TABUNG

30 March 2012

:: Sumber Inspirasi ::

Assalamualaikum..

Cuma entry ringkas yang aku nak taip. Kali ni bukan entry sedih yang buat korang nangis tup tap tup tap lagi. Kesian korang. Tapi, kali ni sekadar berkongsi rasa gembira.


Sumber inspirasi. Yes ! Aku mengaku aku punyai ramai wanita yang menjadi sumber inspirasi dalam berfesyen. Bukan fesyen seksi meksi tu taw. Tapi fesyen muslimah. Alhamdulillah, fesyen yang aku ikut merubah diri aku jadi seorang muslimah dan hidupan muka bumi yang positif.


Apa perasaan mereka yang menjadi sumber inspirasi tu? Aku pasti mereka sangat gembira sebab dah bawa ramai manusia lain ke arah yang positif. Jadi, bila aku menjadi sumber inspirasi? Sumpah! Aku sangat gembira.


Kalau orang lain mungkin akan terasa sakit hati atau menyampah dengan peniruan, pen'ciplak'kan atau macam macam 'pen' lagi lah. Tapi, untuk aku, aku sangat sangat berterima kasih dan berpuas hati.


Kalau korang jadikan aku sebagi sumber inspirasi dalam berfesyen, aku sangat menerima baik situasi tersebut. Tapi, kalau ada kecacat celaan aku yang korang jadikan sumber inspirasi, aku harap korang berpikir sebanyak lapanpulohlapan kali sebab korang akan menyesal kemudian hari ye. :)


Terima kasih sebab menjadikan aku sumber inspirasi atau idola. Errr* Tak layak kot nak sebut perkataan tu. Haish! Tapi, Allah je yang taw betapa aku gembira kerana dapat berkongsi idea dan sesuatu perkara yang baik dengan korang. Alhamdulillah.


Untuk itu, aku nak bagitahu yang korang sangat sangat sangat cantek kerana berpakaian sedemikian.



p/s ~ Selamat Hari Jadi buat Nurul Nabilah Takiuddin dan Kak Anis Ilyana Zainuddin (30.3.2012)

2 comments:

  1. thanx syg...ade plak nme i dekat bwh tu kn...huhuhu...tpi slh nme bapak lah...hahaha

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Salah ke? Alamak! SOrry2..Takiudin je ek? hahaa..ampun. :)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...