TABUNG

02 March 2012

:: Abang Poslaju vs Santa Claus ::

Assalamualaikum..


Kalau Santa Clause selalu datang malam-malam, hantar hadiah yang comel dan banyak. Tapi, selalu tengok dalam cerita Krismas kat televisyen tu budak-budak takkan jumpa dengan santa. Mungkin ada yang akan jumpa dengan santa siap peluk cium lagi. Pastu santa pun bagi hadiah dalam stokin besar yang digantung dekat tempat pemanas rumah tu.


Tapi, Santa tak sehebat abang poslaju sebab santa cuma datang 25 Disember tiap-tiap tahun. Santa jugak dah tua dan tak larat bekerja. Santa jugak cuma bekerja satu hari setahun. Abang poslaju lagi hebat !!!


Abang poslaju muda, segak, bergaya dan ceria ! Wah ! Lagi satu abang poslaju kerja hari-hari kecuali Ahad kot. Abang poslaju pakai baju warna oren macam buah oren. Tiap-tiap kali datang umah, abang poslaju mesti ketuk pintu berirama. Tuk, tuk, tuk, tuk, tuk, tuktuk ! Cuba korang buat bunyi tu. Hehehe.


Abang poslaju akan datang dalam jam 10 pagi ke atas. Dah hafal dah. Oh! Mungkin sebab aku dan adik beradik yang lain memang kerap shopping online. Sekarang semua online shop menggunakan khidmat abang poslaju untuk hantar barang kepada pelanggan. Ada yang guna khidmat santa clause? Tak ada kan?? hehehe


So, hari ni tepat jam 10.30 pagi abang poslaju datang buat ketukan berirama kat pintu umah aku. Macam biasa. Pasti abang poslaju yang sama. Si kurus, tinggi, muka handsome ke? Alamak! Yang tu aku tak pasti sebab aku malu-malu itik untuk pandang muka abang poslaju. Bukan sebab abang poslaju tu terlampau handsome tapi sebab aku yang belum mandi pagi! :p


Pagi ni abang poslaju mintak sign kat dua kotak. Ha?? Kenapa ? Rupa-rupanya hari ni aku terima dua bungkusan. Bungkusan pertama dari www.kznabihah.com ! Cute sangat! Jom aku tunjuk. Inner eksklusif from KZNABIHAH.



Barang kedua yang abang poslaju bawak mai tadi ialah DAIM!!!!!



Daim ni aku order dari kawan aku yang duduk Langkawi. Aku kirim lah dekat dia. Lagipun aku dah pegi survey merata dah supermarket. MAHAL nak mamposss. Duabelasringgitsembilanpulohsen untuk seratus gram. Gila mahal! Yang ni aku boleh dapat dengan harga limabelasringgit sembilanpulohsen untuk tigaratus gram. Jimat kan?


Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat. Cewwah! Kalau ustaz Don dengar ni mau dia tangkap cintan dengan aku. Hahaha. Ok lah, so aku nak makan Daim puas-puas. Korang sila jeles ok! Untuk kaum adam, bersiap-siap untuk pegi solat jumaat. Jangan lupa temujanji korang ye.


Thank you sudi baca. Assalamualaikum! :)

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...