TABUNG

07 August 2012

:: Si Penyibuk Yang Berhati Lalat ::

Assalamualaikum


Entry khas buat kau.

Maaf, aku tak reti guna bahasa kotor, tapi aku akan cakap sebaik yang aku mampu. Sila baca dengan jelas dan dengung yang betul. Nanti ustazah rotan! Haiyaaakkk!

Kau,
Asal kau macam ni? Aku dah buat apa dengan kau? Aku ada ambik tahu pasal kau? Tak ada setahu aku. Mungkin.

Aku tahu kau mungkin cemburu dengan aku. Cemburu dengan dia. Tapi, kenapa? Aku cerita dekat blog semua cerita yang aku nak cerita. Jari yang menaip tu jari aku. Cerita yang nak diceritakan tu cerita aku. Blog yang aku gunakan untuk bercerita juga adalah blog aku! Siku nak?

Geram tak dapat nak tahan. Ketap gigi kuat-kuat. Kau ada? Orang kata, orang macam kau ni cemburu. Eh, aku bukan buat apa pun dekat muka kau sampai kau nak cemburu. Please.

Aku lupa kot yang blog aku ni untuk tatapan umum. UMUM! Jadi, kau antara pembaca blog aku lah kan? Aku patut terima kasih ke atau aku patut tumbuk muka kau yang tak berapa nak comel tu? Aku dah block kau dari facebook. Memang apa yang aku update dekat sana kau takkan dapat tengok. Oh, kau mungkin perempuan. Kan?

Ya, aku belum tahu lagi mengenai jantina kau. Tapi, semua tu tak penting buat aku. Sebab aku rasa kau tak patut tonjolkan diri kau. Bimbang aku benci untuk lihat muka kau yang tak comel tu. Maaf.

Setempek kueh semperit untuk kau ! Nah!


03 August 2012

:: Keputusan Yang Dinanti ::

Assalamualaikum.

Wah! Ramainya blogger yang dah update pasal result final. Mostly students UiTM la kan. Memang yang stay tunggu result malam tadi sampai tertonggeng-tonggeng pun students UiTM la. Kat facebook, Tweeter pun dok update pasal result je. Same goes to me!

(Buat gaya macam retis baru dapat Award)
Firtsly, Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan ini. Eh, menang ape pulak dah ni. Tu diaaaa, kalau dah mula mengarut habih la. Ok, mula-mula syukur kepada Tuhan sebab dah makbulkan doa aku.

Kedua, terima kasih Mak Siah dengan Abah Saat. Sebab sentiasa bagi sokongan. Siap call ucap Good Luck. Sweet sangat. Alhamdulillah.

Third, terima kasih buat housemate ku sekalian yang dah merempuh liku-liku minggu final exam sama-sama. Walaupun banyak dugaan, kita still study sampai jam lima pagi kan Ain Adeena? Hahaha.

Fourth, thank you M.I.P sebab keep supporting sejak dulu sampai sekarang. Sejak PMR kot. :) Awak selalu cakap saya boleh buat kan? *Hati berbunga-bunga tambah lep-lep

And, finally ! Akan ku tatap sampai raya. Hahaha. Semoga keputusan ni tak buatkan aku lupa diri, liat nak baca buku dan tak buatkan aku riak. Aku nak jadikan keputusan ni sebagai pembakar semangat untuk Sem tiga nanti. Hwaitingg !


Sekian dulu, terima kasih. :)

21 July 2012

:: Salam 1 Ramadhan ::

Assalamualaikum..

Selamat datang Ramadhan. Selamat tinggal Syaaban. 



Antara perkara yang perlu dilakukan semasa bulan puasa.

  1. Minum air kosong dengan banyak. Air kosong atau air mineral dapat mengelakkan kulit menjadi kering. Bibir juga sangat sensitif. Bibir akan menjadi kering dan mudah menggelupas kalau kita kurang minum air.
  2. Sibukkan diri. Kalau kita sibukkan diri, masa akan berjalan dengan cepat. :) So, sibukkanlah diri korang sepanjang bulan puasa dengan aktiviti yang berfaedah ye kawan-kawan.
  3. Baca Al-Quran. Tambahkan pahala korang dengan baca Al-Quran. Surah Yaasin tu ada banyak manfaat. Satu daripadanya ialah dapat mengenyangkan kita.
  4. Berzikir. 
  5. Bersedekah. 
  6. Shopping di Bazar Ramadhan. Yang ni wajib. Korang semua pun memang suka kan pergi Bazar ramadhan? Selain dari mengenyangkan perut sendiri, dapat jugak menambahkan rezeki peniaga tu kan? Ha, kalau korang nk jumpa Black Mentor, korang boleh datang bazar dekat rumah aku. Dia ada meniaga dekat bazar sini. Bazar Ramadhan Kerinchi/Pantai Dalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...