TABUNG

17 September 2014

CPUV Nuffnang dan Rezeki September

Assalamualaikumm..



September tahun ni tak tahu la nak cakap macam mana, banyak sangat rezeki yang datang. Penat lelah fana selama ni pun rasa berbaloi sangat bila hadap bulan September yang meriah ni. Tengok la ni, Nuffnang pun baik hati siap bagi sampai tiga CPUV tau dekat blog fana. Alhamdulillah.



Fana akui sejak dah mula kerja ni tak selalu dapat update blog. Kadang-kadang terkejar-kejar jugak nak update blog untuk product review sebab dateline dah nak dekat dan nak tak nak kena submit jugak pada tarikh yang ditetapkan. Itupun rasa macam terharu je bila diorang sendiri cakap suruh inform kalau ada masalah nak publish pada tarikh yang ditetapkan dan diorang akan panjangkan tarikh untuk submit. Terharunyaaaa. T.T

Tapi, fana tak nak la ambil kesempatan kan, kerja tetap kerja. Kena la buat. Lagipun masa yang diorang bagi bukan sehari dua, sebulan kot. Mustahil la fana tak mampu nak update blog dalam tempoh tu kan? Alhamdulillah, berjaya jugak. :)

Oh ya, selain Nuffnang bagi CPUV, fana selalu jugak bukak tab keywords sebab nak jugak tengok apa yang pembaca blog fana cari. Nak tergelak pun ada kadang-kadang sebab keywords yang keluar cecomel je. :')


Fana dah mula rasa betapa seronoknya menulis blog sejak fana daftar dengan Nuffnang. Banyak manfaat yang fana dapat walaupun fana tak aktif sangat sebab kekadang clash dengan hal lain. Nuffnang memang komuniti paling best sebab diorang jaga gila blogger-blogger tau. Korang yang belum daftar, boleh daftar cepat tau.

Rezeki kalau kita tak cari, dia takkan datang bergolek tau. Kita kena usaha. Fana pun macam tu jugak. Banyak benda fana buat untuk dapatkan apa yang fana ada sekarang. Walaupun ramai lagi yang belum faham tugas fana dan minat fana sebagai blogger. Fana suka berkongsi. Sharing is caring kan?

Okay lah, sempat lagi tau membebel. Sebenarnya tadi tengah siapkan entri untuk publish Ahad ni tapi fana kalau dah jumpa papan kekunci memang tak boleh nak berhenti menaip. So, Ahad ni fana akan kongsikan satu product lagi. Nanti jangan lupa singgah ye. #muahcikedd



xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...