TABUNG

30 October 2013

Pengalaman Baru Sebagai Pelakon Tambahan

Assalamualaikumm..


Nak kongsi sedikit pengalaman baru aku dapat sebagai seorang blogger hangat-hangat tahi ayam ni. Huhuhu. Masa cuti mid term baru-baru ni, tetiba ada inbox kat facebook daripada kakak blogger feveret aku, kak AsyikIzas

Kak Asyik : "Assalam, Fana kalau ada kt kl sabtu ni jomlah join jadi pelakon extra.. maybe akan dibyr nanti.."

Aku : "Alamak, fana segan laa.."

Kak Asyik : "Eh, sejak bila pulak tahu segan ni?"

Okay, nampaknya bagi Kak Asyik, aku ni muka tak tahu malu. Hahaha. Comel la Kak Asyik ni. Aku ni memang pantang terima cabaran. Sahut aje! Pengalaman kot ! Tak dapat dibeli dimana-mana. Itu yang lebih bermakna. :)

Dengan penuh bergaya, aku sahut cabaran tu. Berani pun sebab ada ramai geng blogger yang lain. Antaranya BroframestoneGiorgioIzasSyafiqahHashimxoxoDeqnoorEazy IzzuddinTengkuSyukri dan AsyikIzas. Oh ya, terima kasih Arjuna kerana sudi menemani dan berkolaborasi. Hahaha.

Lokasi shooting ialah di Empire Damansara dan bermula seawal 10 pagi. Ingatkan kitorang je yang terlibat, rupa-rupanya ramai lagi talent yang lain.

Kitorang diberi peluang untuk merasai beberapa scene yang terlibat dengan pelakon utama telefilem ni iaitu Siti Saleha dan Pekin Ibrahim.

Tengok la tu macam mana keadaan di lokasi.

Krew Produksi tengah bagi arahan kepada para pelakon.

Bila kita selalu tengok apa-apa drama mahupun telefilem dikaca televisyen, kita tak pernah terfikir macam mana la sebenarnya keadaan dilokasi itu sendiri. Nampak macam senang, tapi bila dah tengok dengan mata sendiri, sangat la susah sebenarnya.

Siti Saleha dalam sedang menghafal skrip

Selain dapat pengalaman baru di lokasi penggambaran, aku dapat jugak berkenalan dengan blogger-blogger hebat yang lain. Kebanyakan blog mereka dah berdiri dengan domain sendiri. Wow! Mereka jugak sangat la aktif dengan pelbagai event dalam kalangan blogger. Sumber inspirasi ni. ^^

Tengku Syukri dan Eazy Izzuddin

Macam biasa, pantang jumpa retis. Mesti nak bergambar aje kitorang ni. Bukan apa, ada juga kenangan nak diceritakan kepada anak cucu nanti kan?

Eazy Izzuddin dan Siti Saleha

Broframestone dan Siti Saleha

Memandangkan pertama kali jejakkan kaki di Empire Damansara, jadi apa yang aku nampak lokasinya agak strategik untuk dijadikan set penggambaran sebab struktur bangunannya cantik, klasik, elegant dan jugak tak ramai orang awam lalu lalang.

Paling teruja bila nampak satu lokasi yang ada banyak payung tergantung kat atas kepala kita. Dah la payung tu warna-warni. Memang sangat cantik. Sesuai untuk dijadikan lokasi tangkap gambar outdoor pengantin. Haaa, gitewwww!

Temanya sediakan payung sebelum hujan. LOL !

Telefilem ini merupakan salah satu telefilem daripada KASH PICTURES. Jom tengok macam mana rupa lokasi penggambaran.

Krew sedang sibuk dengan tugas masing-masing.

Director of Photography, Abang Mat Noor (duduk)

Hero bagi telefilem ni ialah Pekin Ibrahim. Siapa tak kenal dengan pelakon yang femes ni kan? Sewaktu sesi tinjau lokasi, salah seorang dari kami bertanya kepada penulis skrip telefilem ni, kenapa pilih Pekin sebagai hero?

Tahu apa yang dijawab oleh penulis skrip tu? "Sebab kami rasa Pekin sesuai dengan watak tersebut dan mukanya ala-ala Korean." Terkejut jugak dengan jawapan tu, tapi boleh laaaaa. Hahaha. Dah la Pekin ni sangat mesra dan lucu orangnya. Sembang dengan dia rasa macam dah kenal lama. Sangat down-to-earth orangnya.

Tapi satu je aku tak suka dekat Pekin, sebab dia panggil aku Najwa ! Pekin orang yang keberaparatusentah. -.- Tak suka okay ! Tak suka.

Bersama dengan hero, Pekin Ibrahim

Bersama Heroin, Siti Saleha

Kesian jugak tengok pelakon-pelakon ni. Bayangkan walaupun aku cuma jadi pelakon tambahan untuk satu hari pun dah rasa penat nak arwah. Inikan pulak para pelakon utama kan? Phewww! -.-'


Kesimpulannya, *eceh, macam buat karangan pulak* bagi aku, ini merupakan kenangan yang boleh aku jadikan sebahagian daripada rentetan hidup aku di muka bumi Allah ni. Ramai yang tegur dah femes la, retiss la, itu la ini la, tapi bagi aku ini rezeki aku dan cara hidup aku.

