TABUNG

24 May 2015

[Food Review] Wanderlust @ Solaris Mont Kiara

Assalamualaikumm,


[Food Review]
Wanderlust
10, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, KL.
Business Hour : Mon - Fri 11.00 a.m - 11 p.m
Sat - Sun 9.00 a.m - 11 p.m



“You don't love someone because they're perfect.
You love them in spite of the fact that they're not."


Berdasarkan pengalaman, tak kesemua pasangan kita adalah sempurna. Namun, disebalik ketidaksempurnaan itulah yang mengajar kita untuk saling melengkapi antara satu sama lain.  Mungkin tak ramai sedar akan hal itu. Berapa ramai perempuan yang sanggup cintakan lelaki yang suka makan apa yang mereka tidak suka? Fikirkan.


Baru-baru ini fana telah berkunjung ke Wanderlust Restaurant yang terletak di Solaris Mont Kiara sempena pembukaan restoran tersebut. Wanderlust merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan makanan bertemakan "All Around The World". Bagi mereka, konsep tersebut hanya boleh dipakai di negara kita sahaja memandangkan di Malaysia terdapat pelbagai kaum, bangsa dan juga menjadi tempat mencari rezeki buat warga-warga asing termasuklah dari Eropah.


Disebabkan hal itu, Wanderlust menggunakan strategi menyediakan makanan yang tidak sepesifik terhadap menu yang dicipta sebaliknya menggunakan kepakaran chef yang ada untuk menyediakan makanan-makanan yang bukan tipikal di Malaysia. Menurut pemilik Wanderlust, mereka sengaja menghasilkan makanan yang direka lain dari yang lain supaya pelanggan berpuas hati setelah berkunjung ke situ. Jom fana tunjukkan menu satu persatu.



Appetizer | Deep Fried Beets with Japanese Mayo 
RM 15.00


Ini merupakan pertama kali fana merasa makanan yang begitu unik. Belum pernah disediakan dimana-mana restoran. Ubi bit yang direbus sehingga empuk kemudiannya dicelup tepung dan digoreng. Ubi bit merupakan makanan berkhasiat dan sangat digemari oleh kaum China. Ubi bit tidak digoreng terlalu lama bagi mengekalkan khasiat yang terkandung didalamnya. Bagi menstabilkan rasa, hidangan ini dihidangkan bersama Japanese Mayo. 
.
.
.

Appetizer | Chicken Chicharron With Sriracha Aioli
RM 15.00


Sewaktu hidangan ini dihidangkan, ramai tertanya-tanya apakah menu yang simple tetapi unik ini? Fana pada mulanya menyangkan menu ini adalah keropok ikan yang digoreng dan kemudiannya dihidangkan sebagai pembuka selera. Fana silap. Menu ini merupakan kulit ayam yang digoreng rangup, kurang berminyak dan dimakan bersama Aioli. Tak sangka menu yang simple ni berjaya memukau hati blogger-blogger yang hadir.
.
.
.

Appetizer | Flamming Wings
RM 22.00


Siapa je yang tak suka ayam kan? Hidangan pembuka selera ni yang paling cepat habis sewaktu dihidangkan. Kepak ayam  dihidang bersama sos pedas dan manis, potongan buah tembikai dan rasanya memang mengancam. Kalau hidang 10 pinggan dekat fana pun dah tenu licin. Sedap sangat. Nampak je merah tapi tak pedas. Sedap.
.
.
.

Main Course | Crispy Salmon Steak With Strawberry Basil Salsa
RM 32.00


Sejak fana suka makan sushi, fana suka sangat dengan ikan salmon lebih-lebih lagi apabila di'grilled' tak terlalu masak. Tetapi, di Wanderlust, Salmon ini dihidangkan bersama Strawberry. Rupanya sangat kena apabila salmon dimakan bersama Strawberry. Sedappppp sangat! Fana dah la hantu Salmon. Unik kan cara ikan salmon ni dihidangkan. Memang tak dapat kat restoran lain.
.
.
.

Main Course | Tiger Prawn With Handcrafted Pumpkin Tagliatelle And Salted Egg Yolk
RM 30.00


Hidangan ini merupakan pasta yang paling laris di Wanderlust. Apa yang fana diberitahu, pasta ni diperbuat daripada buah labu dan dicanai sendiri oleh Chef Wanderlust. Rasa kuah dia macam carbonara, ada cheese cuma apa yang mejadikan resepi ini unik ialah, mereka menggunakan kuning telur masin untuk menjadikan kuahnya lemak dan sedap. Sangat sedap. Serius. Dimasak pula bersama daun kari. Sangat membangkitkan selera. Kemudian dihidang bersama udang harimau yang segar.
.
.
.

Main Course | Wanderlust Benedict
RM 25.00


Hidangan paling unik di abad ini. Tak pernah lagi fana jumpa roti canai yang unik macam ni. Hidangan ni merupakan hidangan paling istimewa di Wanderlust kerana ianya merupakan signature Wanderlust iaitu "All Around The World". Rasa macam berada di negara lain kerana menu ini telah diinovasikan oleh Chef di Wanderlust. Roti canai dihidangkan bersama cendawan, baby spinach, Turkey bacon, telur yang dimasak menggunakan teknik 'deep fried poched' membuatkan telur itu mengalir apabila dipotong. Sedap dan cantik sekali menu ni. 
.
.
.

Dessert | Sago With Double Ristretto, Hazelnut Bittle and Hot Cream
RM 18.00


Pencuci mulut yang ringkas tetapi sedap ni dibuat menggunakan sagu, susu cair, dan gula melaka. Namun, ada elemen surprise yang dimasukkan sekali apabila terasa rangup Hazelnut Bittle yang halus dan crunchy. Tak sedar dah habis. Terlalu sedap dan menyegarkan.



Bagi penggemar coffee, Wanderlust merupakan salah satu restoran yang mempunyai barista yang hebat-hebat. So, kalau datang sini make sure korang order coffee okay? Macam-macam ada, Mocha, Cappucino, Machiato dan banyak lagi. Korang just datag lepak dengan kawan-kawan sambil minum coffee pun okay apa.


Selain sudut dekorasi dalam restoran yang agak hipster, sudut luar pun tak kurang menariknya. Fana suka konsep ringkas macam ni. Sesuai untuk datang dengan family atau kawan-kawan untuk makan sambil borak-borak. Bagi yang merokok, boleh la duduk kat luar ni. Jangan buang putung rokok merata-rata dah la ya.


Okay, itu sahaja yang fana nak share untuk food review kali ni. Terima kasih FOOD INK sebab sudi jemput fana ke sesi food review ni. Happy dapat kenal dengan kawan-kawan baru, kawan yang kita dah kenal, lepak makan sama-sama. Seronok! Hope next time boleh la join lagi kalau ada kelapangan masa. :)


Jangan lupa untuk baca lebih lagi di website : 




xoxo,
fana

6 comments:

  1. Lama rasanya tak jumpa Fana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, terasa seperti berabad lamanya. Tak dapat event sekali. Sobs!

      Delete
  2. wahhh..sedapnya..lapar terus tgk mknan kt atas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Tula, cabaran betul update blog pagi2 buta.

      Delete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...