TABUNG

28 February 2012

:: Please Use Proper Word ! ::

Assalamualaikum..


Selasa , 28 Februari 2012.

Dear Diary,



Hari ni aku terpikir kenapa aku guna AKU sebagai kata ganti nama diri untuk aku menulis blog. Nampak macam tak proper kan? Nampak macam agak kurang ajar kan kalau makcik sedara aku baca, orang-orang yang lebih tua dari aku baca blog ni. Huh! =="


Bukan la aku sengaja guna AKU dalam menulis blog. Mula-mula aku start ber'blogging' tahun 2009 dulu memang aku dah start guna AKU. Sebab aku ingat blog aku ni aku nak buat sebagai DIARI macam diari buku yang main sorok-sorok supaya tak ada orang yang baca. Last-last bila ada jugak orang yang jumpa terus menyorok satu hari dalam bilik sebab malu kisah cinta hari tu terbongkar. HAHA.


Diari ni lebih awam sebab ramai orang boleh baca. So, pada permulaannya aku tersilap sebab dah pilih AKU sebagai kata ganti diri. Tapi, boleh dikatakan tujuhpulohperatus manusia yang menulis diari awam ni menggunakan AKU sebagai kata ganti diri diorang. BUKAN AKU SAHAJA!


Aku harap sesiapa sahaja manusia yang baik hati tak kira la pakcik, makcik, kakak, bakal kakak ipar ke yang baca blog aku ni, aku susun sepuloh jari mintak ampun jika terasa dengan kekasaran bahasa ganti nama tu. Bukan berniat nak biadab tapi ni mungkin cara penulisan aku. Cara aku tulis kisah hidup dan pengalaman diri aku.


Aku harap korang yang baca blog ni dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan. Bukan meneliti dan mengkaji kesilapan yang aku buat. Aku mintak maaf kalau ada yang tersinggung atau terasa. Mungkin aku akan kekalkan dengan cara aku dan tak mungkin aku ubah sebab ni diari aku yang aku selesa dengan cara sebegini.


Setakat ni aku rasa belum ada caci maki hamun yang aku dah buat hingga melukakan hati orang. I hope so. So, jika ada diminta tegur. Tak kira dengan cara apa. Melalui e-mail pon boleh. Kalau ada apa-apa boleh e-mail aku dekat : nurfarhanasaat@gmail.com.






atau 








p/s : Bangga bila ada yang menegur. "Eh, u ni blogger kan? Yang ada online shop tu kan? Ape tu? Muralizem? Muralisma?" Hahaha. Tak kisah macam mana pon korang sebut asalkan korang kenal aku. Thank you ! Terharuuuu. :)

2 comments:

  1. @Wawa Tasliman :
    Huhuhu..belom layak lagi utk dapat 'glamour' tu la yang.. :)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...