Bukan untuk kejar seuatu yang tak pasti tapi, aku ada matlamat aku sendiri. Jenis aku, aku memang sangat sukakan cabaran. Tak pernah kata TIDAK. Belum cuba belum tahu. Alhamdulillah, berkat semangat aku yang tak pernah padam, sokongan mak dengan abah lagi, aku rasa seronok buat apa yang aku sedang lakukan. :)

Tak sangka mak dengan abah dah mula faham dengan minat aku. Lagi galakkan ada la. Tu yang aku rasa sangat bertuah. Lagi-lagi di tahun 2013 ni. Banyak sangat benda menarik dan yang aku tak sangka akan dapat sampai ke tahap ni dah pun aku capai.

Eh, kalau cakap pasal ni sampai bila pun tak habis. Nanti aku buat entri khas hujung tahun. InsyaAllah. Sampai sini dulu. Jumaat balik KL dan tinggalkan Seri Iskandar yang penuh kusut ini. Yahuuuuu! ^^

Oh, lupa nak bagitahu, nama telefilem ni "Kisah Sebenar Bibah" dan bakal ditayangkan di TV9 pada penghujung tahun ini. Jangan lupa tengok!


Entri mereka mengenai Kisah Sebenar Bibah



Till next entry....


nfcs

28 October 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Eyna !

Assalamualaikum...


12 Oktober 2013.


Selamat pengantin baru buat kak eyna yang dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki kesayangan beliau, abang Apis. :)


Seronok sangat tengok orang kawen kan?


Bukan apa, sebab bila orang yang kita kenal dan rapat dengan kita dah jadi milik lelaki yang dia sayang, kita pulak yang jadi eksaited. Hihihihi.


Okay, hari tu kebetulan aku tengah cuti mid term, makanya semangat nak bantu kak eyna membuat persiapan perkahwinan tu membuak-buak. Pada mulanya, aku disuruh kak eyna untuk buat pelamin. Tapi, memandangkan aku tak ada banyak masa rushing lagi dari Seri Iskandar ke KL so, kak jaja yang kena buat sendiri.







Datang je kenduri kak eyna, ternampak kelibat cikgu maimon, cikgu Sejarah aku masa Tingkatan 6 dulu. Beliau merupakan cikgu yang paling best sekali ! Bebudak SMK Sri Pantai tahu la betapa bestnya cikgu maimon ni.



Disebabkan aku tak dapat buatkan pelamin utuk kak eyna, jadi aku buatkan props untuk sesi fotografi. Jadi, inilah antara props yang aku buat. Cantek tak?? ^^






Yeayyyy, kak jaja here! Sorry kak jaja sebab tak tolong buatkan pelamin. T.T



Oh, lupa nak cerita pasal baju yang aku pakai masa kenduri kak eyna. Baju ni aku beli online. Asalnya aku nak beli warna hot pink sebab tema untuk GEGADIS ialah hot pink, tapi bila baju sampai rupanya warna soft pink. Sedihhhh.


Apa-apa pun aku suka gila baju ni sebab dia cantik dan terletak. Suka sangat ! Nak tahu aku beli kat mana? Dekat instagram @ndncollection. Nama baju kurung ni Baju Kurung Lace / Scha.




Tudung pulak aku beli daripada +Sincerelybyus Shawls. Memang sangat selesa dan senang bentuk hokayyy! Kalau nak beli, korang boleh order melalui instagram diorang tapi aku prefer pegi endiri ke butik SincerelyByUs yang terletak di Alam Avenue, Padang Jawa, Shah Alam.



So, akhir sekali nak ucap Selamat Pengantin Baru buat kak eyna dan abang Apis yang dah sah jadi suami isteri. Semoga korang akan kekal sampai akhir hayat ! Love you.


nfcs

27 October 2013

Features in Femag !

Assalamualaikumm


Hasil petikan daripada Femag :


Wahhh, nak cerita ni tapi takut riak pulak. Ampun ya. Cuma nak bagitahu yang komen mengenai "Pentingnya Kesedaran Kanser Payudara" bagi isu yang ke-28.




Untuk pengetahuan korang, ini merupakan salah satu majalah kegemaran aku. Memang aku sangat suka baca info-info terkini dalam majalah ni. Senang je nak baca, korang cuma perlu layari website : www.wuhuuonline.com/femag untuk baca. Sebab Femag merupakan majalah online paling best bagi aku !


Macam-macam info antaranya hiburan, filem dan album terbaru, event-event yang best dan juga pasal kesihatan dan fesyen. Untuk isu ke-28 ni banyak difokuskan pasal Kanser Payudara yang korang sangat-sangat perlu dititikberatkan.


Pendapat aku :



Maaf, gambar tak berapa nak keliar ! Okay, so untuk kaum wanita sekalian, silalah la awasi pemakanan anda sebab apa yang aku dengar daripada lecturer aku, kerap makan steak pun boleh dapat kanser payudara. Ini dah pun dibuat kajian. Nasib aku tak berapa minat makan steak.


Kalau yang masih belum follow aktiviti Femag, jom la ramai-ramai follow Femag di :



So, next entry gonna be...? Sshhhh.... 


nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...