TABUNG

28 August 2013

: #TheMillersBersamaBudiey @ TGV Cinemas, One Utama :

Assalamualaikum...




Semalam, telah berlangsung Majlis Tayangan Eksklusif filem We're The Millers di TGV Cinemas, One Utama. Terima kasih budieydotcom sebab bagi tiket percuma ni. Ramai lagi follower budieydotcom yang hadir ke tayangan ni. 


#TheMillersBersamaBudiey merupakan tayangan kedua aku join selepas #TheConjuringBersamaBudiey



We're the Millers adalah filem komedi terbaru yang dibintangi oleh Jennifer Aniston. Filem arahan Rawson Thurber ini menarik kerana ia menceritakan tentang kisah sebuah keluarga yang aneh dan kelakar habis dan mereka terjebak dengan dadah ! Empat karakter yang terdapat dalam keluarga ini masing-masing dibawa dengan cemerlang. 


Si bapa, David Miller (bukan nama sebenar) merupakan seorang pengedar dadah manakala si ibu pula, Rose Miller merupakan seorang penari bogel di kelab malam. Anak lelaki mereka, Kenny Miller merupakan seorang remaja lelaki yang innocent dan tak tahu bersosial dan anak perempuan mereka, Casey Miller merupakan gelandangan yang selalu lari dari rumah.


Keempat-empat watak bukan sebenar ini dimainkan dengan baik supaya mereka dapat masuk ke Mexico untuk membawa pulang dadah dan mereka sanggup melakukannya atas sebab duit. 


Cerita ni lucu habis sebab korang akan gelak tak ingat dunia dari awal sampai habis tayangan. Macam-macam cabaran yang mereka hadapi sepanjang perjalanan dalam RV (recreation van) yang dipenuhi ganja tersebut.


Diingatkan ye, cerita ni cuma boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas je. Sebab banyak kisah dan perkataan yang tak berapa sedap akan didengar. Sebelum menonton pastkan korang dah bukak minda seluas-luasnya, tak perlu nak "eeeuuuwwww" la  ape la. Memang banyak perkataan-perkataan 18SX yang akan dipertontonkan.


Kalau yang rasa tak boleh bukak minda dan terlalu sempit pemikiran tu, disarankan supaya korang tengok movie lain je la ye. Bagi aku, takde apa yang teruk sangat pon. Semuanya normal. Hahaha. Masih dapat dikawal. Perkataan-perkataan seperti "fuck", "sex", dan banyak lagi la yang korang akan dengar dalam movie ni. So? Fikir-fikirkan. Hahaha


Sebelum tayangan bermula, sempat juga kitorang bergambar. Tema baju untuk screening semalam dah ditentukan oleh Budiey sendiri iaitu BIRU. :)



Antara blogger yang hadir. 






Menggila dalam One Utama yang dah lengang sebab dah pukul 12 tengah malam masa tu.



#ootdkonon. Cuma beberapa helai pakaian yang sangat simple. Tudung bawal biru, kemeja denim biru, jeans kelabu dan kasut pinochio kegemaran ! :)



Okay, dah bukak minda? Jangan lupa tonton We're The Millers yang akan mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013 ni ye ! Have fun ! :)



nfcs

3 comments:

  1. bestkan cerita tu fana!!! gelak sakan habis!! hahahaa...

    ReplyDelete
  2. ahyang oi sorry sgt baru la ni akk smpi page awk..smpai dh 2x la brjumpe kn huhu..iAllah t ble2 kt brtemu lg na.. ;)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...