak pegi sekolah, pakcik bas sekolah berpusu-pusu cari budak sekolah untuk sewa bas !!


Haish! macam tu la rutin seharian dunia ni. Tak putus-putus dengan tugasan masing-masing. Ada jugak yang anggap semua ni ibarat roda. Tahun ni buat benda yang sama tahun depan pun buat benda yang sama. Macam roda la tu sebab tempat yang sama je yang akan cecah lantai lepas berpusing kn? :)


Tiba-tiba aku rindu masa zaman sekolah dulu. Semua nak baru. Baju sekolah, kain sekolah, tudung sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, stokin sekolah. Semuanya kena dikaitkan dengan sekolah kalau tak mak aku tak bagi beli. Dengan alasan sekolah , baru la dapat semua tu. HEHE.


Tiap-tiap nak bukak sekolah mesti kedai buku sekolah akan paksa kita pegi beli buku sedangkan buku dalam almari tu pun banyak lagi yang belum sentuh. Kulit buku pun suci lagi. Nak buat macam mana, heret jugak la berat-berat tu bawak balik umah. Mana yang lebih tu akan dijadikan BUKU CONTENGAN, BUKU CATATAN, DIARI, BUKU BIODATA. Betol tak? Korang pun sama macam aku kan? :)


Setiap tahun pasti ada benda baru perlu dibeli. Macam tu jugak dalam hidup kita ni. Semuanya perlu dimulakan dengan BARU. Setiap tahun semua orang akan menyimpan azam masing-masing. Bezanya sama ada azam tu terlaksana atau tak je kn? Aku pun macam tu jugak. Tahun 2012 ni azam nak bukak buku baru. Tak kisah sama ada dari segi persahabatan, percintaan, dan kekeluargaan. Eceh! Macam profesor pulak bila bercakap kn?



Setakat ni boleh dikatakan aku memang sedang memulakan hidup yang baru. Memulakan perhubungan percintaan yang semakin renggang dengan ALLAH. Bonda pernah cakap ALLAH tu bersifat pemalu. :) Sweet kn? HEHE. Aku tak paham kenapa Bonda cakap ALLAH pemalu. Pastu Bonda cakap, ALLAH bersifat pemalu kerana jika hamba-hambaNYA sering berdoa, meminta sesuatu daripadaNYA, DIA pasti akan bagi. Sebabnya kita selalu mintak dan berdoa. Sering merayu dan bersujud padaNYA. ALLAH malu kalau tak makbulkan doa hambaNYA yang lemah ni.



Sebab tu Bonda selalu pesan, kalau kita nak sesuatu, kita berdoa je dengan ALLAH, mintak je dan jangan la sekali dua je kita mintak. Mintak je banyak-banyak  kali sebab ALLAH pasti akan makbulkan. Kalau korang tak percaya korang boleh cuba. InsyaAllah, DIA juga seorang pemurah. :)



Memandangkan azam aku tahun ni nak bukak buku baru dalam hidup ni. Nak lupakan semua yang pahit dan yang menjadi sarang dalam hati. Bukak buku baru dan beajar terima diri sendiri, sayang diri sendiri. InsyaAllah kita pasti akan bahagia. Yang paling sweet bila kite menjaga hubungan kita dengan ALLAH. :)



Harap korang jugak mempunyai azam yang baik.
Jangan lupa berdoa. Doa merupakan kunci segala-galanya.!

2 comments:

  1. na. nice share. terusik hati bila bca. huhu

    ReplyDelete
  2. @gigiariema :
    Sama-sama lah kita kn? Sekadar berkongsi..

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...