TABUNG

15 August 2013

GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU

Assalamualaikumm...

Beraya sakan nampak ! Sampai tak sempat nak bukak blog dah ha. Hahaha. Sebenarnya sejak bulan puasa hari tu lagi kakak blogger yang cantik manis ni ajak aku join Giveaway Fair & Lovely Bersama Asyik Maiburogu ni tapi memandangkan sibuk mengayam ketupat, tukar langsir raya, pang pang pom main mercun bagai, tak sempat nak update blog. -.-

Giveaway Fair & Lovely Bersama Asyik Maiburogu

Makanya, hari ni aku nak seru semua korang-korang yang kat luar sana sama ada blogger ke pengguna Twitter mahupon facebook untuk sama-sama join giveaway ni. Hadiah besar taw! Wang besar! Wang besar!

Hahaha. Tak. Aku gurau saje. Hadiah giveaway ni merupakan 1 set produk hamper Fair & Lovely bernilai RM50 ! Hah ! Apa tunggu lagi? Moh le kite join secara berjemaah!


Sebelum tu kena la jawab soalan dulu ye dak? Nak menang hadiah besar tak? Wahhh! Boleh la bercantik-cantik di rumah terbuka kawan-kawan nanti. Kelasss you olls !


Soalan Pertama
1. Fair &Lovely merupakan krim pelembap muka nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian Advanced Multi Vitamin. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Advanced Multi Vitamin ini?


Jawapan : Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin mengandungi Vitamin B3, Vitamin C dan Vitamin E. Ianya dapat membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, mengurangkan warna kulit perang, mengurangkan kesuraman, mencerahkan lingkaran-lingkaran hitam dan mencerahkan tona kulit secara menyeluruh.


Soalan Kedua
2. Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Maiburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah hidup saya secara positif kerana saya akan kelihatan cerah berseri tanpa sebarang masalah kulit serta meningkatkan tahap keyakinan terhadap kecantikan diri saya.


Soalan Ketiga
3. Ceritakan pengalaman indah anda di Hari Raya Aidilfitri dengan kulit wajah cerah berseri.

JawapanSepanjang beraya di kampung yang terletak di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini, saya mendapati bahawa ramai saudara-mara yang bertanya mengenai produk apa yang saya pakai sehinggakan kulit saya tampak lebih cerah berseri. Kata mereka kulit muka saya lebih flawless sekarang ! Huhuhu. Malu bila dipuji sebegitu. Lantas mereka bertanyakan produk apa yang berjaya menjadikan kulit muka saya berseri sebegitu. Dengan yakin, saya menyebut Fair &Lovely ! Hamboih ! Terus mereka google mengenai khasiat yang terkandung dalam rangkaian produk Far & Lovely. Alhamdulillah, makanan berminyak pon saya makan dengan tanpa risau jerawat naik ke muka. Bukan apa, ramai perempuan sekarang ni makan kacang pon nak risaw. Hehehe. Dengan seronoknya, saya makan ketupat, rendang, pelbagai kuih-muih tanpa risau kulit muka akan berjerawat. :)

Pagi Raya :)

Okay, aku dah join ! Korang bila nak join? Hahaha. Kalau korang nak join korang klik je SINI. Ada cara-cara untuk sertai giveaway istimewa ni. Tak rugi pon kalau join. Kalau takde blog, join la kat facebook ataupon Twitter.


Tarikh Tutup contest : 17 OGOS 2013


Sebelum tu, korang boleh dapatkan banyak informasi pasal Fair & Lovely dengan LIKE facebook page diorang. Jom ! Facebook Page Fair & Lovely



nfcs

2 comments:

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...