TABUNG

22 February 2012

:: Selesai Semester Satu :) ::

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Hari ni keputusan peperiksaan akhir UiTM keluar. Keputusan aku biasa-biasa je. Tak tersenarai untuk dekan pun. Tapi still 3.00 above. Alhamdulillah. :)



So, sebagai penutup aku nak kongsi pengalaman semasa semester satu berlangsung. Aku start masuk UiTM pada bulan Mei 2011. Mula mendaftar di UiTM Seri Iskandar Perak dan berjumpa dengan kawan-kawan yang aku kenal di Facebook iaitu Fathin dan Cik Ijah.


Sampai sana kebetulan aku dapat Kolej Kekwa sekali dengan kawan aku yang bernama Mira, Ain, Fathin. Mereka sekarang housemate aku di rumah sewa. Minggu Destini Siswa berlangsung dengan sangat baik. Dan sepanjang duduk kolej memang tak selesa sebab almari baju kecik, katil bertingkat, bilik bertingkat, bilik kecik. Memang sangat tak selesa. So, kitorg berempat ambik keputusan untuk sewa rumah yang terletak belakang UiTM.


Sepanjang beberapa bulan duduk kat umah sewa. Macam-macam yang berlaku. Ada litar pintas la sampai kitorang berkali-kali kena sambar. Tertama periuk nasi, plug mesin basuh dan plug-plug yang bersekutu. Sampai menggigil badan disambar dek elektrik. Hahaha. Tapi, pakcik umah sewa terus cari orang untuk baiki. Trauma jugak mula-mula.




Rumah yang agak selesa dan besar. Lengkap dengan peralatan. Tiga bilik tidur, dua bilik mandi. Dekat sangat nk tunggu bas UiTM. So, semuanya berjalan lancar mula-mula.


Kelas pulak semua best-best. Dalam kelas ada empat kelompok. Satu kelompok utara, kelantan, KL dan Sabah, S'wak. Memang kecoh. Macam-macam ragam. Dan yang paling best, semuanya perempuan.



So, sepanjang kitorang satu kelas, semuanya berjalan lancar. Harap dapat kelas yang sama dengan korang lagi untuk semester 2. Harap jugak kita dapat buat yang terbaik untuk sem 2 kan kawan-kawan. :)


Alhamdulillah, tamat sudah semester satu. InsyaAllah akan lebih gigih untuk semester 2. Doakan ye!


Klik LIKE kalau suka entry ni !

4 comments:

  1. @Aien : Terima kasih. Ain lagi hebat! :)

    ReplyDelete
  2. woww, hebat :)
    akak nak tanya lah, akak degree kan sekarang?
    base on your previous entry lah.
    habis diploma akak terus apply degree ke?bape cgpa akak masa last semester diploma

    ReplyDelete
  3. Miss / Mr. Annon :
    Akak bukan from diploma la dik. Akak actually from STPM. Terus buat degree. Pointer masa STPM 3.00 je. :) Semua org boleh berjaya selagi kita berusaha. :)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...